Isnin, 11 November 2013

Untuk Terakhir Kali.

Assalamualaikum.

Alhamdullilah, tadi kertas terakhir untuk peperiksaan semester ni. Plan nak lambung-lambung nota kan? tapi, tak jadi sebab soalan tu susah sangat tadi sampai rasa nak menangis nak jawab.  Lap air mata. Orang berlagak memang Allah akan bagi pengajaran on the spot. Padan muka aku.  BMM 3108 Fonetik dan Fonologi dalam Bahasa Melayu. Nak tahu apa benda alah ni? Sila search kejap lagi. Tapi, tadi siap 20 minit sebelum masa menjawab tamat. Tahu sajalah kalau dah duk sorang-sorang dan sunyi sepi dalam dewan peperiksaan tu, macam-macam nak buat, Toleh kiri, toleh kanan, toleh depan lepas tu toleh belakang. Semua khusyuk! Nak kacau kawan-kawan lain pun takut kena sepak sisi. So, diam-diam macam budak baik sangat-sangat.
Ni sebenarnya slip peperiksaan. Belakang kertas ni kosong, tapi bila dah habis exam kertas ni dah tak rupa kosong dah. Hampir jadi komik. Hahahaha. Cun kan? Rugi KPM tak tawarkan major Pendidikan Seni Visual dengan aku dulu-dulu. Hahaha. Apapun, syukur alhamdullilah sebab semua dah selesai dan semoga usaha selama ini membuahkan hasil dan semoga pointer semakin bertambah bilangannya. Aamin. Lepas je tamat exam tadi tiba-tiba rasa sebak. Saya cuba cari kelibat seseorang sebelum keluar sebab kan saya tahu lepas ni saya tak mungkin akan pandang wajah dia lagi. Searching....... Tap! Ok, jumpa. Pandang wajah dia. Wajah yang dulu selalu ada untuk saya. Wajah yang selalu buat muka poyo saat saya buat hal. Wajah yang selalu beli makanan untuk saya. Hahahaha. Dan paling penting, wajah yang buat saya gelak bila saya rasa nak marah. Sebab saya selalu paksa dia supaya buat saya happy. "Awak, saya tengah marah. Tolong buat saya gembira." Hahahahaha. 

Lepastu saya kalih pandang. Istigfar banyak-banyak."Kalau Engkau jadikan perpisahan ini adalah ruang untuk aku dan dia memperbaiki diri, Redha aku terima." Bisik dalam hati je tak cakap kuat-kuat. Ehem! Bila dah selesai part emo-emo terus sapu mata. Eh? Jalan pergi kantin dan makan. Sedih-sedih pun kena makan nanti sakit lagi takda orang nak. Hahahaha. Alhamdullilah, semua dah selesai walaupun kadang kala saya masih rasa pelik, rasa sakit, rasa bengang dan rasa sengal. Tapi, saya cepat-cepat istigfar supaya saya dijauhkan dari hasutan syaitan yang durjana itu! Sebab, awak semua kena tahu syaitan ni paling suka dekat dengan hati-hati manusia yang tengah bersedih ni, sebab kan dia senang nak goda kita untuk buat benda-benda tak baik. Nauzubilahminzaliq! Rajin basahkan diri dengan wuduk supaya kita sentiasa dalam lindungan-Nya.
Kami dah bebas dari Semester 4! Alhamdullilah! Like sikit! InsyAllah semoga dipanjangkan usia untuk menimba ilmu lagi pada Semester 5 tahun depan. Rasa macam nak habis je cepat-cepat supaya saya boleh tinggalkan KL ni laju-laju. Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bi khair.
Ok bai. Assalamualaikum.


3 000 Makan Cupcakes!:

Fi berkata...

Bersabarlah akak .. Takmo sedih2 .. Wahh tahniah dah habis semester 4

Unknown berkata...

sabar je.. hidup perlu diteruskan ,.. betul tak. :)

Adam Faiz berkata...

Wah,gudluck :)
New Entri: Bahasa Melayu Aku Dapat E !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...