Rabu, 2 Mei 2012

Kalau dah kaki kamera!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat petang, Salam 1 Bloggers dan Salam Cupcakes Cokolat Strawberry..

Dalam entry semalam alah entry yang INI, Lyeen dah berjanji sehidup semati bahawa Lyeen akan mengupdate entry yang aku cari pasal dekat PICC hari Ahad lepas..:)
Maka, untuk entry kali ni kepala kau akan pening tengok gambar banyak-banyak..Lagi-lagi gambar manusia-manusia comel and the baby face macam Aaron Aziz..;p


Seawal jam 7.30 pagi muka aku dan kawan-kawan aku dah terpacak indah berseri depan pintu pagar..Last-last, bas bertolak pukul 8.30 am jugak kan? Maka, aku ucapkan terima kasihlah sebab buat make up aku hari tu luntur 89% dari yang asal...HAHHAH..

*sebenarnya aku taknak cerita part yang ini*
Dalam bas, aku duduk sorang-sorang sebab the bff in the world aku, si Floe pergi menunaikan kewajibannya kepada Tuhannya..Maka,aku gerakan sololah hari itu..:)..Serius, malam sebelum ke PICC tu, Lyeen tak sempat makan sebab masalah teknikal...Dipendekkan cerita, perut naga macam aku mana boleh tak makan..Lagi-lagi naik bas dengan aircond bagai, maka merangsang tekak aku untuk merasa mual,kepala otak aku merasa pening dan akhirnya aku pitam di atas sebuah bas! Sungguh aku malu! Abaikan...seperti kau tak baca perenggan yang ni...^_^

Merekalah manusia yang bergerak bersama aku..Hahaha, Onjoy, Lyeen  yang handsome, Jaell, Eva & Moriss..^_^..Aku tahu baju batik kami adalah baju batik super duper cunnnnss diseluruh Malaysia....
Kalau nak order boleh, RM140 untuk 4 meter..meh lah!
Kalau kau percayalah yang kau kena tipu!


Sekali lagi..even nak turun makan pun kau nak ambik gambar kan? Biasalah...muka fotogenik macam aku! See the leg la bro! Asatgfirullahalazim..
Kau abaikan statement 'bongkak,takbur,riak' aku itu!
Okey, Dialog Kajian Semula Pendidikan ni adalah satu usaha untuk kerajaan mengambil tahu apa sebenarnya masalah dalam bidang pendidikan di Malaysia, ada 1000 lebih golongan pendidik yang hadir hari tu termasuk kami bakal pendidik..Sure, banyak ilmu yang Lyeen dapat, ternyata nak jadi cikgu ni bukan senang wehhh!

Maka, ini adalah gerakan duet kami..Hahahaha..ni 2 kelas je..Kelas Lyeen PISMP 1D dan kelas dak Asmad a.k.a budak satu daerah aku di Tawau itu...kelas dia depan sikit dari aku..Dia PISMP 1C..Secara jujurnya, aku terpaksa mention nama dia supaya kalau dia balik Tawau hujung bulan 5 ni dia sudi bawak barang aku! 

Muka aku akan 90% berganda ke'handsome'annya apabila tiba waktu makan..Kau percaya? Kau tengoklah siapa yang duk paling depan..Hahahhaha..tapi itu bukan bukti yang sahih untuk kau cop aku manusia berperut naga..:)..Serius, makanan super duper sedap, cuma satu benda aku tak suka ialah bila pinggan dia mak ai punya berat, tak larat tangan baby aku ni nak pegang!


Lepas je makan, aku pegi solat dengan budak kecik sebelah aku tu...Tudung aku yang tadi lipat bunga-bunga bagai aku dah buraikan macam kain kapan sebab aku malas dah nak tarik sana, pin sana pin situ! Penat! Janji still handsome...Haahaahha...time ni kami kat luar dah tengah tunggu bas sampai sebab nak balik asrama balik..:) Kami tak pegi masa bengkel dialog ni sebab kami diundang untuk acara perasmian jer..almaklumlah, cikgu-cikgu baby lagi..:)

Tangan aku automatik jadi macam tu, bukan sebab aku ikut perbarisan..Tapi disebabkan time ni panas sangat! Matahari tegak 90 darjah atas kepala aku...Kau jangan terpengaruh dengan faktor pengcahayaan dalam gambar ni! Hakikatnya, aku rasa macam dalam oven masa ni! Lepas tangkap gambar ni aku terus pecut 100 meter masuk balik dalam bangunan!
(Aku tahu Putrajaya sangat indah kan..kan..kan..)

Kau abaikan manusia yang over kat tepi tu..Orang lain biasa-biasa je kan..biasalah orang fotogenik! HAHAHAHHHA!...Aku panggggggggg kan kau 672838 kali Lyeen dan diharapakan kau menemui jalan kesedaran yang benar!

Bas sampai dalam pukul 3.20 pm..dan aku terus menyempurnakan niat aku untuk tidur...Maka, aku tidak lagi dapat menghayati detik-detik indah bas itu memecut di jalan raya sebab aku sudah lena dibuai mimpi indah...Penat jawapannya tidur! Sila tidurlah aku..:)

Apapun, Dialog Kajian Semula Pendidikan ni memang sangat best dan bermanfaat!..Banyak ilmu yang Lyeen dapat, ternyata banyak lagi kelemahan dan kelebihan yang kita terlepas pandang dalam dunia pendidikan, semoga Lyeen dapat bertahan dan memberi sumbangan yang terbaik dalma bidang pendidikan suatu hari nanti..Apapun yang akan berlaku pada masa hadapan, ditentukan oleh generasi pada hari ini..
Nak jadi golongan pendidik bukan mudah! Amanah yang perlu dijunjung!

P/S : Aku teruja sebab kerja aku ambik gambar jer kan..Thanx and kredit to Frederic Sinim a.k.a Onjoy yang memurahkan hatinya untuk bagi keizinan kepadaku untuk mengupload gambar ini dalam entry aku kali ni, kalau tak u all tak dpaat menghayati detik-detik indah aku !  Lagi-lagi time makan! Untuk kamu juga Moriss yang sedia menghidupkan kamera untuk aku!..Tahniah sebab dapat kawan yang kaki kamera macam aku..sekian..Hahahaha:)

NOTA KAKI : AKU SEDIH TAK JUMPA ABG BEN & QHALIFF KAT ALAMANDA!

6 000 Makan Cupcakes!:

Cikpijaaa berkata...

Ooo. Baru tau ~ Cik Lyeen pon bakal pendidik jugak ke? PISMP? Maktab kan? Ehh. Bila abis ? Hee. Moga dpt menjadi seorang guru yang cemerlang. gemilang dan terbilang. InsyaAllah. ^^

Btol. Tugas seorang guru sebenarnya sangat berat. Amanah yang perlu dijunjung ! :DD


**Comel+cantik = Putrajaya memang sangat indah kan? Huu >.<

Unknown berkata...

@CiK FizA yup dear.hikhik...3 tahun lagi~~lama lagi..hehee..ya..."kami bagga menjadi guru'..hikhik,,tq dear...indah sgtlah putrajaya tu..nk jalan2 lagi kat sana..jum..:d

MrS_v4ddS berkata...

semoga sis berjaya dalam bidang ini yea.. hehe :p

Unknown berkata...

@fArAh kUchEnGg tq syg...hehehe:) kamu juga..semoga berjaya..:D

syakirahmn berkata...

ewahh sedondondonnn gitu :D

Unknown berkata...

@syakey baju rasmi yg terpaksa diuna time ni..hikhik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...