Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2013

Ujian & Hikmah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawbelly Cokelet!

Esok dah masuk 1 Januari 2014 dan bermakna dah selesai fasa 2013 untuk tahun ni. Alhamullilah dan selamat menyambut tahun baru, semoga tahun ini telah memberi banyakkkkkkkk pengalaman dan pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita. Mana yang buruk kita tinggalkan dan lupakan terus dan mana yang baik kita kekalkan dan kalau boleh tingkatkan agar jadi lebih baik. InsyaAllah.

Bagi Lyeen apa yang Lyeen boleh simpulkan untuk tahun ni adalah tahun yang sangat mencabar Lyeen untuk menjadi orang yang sabar dan tabah dalam setiap ujian. Bermula Januari hingga Disember memang tak habis-habis dengan ujian yang menuntut air mata Lyeen, tapi semua tu kita pandang sepi dan anggap itu adalah langkah Allah nak beri kekuatan untuk kita. So, Lyeen harap tahun ni Lyeen sudah bersedia untuk berdepan dengan ujian yang mungkin lebih hebat dari tahun sebelumnya. 

Tahun ni mengajar Lyeen agar tidak mudah mempercayai orang lain. Jangan mudah memberi kepercayaan sebab tahulah bahawa kepercayaan itu ibarat tali, selagi kita pegang kita akan teguh berdiri. Tapi, bila kita lepas maka kita akan jatuh. Dan seperti dalam entry sebelum Lyeen balik ke Sabah hari tu, Lyeen nak kan diri yang baru bila sampai ke KL, nak lupa semuanya apa yang berlaku sebelum ni dan jadikan pengajaran dalam hidup supaya tak jatuh lagi. 

Allah itu maha memberi, setiap yang berlaku ada hikmah. Alhamdullilh juga result Peperiksaan Akhir Semester dah boleh cek. Alhamdullilah. Alhamdullilah.
Walaupun pointer tu tak mencapai apa yang Lyeen target tapi alhamdullilah sebab masih boleh sampai ke pointer macam tu walaupun time exam hari tu lah ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup aku sampai tahap aku ulangkaji pun aku menangis sambil peluk nota. Hahahaha. Alhamdullilah, semoga kejayaan ini sentiasa dipinjamkan Allah untuk Lyeen. Ilmu itu maha luas dan kewajipan Lyeen untuk mencarinya. Pegajaran juga untuk Lyeen supaya lebih fokus untuk study jangan mengada-ngada lagi sebab dah 21 tahun. Hahahhaa.

Dalam dunia blogging pula, alhamdullilah sepanjang tahun 2013 dah berjaya hasilkan 281 entry untuk pembaca Blog Cupcakes ni. Semoga 281 post ni memberi inspirasi dan memberi input untuk pembacanya. Alhamdullilah juga sepanjang tahun 2013 ni Lyeen dah berjaya jumpa face to face dengan beberapa orang bloggers, menang beberapa GA dan macam-macam lagi. Alhamdullilah, walaupun blog Lyeen bukanlah dalam golongan blog yang mesra SEO tapi yakinlah bahawa Lyeen sangat mesra makanan! Hahahhaa.
So, 2014 please be nice huh? Semoga tahun ni juga berjaya buat Lyeen lebih maju dari pelbagai aspek termasuklah rohani, jasmani, fizikal, emosi dan intelek. Esok, Lyeen dah berangkat semula balik KL. Rasa macam nak menangis mula dari sekarang tapi tak sanggup. Apapun, doakan semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Aamin.

"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya yang lain." [HR Muslim]

Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 12 Disember 2013

Harga Diri: Mahal Atau Murah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam semanis Cupcakes Cokelet.

"Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu sayangku. Ku adalah milikmu didalam hatimu, didalam nafasmu..." - Rindukanlah by Encik Mimpi. (Suka lagu ni sangat-sangat-sangat-sangat)

Dalam sesuatu rancangan kita jangan terlalu yakin apa yang kita rancang akan berakhir seperti yang dirancang. Adakalanya perancangan kita akan tersasar. Saat itulah kita akan merasakan bahawa diri kita gagal merancang dan meratap kegagalan diri kita. Adakalanya, hingga kita takut untuk merancang lagi kerana tidka mahu pisang berbuah dua kali. Kerana apa? Kerana kita tahu bagaimana perasaan kecewa bila berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan itu racun! Kegagalan itu panah berbisa! Kegagalan itu menghancurkan..!

Sebenarnya TIDAK. Kita bukanlah manusia yang gagal untuk merancang tetapi ingatlah bahawa, "Allah sebaik-baik penentunya." Sehebat mana kita merancang andai Allah tidak mengizinkan maka tidak jadilah. Kunfayakun! Boleh jadi Allah temukan kita dengan kegagalan kerana Allah tahu bahawa ada perancangan yang lebih baik Dia tentukan untuk kita. Allah mahu kita berusaha lebih untuk merancang sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Oleh sebab itu, kekecewaan tu kita kena tolak tepi. Yes, memang betul kecewa itu sangat pedih, sangat sakit, sangat-sangat-sangat. But, we should know that Allah want your make something diffrent in your life. Oleh itu, bila merancang jangan terlalu yakin kita akan sukses 100%. Letakkan sedikit keraguan supaya kita boleh berhati-hati dan siap siaga berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Ada masanya kita nangis sampai mata bengkak-bengkak. Ada masanya juga kita mengenang masa lalu. It's okay, itu perkara biasa. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk terus bersedih dan meratap kekecewaan tapi jadikan itu pembakar semangat supaya kita tak bertemu lagi dengan kegagalan seperti itu. Cukup sekali, ya! Ikrar pada diri sendiri bahawa kita tak nak kegagalan yang serupa dalam hidup kita, beri peluang diri kita untuk mencari kejayaan yang lain. Diri kita perlu dihargai, perlu diberi penghargaan. Kalau bukan kita yang beri, siapa lagi nak beri? No one! Itu tanggungjawab kita pada diri kita sendiri. 

Sekian motivasi hari ni, kita sambung lain hari okay! Sesiapa yang rasa diri dah gagal, tak kisahlah gagal dari aspek yang macam mana. Apa yang penting, kita bangkit dari kekecewaan dan buktikan pada diri kita bahawa kegagalan bukanlah penghalang untuk kita terus merancang kejayaan yang lain. Diri kita terlalu berharga untuk kita sia-siakan. Like Garnier said, "Kerana dirimu begitu berharga." Semakin mahal dirimu maka semakin awak sayang diri awak. Macamana nak mahalkan diri? Lakukan perkara yang awak rasa sukar awak nak lawan dalam diri awak. Bila awak dah lawan, awak akan rasa sayang pada diri awak. Satu perkara yang sukar itu ialah 'kekecewaan dan kegagalan'. Andai awak mampu lawan, awak adalah yang terhebat dan termahal nilainya.
Mak! Adalah suatu kejayaan yang terbesar bila Lyeen mampu membahagiakan insan ini. Dan adalah suatu kegagalan yang maha besar andai saya melukakan hatinya. Lyeen percaya bahawa, jika Lyeen mampu bahagiakan insan ini maka Lyeen akan sentiasa berjaya tiap masa dan ketika kerana Lyeen yakin bahawa doanya sangat memberi makna.InsyaAllah, aamin.

Trust me. Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 28 November 2013

Impian vs Kenyataan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. 
Sumber: Google
Cun kan belon-belon ni? Dulu kecik-kecik Lyeen suka main belon sampai tahap Lyeen jadi wakil Tabika untuk acara tiup, lari, duduk dan pecah belon. Hebatnya aku main belon! Tapi, sekarang nak tiup belon pun Lyeen tak nak sebab kadar ketakutan terhadap nisbah belon tu nak meletup dah bertambah.  Ok, see the sweet quotes. Yes, perlahan-lahan rasa sedih sebab perasaan teraniaya itu semakin boleh dilupakan. Semakin luput even masih ada parut yang bernanah. Takpa, kekecewaan ajar kita tentang sabar.

Dulu kecik-kecik, Lyeen selalu berangan nak jadi orang paling bahagia dalam dunia. Dulu kan, Lyeen suka berlakon depan cermin, kadang-kadang jadi tuan puteri, kadang-kadang jadi pembantu rumah, kadang-kadang jadi adik, jadi raja, jadi beruang. Memang Mak cakap, Lyeen memang budak yang suka berlakon depan cermin. I mean, cakap sorang-sorang depan cermin like ada someone yang tengah bercakap dengan Lyeen saat tu. Oh....=_= sengalnya aku. Hahahaha

Naik remaja, Lyeen suka sangat hias rumah. Bilik Lyeen dengan adik-adik kan share. So, Lyeen suka hias-hias sampai adik-adik cakap, "bilik kita ni macam pelamin pun ada..." Pun boleh! Tapi sekarang bilik tu dah tak ada rupa pelamin sebab Lyeen kan duduk KL. Bilik dah berubah habis. Sebab dulu, Lyeen berangan-angan nak jadi Mak Andam, nak ada butik sendiri. Dulu, Lyeen suka make up adik-adik sepupu. Sampai Mak marah bila semua kain-kain dalam rumah bersepah. Selimut Mak buat jadi veil. Kain batik Mak buat jadi gaun pengantin. Lepastu ambil cucuk sanggul nenek untuk buat crown. Sweetnya saat tu. Lyeen jadi pengantin perempuan, adik jadi pengantin lelaki. Esok, tukar pulak. Tapi, paling tak adil bila hari-hari Lyeen yang akan jadi permaisuri. Tamaknya aku, selalu nak jadi watak utama! Hahahaha
Sumber: Google
Now, dah dewasa. Dah 21 tahun. Impian Lyeen nak jadi pengundi dah tercapai. Eh? Yes, masa kecik-kecik dulu teringin sangat nak mengundi. Kau hado? Hahahaha. Erm, sekarang semua dah lain. Sekarang ialah kenyataan, tak boleh main-main dah sebab bila dah dewasa ni kan, Lyeen kena serius sebab takleh dah nak berlakon macam dulu-dulu sebab hidup ni kenyataan yang kita perlu lalui. Pergh, ayat! Lyeen kena terima kenyataan bahawa Lyeen adalah pelajar pendidikan yang kena tamatkan belajar dalam tempoh dua tahun lagi. Tak sabar sangat nak habis study. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan KL. Nak tinggalkan semua kenangan dekat sini laju-laju. Nak jadi cikgu laju-laju. Nak jadi best student. Aamin! Nak jadi orang paling tabah! Aamin! Nak buka butik. Aamin! Impian itu perlu untuk kita jadikan bekalan ketika berdepan dengan kenyataan. Yes! Tak salah nak pasang angan-angan tapi pastikan ada usaha. Kalau takdak, sila berhenti berangan nanti jatuh, sangat sakit.  Sebab Lyeen dah rasa bila pasang angan-angan tinggi melangit, ya Allah sakitnya hanya Dia yang tahu.
Nota pink: Impian suatu yang kita kejar dan kenyataan yang perlu untuk kita depani. Sekarang, Lyeen sibuk dengan bisnes online Lyeen. Busy buat novel baru dan busy nak makan-makan. Ok bai.
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...