Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Sumber: Google |
Cun kan belon-belon ni? Dulu kecik-kecik Lyeen suka main belon sampai tahap Lyeen jadi wakil Tabika untuk acara tiup, lari, duduk dan pecah belon. Hebatnya aku main belon! Tapi, sekarang nak tiup belon pun Lyeen tak nak sebab kadar ketakutan terhadap nisbah belon tu nak meletup dah bertambah. Ok, see the sweet quotes. Yes, perlahan-lahan rasa sedih sebab perasaan teraniaya itu semakin boleh dilupakan. Semakin luput even masih ada parut yang bernanah. Takpa, kekecewaan ajar kita tentang sabar.
Dulu kecik-kecik, Lyeen selalu berangan nak jadi orang paling bahagia dalam dunia. Dulu kan, Lyeen suka berlakon depan cermin, kadang-kadang jadi tuan puteri, kadang-kadang jadi pembantu rumah, kadang-kadang jadi adik, jadi raja, jadi beruang. Memang Mak cakap, Lyeen memang budak yang suka berlakon depan cermin. I mean, cakap sorang-sorang depan cermin like ada someone yang tengah bercakap dengan Lyeen saat tu. Oh....=_= sengalnya aku. Hahahaha
Naik remaja, Lyeen suka sangat hias rumah. Bilik Lyeen dengan adik-adik kan share. So, Lyeen suka hias-hias sampai adik-adik cakap, "bilik kita ni macam pelamin pun ada..." Pun boleh! Tapi sekarang bilik tu dah tak ada rupa pelamin sebab Lyeen kan duduk KL. Bilik dah berubah habis. Sebab dulu, Lyeen berangan-angan nak jadi Mak Andam, nak ada butik sendiri. Dulu, Lyeen suka make up adik-adik sepupu. Sampai Mak marah bila semua kain-kain dalam rumah bersepah. Selimut Mak buat jadi veil. Kain batik Mak buat jadi gaun pengantin. Lepastu ambil cucuk sanggul nenek untuk buat crown. Sweetnya saat tu. Lyeen jadi pengantin perempuan, adik jadi pengantin lelaki. Esok, tukar pulak. Tapi, paling tak adil bila hari-hari Lyeen yang akan jadi permaisuri. Tamaknya aku, selalu nak jadi watak utama! Hahahaha
Sumber: Google |
Now, dah dewasa. Dah 21 tahun. Impian Lyeen nak jadi pengundi dah tercapai. Eh? Yes, masa kecik-kecik dulu teringin sangat nak mengundi. Kau hado? Hahahaha. Erm, sekarang semua dah lain. Sekarang ialah kenyataan, tak boleh main-main dah sebab bila dah dewasa ni kan, Lyeen kena serius sebab takleh dah nak berlakon macam dulu-dulu sebab hidup ni kenyataan yang kita perlu lalui. Pergh, ayat! Lyeen kena terima kenyataan bahawa Lyeen adalah pelajar pendidikan yang kena tamatkan belajar dalam tempoh dua tahun lagi. Tak sabar sangat nak habis study. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan semua kenangan dekat sini laju-laju. Nak jadi cikgu laju-laju. Nak jadi best student. Aamin! Nak jadi orang paling tabah! Aamin! Nak buka butik. Aamin! Impian itu perlu untuk kita jadikan bekalan ketika berdepan dengan kenyataan. Yes! Tak salah nak pasang angan-angan tapi pastikan ada usaha. Kalau takdak, sila berhenti berangan nanti jatuh, sangat sakit. Sebab Lyeen dah rasa bila pasang angan-angan tinggi melangit, ya Allah sakitnya hanya Dia yang tahu.
Nota pink: Impian suatu yang kita kejar dan kenyataan yang perlu untuk kita depani. Sekarang, Lyeen sibuk dengan bisnes online Lyeen. Busy buat novel baru dan busy nak makan-makan. Ok bai.
Assalamualaikum.
8 000 Makan Cupcakes!:
semoga dpt capai impian :)
ena pun dah layak jadi mengundi.. hahahaha ena nak curi quotes tu ye... :3
Semoga Impian akak tercapai :)
amin..moga semuenye tercapai...sy pulak nk kawengg ngan anak raja...hahaha
Aminnn.. semoga impian akak tercapai. :)
moga impian akak tercapai :)btw, Lisa tag akak dalam entry ni
--> http://maryamnurkhalisah.blogspot.com/2013/11/segmen-2-minggu-blog-nurinafarhana.html
Haha, comel jer Lyeen time budak2 dulu ea. Suka quote tu, tapii memang sedih kalau apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan. He knows the best for us right.
bestnye kalau kita dapat balik semula zaman masa kita comel comel dulu kan.
Catat Ulasan