Jumaat, 1 November 2013

Kisah 5 Kisah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Seperti yang dijanjikan. Macam cuti je. Macam cuti je. Yer, sekarang memang cuti pun, hahaha. Bila cuti maka makin aktiflah dunia blogging Lyeen yang semakin sunyi dan sepi selama ini. Okey, sebenarnya Lyeen baru jer sampai Karak. Buat pertama kalinya, Lyeen naik bas dari Pekeliling tu ke Karak. MasyaAllah, jauhnya. Letih sangat-sangat.

Kisah 1
Lyeen gerak dari asrama IPG pukul 10 pagi dan singgah KL Sentral untuk breakfast. Hambik kau breakfast pukul 10.00 pagi kan. Sajalah lambat-lambat sebab agak-agak tiket balik Karak banyak lagi. Tak sedar diri yang aku ni first time balik naik bas sorang-sorang. Lepas makan yakin jer naik LRT pergi stesen Masjid Jamek dan terus naik monorel nak ke Sultan Ismail. Turun Sultan Ismail. Eh? Mana bas? Mana bas? Macam takde je. Macam takde je. Diam kejap. Gigit jari. Tanya kat akak kaunter. "Akak, nak pergi Pekeliling nak ikut stesen mana?"..Akak tu tengok penuh misteri. "Adik kena turun kat Stesen Titiwangsa"..Lepastu rasa macam nak nangis jer. Dahla sorang-sorang. Macam nak nangis je. Macam nak nangis je.

Kisah 2
Bila dah sampai kat Pekeliling, syukur sangat-sangat. Senyum meleret-leret sampai ke telinga. Pergi beli tiket. Tanya pukul berapa. Pukul 3 petang? Ha...? Sekarang baru pukul 11.30. Apa aku nak buat sepanjang menanti ke pukul 3 tu. Sekali lagi macam nak pengsan je. Lepas tu, tiba-tiba terfikir. Best juga kalau pergi jalan-jalan dekat Masjid Jamek ni. Kotlah ada tudung baru. Lama dah tak round dekat sana. Terus naik monorel ke Masjid Jamek. Sampai Masjid Jamek jumpa makcik jual tudung dengan pembeli bergaduh. mak cik jual tudung tu marah sebab si pembeli tu sepahkan jualan dia. Si pembeli pulak nak guna kuasa pembeli dia nak memilih. Agak-agaklah nak kuasa memilih sampai nak sepahkan jualan orang. Kesian mak cik tu..!

Kisah 3
Penat tengok tudung kat Masjid Jamek, Lyeen jalan terus pergi Sogo. Sebelum masuk dalam Sogo tu. Ada sorang lelaki bawa bungkusan besar yang sangat selekeh. Dia kutip tin-tin kosong kat situ. Tiba-tiba dia tengok Lyeen! Lyeen terus terkesima, perghhh! Macam k-pop pulak dia ni. Hahaha. Lepastu tahu apa dia buat? Dia meludah ke arah Lyeen. Mak kau punyalah Lyeen menggeletar. Matilah aku..! Lepastu pak cik guard tu terus suruh Lyeen masuk dalam Sogo. "Dia tu tak betul, dia memang suka meludah orang". Serius, menggeletar kepala lutut Lyeen. Nasib baik tak kena ludha dia tu. Kalau tak..huh...! Kau jangan pandang muka handsome je, alih-alih tak betul rupanya! Cehhh!

Kisah 4
Masuk Sogo, first pergi tandas! Lepastu tiba-tiba nak naik tingkat 8. Kau tahu tingkat lapan ada apa? Ada pusat karaoke. Ada hati nak menyanyi sorang-sorang. Hahahaha. Sampai atas kan tiba-tiba cakap macam ni.."Akak, ada tak tempat nak nyanyi sorang-sorang?" Rasa macam sengal pun ada. Nampak sangat forever alone. Akak tu senyum-senyum. "Ala dik, bilik semua full. Pukul 2.30 nanti baru ada free."..Lepastu dengan nada merajuk kata kat akak tu.."tak apalah kak.." Lepastu jalan perlahan-lahan dekat lif. Masuk. Terus tekan LG! Tapi, time kat atas tadi ada empat orang lelaki yang Lyeen yakin dan pasti adalah orang Islam. Hari ni kan Jumaat? Mereka tak pergi solat Jumaat ke? Erm...pelik. Sanggup pergi karaoke dari pergi solat Jumaat? Astagfirullahalazim...Firman Allah taala, ertinya: “Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk solat jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat jumaat), dan tinggalkanlah jual beli.” (surah Al Jum’ah, ayat 9). Sebelum pergi beli makanan untuk makan tengah hari, Lyeen singgah surau kejap sebab sah-sah tak sempat nak solat kalau dah sampai Pekeliling nanti.

Kisah 5
Sampai Pekeliling. Yeah...! Alhamdullilah kan. Sebelum naik bas tu beli Majalah Nur kejap sebab tertarik dengan tajuk isu utama mereka. "Pilihan? Ikut kata hati atau Istikarah?". Lyeen dah baca tadi sepanjang dalam bas. Memang berjaya membuka mata hati Lyeen untuk menyelesaikan semua masalah yang bersarang ni. Semoga Allah memberi petunjuk. Kat sini juga Lyeen secara real nampak "Ulat Tiket", Hah, kau. Selama ni nampak kat TV jer kan. Lyeen beli tiket awal tadi RM 6.80 untuk pergi Karak tapi Ulat tiket tu jual kat sorang pak cik yang berbangsa India tu dengan harga RM 50.00 sebab pak cik tu memang terdesak nak balik sebab nak sambut perayaan Deepavali dengan keluarga. Tiket untuk hari ni memang dah habis tadi. Kesian mereka. Lyeen tengok tadi pak cik tu terpaksa juga beli. Bermacam ragam manusia. Lyeen memang macam takut jer. Macam takut jer.

Kesimpulan
Lyeen saksikan bermacam ragam manusia sepanjang hari ni. Ada yang buat Lyeen tersenyum. Ada yang buat Lyeen seram dan rasa nak nangis. Ada yang buat Lyeen menyampah. Ada yang buat Lyeen kesian. Semua. Ya Allah, permudahkan aku. Sepanjang perjalanan Lyeen tadi tak henti-henti baca ayat kursi dan 3 qul sebab itulah pertama kali Lyeen jalan sorang-sorang yang memang super duper jauh. Terasa macam orang KL je tadi. Hahahaha! Semuanya Lyeen serah pada Allah untuk jaga Lyeen dan Lyeen yakin pada Dia. Dan, alhamdullilah sekarang dah sampai dan boleh update blog untuk Lyeen share cerita. Ternyata nak jadi dewasa dan berdikari bukannya mudah. Kita kena ada keberanian dan semangat yang tinggi. Kalau dulu, teringin sangat nak jadi dewasa cepat-cepat. Sekarang bila dah 21 tahun rasa macam tak nak ngaku je. Hahaha. Yer, 21 tahun. Macam tak percaya je. Macam tak percaya je.
P/S: Ambik gambar ni dalam tandas Sogo. Pstttt! Hahahaha. Biasa kalau perempuan kan? Macam biasa je. Macam biasa je. Entry kali ni penuh pengajaran dan penuh dengan perkatan "macam je. macam je" Pengaruh Shasa la ni! Hahaha.

Ok bai. Assalamualaikum.

11 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

dalam sehari macam-macam jadi kan ? heee~

Unknown berkata...

kalo fae x berani lah naik bas sorang2 walaupun dekat hehe

IMA SALSUZAIMA berkata...

wah..beraninyaa lyeen.. org sabah kan.. kalau akak mungkin dah nangis kejap..haha

Busyra Takiyudin berkata...

mcm mcm jadi. busyra penah naik skali bas sorang2 balik u. huhu. tu pown terpaksa.

Azrul berkata...

Dengan org gila pun lyeen berkenan ye.. Leka saya baca. Saya bukan suka baca blog tapi entry ni habis dibaca

Azrul berkata...

Loh.. Komen kena tunggu kelulusan???!!!!!

Unknown berkata...

@Azrul hahaaha...sbb kdg2 ada komen yg tak patut2 kat sini..ahahhaha..sorry..sory..:0

Tengkubutang berkata...

salam yunk.. heee.. nak jemput join GA teman.. hadiahnya AWESOME!!

http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html

Unknown berkata...

memacam yang berlaku dalam hidup seharian.. Memang tiket habis je mana2.. Perayaan diorang macam tak logik je nak habis kan?? hahahaha..

lama tak singgah blog adik manis ni.. hehehe..Awat lagu tukar sedih dah.. huihuu..

Bicara Hatiku berkata...

jalan2 sini

Nur Fajariah berkata...

saya 1st time jln sorang2 umur 18..dri terengganu ke johor.mak&ayah selalu risau kalau nk balik asrama..tpi nak buat mcm mna,kena cekalkan hati =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...