Sabtu, 15 November 2014

Status Dalam Media Sosial Perlu Ditapis.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.

Skema sangat tajuk entri hari ni. Macam nak buat tajuk jurnal. Hahaha. 

Kita pernah terfikir tak sebenarnya, sedar tak sedar orang sekeliling kita akan selalu perhatikan kita. Dari cara kita makan, minum, duduk, bercakap, berpakaian dan sebagainya. Lumrah kita sebagai manusia ni kita akan suka tengok pada keindahan. Tak kurang juga pada kecacatan seseorang tu lepas tu kita jadikan bahan untuk kita pot pet pot pet kan? Astagfirullahalazim....

Dalam media sosial ni seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi medium sosial yang lain tak lepas dari memperkatakan atau memperihalkan sesuatu tentang orang. Pada masa yang sama, kita perlu berhati-hati juga sebab ada masanya apa yang kita tulis atau sampaikan tu kena balik dengan diri kita. Maksud Lyeen mudah, awak cakap "dia tu macam ni", "tak suka orang macam tu", "mereka lebih baik macam ni"...dan lain-lain. Tapi, kita tak sedar yang diri kita juga pasti ada kekurangan. 

Kita nak sangat orang yang SEMPURNA untuk kita. Tapi kita ni cukup sempuna? Yakin? Kejap-kejap-kejap-kejap. Satu lagi, wanita ni memang terkenal dengan status emosi dan sentimental sikit berbanding lelaki. Hahaha. Let's say kita tulis macam ni, "Aku nak orang macam ni. Aku tak nak orang macam ni..." Ehem....perlukah kita nak bagitahu seluruh warga media sosial tentang kemahuan kita? Tak perlu, kita doa, minta pada Allah dah cukup.  Orang yang baca pun mesti fikir, "Kalau aku baca ni, dia rasa aku boleh tunaikan tak?" Hahaahha.

Eh, Lyeen dulu pun jenis macam ni juga. Tak puas hati, serang Twitter aku sampai 200 tweet. Hahaha. Tapi, jujur Lyeen cakap, tak da faedah pun. Dapat malu ada. Bila baca balik, kau akan rasa "Eh, sengalnya aku, apalah followers aku fikir bila baca tweet aku ni?Kan? Kan?"  Erm,,,bila dalam media sosial ni kena hati-hati. Tak salah nak kongsi kegembiraan. Sila.Sila. Tak salah nak kongsi rasa tak puas hati. Sila. Sila. Tapi jangan sampai menimbulkan riak. Jangan sampai menimbulkan rasa tak sedap pada orang lain. Contohnya, bila tengok status kita, orang akan cakap. "Amboi, demand sangat.." Hati-hati tau. Sebab cara berfikir manusia ni lain-lain. 

Sebab tu ada yang tak bertegur 24 hari 24 malam sebab media sosial. Sebab yang sorang sentap dengan status kawan yang satu lagi. Ada yang gaduh. Ada yang musuh tak ingat dunia. Alahai...udah-udah lew tew yer anak-anak. Tak kemana kita ni kalau asyik nak jatuhkan orang. Silap-silap kita sama-sama jatuh. Parah. Sama-sama majukan diri. Fikir rasional. Tolak tepi perkara negatif. InsyaAllah, semua yang baik datang dari Allah SWT. 
Nah belanja Cupcake sebiji. Jemput makan. 

Ok bai. Assalamuaalaikum.

10 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

Allahu... KF ingat lg di zaman jahiliah dulunya.. Kf pun mcm tu jugak.. bila baca.. rasa macam taknak pndg cermin. tak sanggup :)
jemput ke blog KF :)
-mari berdakwah-

Eny Abdullah berkata...

sebab manusia ni selalu pandang negative dari positif... tu lah masalahnya kan...
salam zirah dan follow blog comel awak ;)

bysyiraishak berkata...

Jahil kan kita dulu..sy pun bila baca zaman rajin mengupdate di media sosial mcm ehh ntah apa2 aku update.benda simple tak payah rajin nak update.share info berfaedah lg bagus.sama2 dpat manfaat.insyallah

SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

I N A A I N A A berkata...

Setujuuu sangat.. tu ada yang mengatakan mkin canggih teknologi sekarang, maki tak bermoral manusia dijadinya.. ena pun macam lyeen gak dlu, tak puas hati up up.. skrg bila fikirkan balik, buat malu diri je..

Azwar Syuhada berkata...

Pernah juga buat dulu, bila tengok n baca balik nampak no tak matang. Memalukan diri sendiri pun ada. Sekarang zaman moden, zaman teknologi jadi kena lebih berhati-hati kalau nak berkongsi. Takut orang salah tafsir pun satu hal. Orang sekarang suka jaga kain orang. >_<

Unknown berkata...

@Fatihah Nazri kan..sama-sama kita berubah ke arah kebaikan :)

Unknown berkata...

@Eny Abdullah kan awak...sbb manusia ni mmg -ve masuk dlu :P

Unknown berkata...

@Syira Masyiramaro lyeen pun skrg dah jarang update status yg ntah pa2..lebih kpd share je :P

Unknown berkata...

@✿ Ina Ainaa ✿ btul ena..ingat tak zaman kita dlu mcm sama kn? yg time kecewa2 tu..hahahahah

Unknown berkata...

@Azwar Syuhada jgn smpi teknologi melalaikan kita T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...