Selasa, 31 Disember 2013

Ujian & Hikmah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawbelly Cokelet!

Esok dah masuk 1 Januari 2014 dan bermakna dah selesai fasa 2013 untuk tahun ni. Alhamullilah dan selamat menyambut tahun baru, semoga tahun ini telah memberi banyakkkkkkkk pengalaman dan pengajaran yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita. Mana yang buruk kita tinggalkan dan lupakan terus dan mana yang baik kita kekalkan dan kalau boleh tingkatkan agar jadi lebih baik. InsyaAllah.

Bagi Lyeen apa yang Lyeen boleh simpulkan untuk tahun ni adalah tahun yang sangat mencabar Lyeen untuk menjadi orang yang sabar dan tabah dalam setiap ujian. Bermula Januari hingga Disember memang tak habis-habis dengan ujian yang menuntut air mata Lyeen, tapi semua tu kita pandang sepi dan anggap itu adalah langkah Allah nak beri kekuatan untuk kita. So, Lyeen harap tahun ni Lyeen sudah bersedia untuk berdepan dengan ujian yang mungkin lebih hebat dari tahun sebelumnya. 

Tahun ni mengajar Lyeen agar tidak mudah mempercayai orang lain. Jangan mudah memberi kepercayaan sebab tahulah bahawa kepercayaan itu ibarat tali, selagi kita pegang kita akan teguh berdiri. Tapi, bila kita lepas maka kita akan jatuh. Dan seperti dalam entry sebelum Lyeen balik ke Sabah hari tu, Lyeen nak kan diri yang baru bila sampai ke KL, nak lupa semuanya apa yang berlaku sebelum ni dan jadikan pengajaran dalam hidup supaya tak jatuh lagi. 

Allah itu maha memberi, setiap yang berlaku ada hikmah. Alhamdullilh juga result Peperiksaan Akhir Semester dah boleh cek. Alhamdullilah. Alhamdullilah.
Walaupun pointer tu tak mencapai apa yang Lyeen target tapi alhamdullilah sebab masih boleh sampai ke pointer macam tu walaupun time exam hari tu lah ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa dalam hidup aku sampai tahap aku ulangkaji pun aku menangis sambil peluk nota. Hahahaha. Alhamdullilah, semoga kejayaan ini sentiasa dipinjamkan Allah untuk Lyeen. Ilmu itu maha luas dan kewajipan Lyeen untuk mencarinya. Pegajaran juga untuk Lyeen supaya lebih fokus untuk study jangan mengada-ngada lagi sebab dah 21 tahun. Hahahhaa.

Dalam dunia blogging pula, alhamdullilah sepanjang tahun 2013 dah berjaya hasilkan 281 entry untuk pembaca Blog Cupcakes ni. Semoga 281 post ni memberi inspirasi dan memberi input untuk pembacanya. Alhamdullilah juga sepanjang tahun 2013 ni Lyeen dah berjaya jumpa face to face dengan beberapa orang bloggers, menang beberapa GA dan macam-macam lagi. Alhamdullilah, walaupun blog Lyeen bukanlah dalam golongan blog yang mesra SEO tapi yakinlah bahawa Lyeen sangat mesra makanan! Hahahhaa.
So, 2014 please be nice huh? Semoga tahun ni juga berjaya buat Lyeen lebih maju dari pelbagai aspek termasuklah rohani, jasmani, fizikal, emosi dan intelek. Esok, Lyeen dah berangkat semula balik KL. Rasa macam nak menangis mula dari sekarang tapi tak sanggup. Apapun, doakan semuanya berjalan lancar dan baik-baik sahaja. Aamin.

"Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya yang lain." [HR Muslim]

Ok bai. Assalamualaikum.

12 000 Makan Cupcakes!:

Adam Faiz berkata...

Tahniah akak Lyeen & Happy new year :)

New Entry Updated : Selamat Tinggal..

Unknown berkata...

wah bagus la result lyeen
hope sukses utk 2014 ni

Nick Nashram berkata...

1hb dah kena pegi sekolah dah..hehe..boleh lagi nak catch up dapat 3.9 ke atas ne..saya masa final dapat 3.7 je :)

sHaRiNa eLyaNa berkata...

comelnya lesung d pp...hihi
hpy nw year 2014 :)

Unknown berkata...

Assalamualaikum wahai srikandi yg dikasihi.. Tahniah atas keputusan exam ukhti.. (:
Dan semoga tahun 2014 ini akan jadi tahun yg lebih bermakna buat ukhti ^.^
Oh ye, nice la cara awak pakai tudung dlm post ni.. kite teringin nak buat tp jd pendek :(
Ada masa buat la tutorial khas utk kite cara nk pakai tudung mcm tu :P *acah2 special haha*

Azhafizah MN berkata...

All the best Lyn!

BTW,Fiza dah promote blog Lyn dalam kategori fesyen
http://www.azhafizah.com/2014/01/cara-blogger-berfesyen.html

Mimie berkata...

Assalamualaikum lyeen..smoga thun nih thun terbaik utk lyeen

Pha Is berkata...

mesra makanan..? hahaha

Adilah Asari berkata...

setiap tahun ada cerita dan kisah yang berbeza.. semoga pengalaman itu memberi pengajaran ^_^ dan mematangkan kita

Azhafizah MN berkata...

Assalamualaikum Lyeen,Fiza dah promote blog lyeen dalam kategori motivasi.Thanks join :)

http://www.azhafizah.com/2014/01/motivasi-diri.html

Nadia Johari berkata...

Semoga 2014 ni membuatkan lyeen lebih tersnyum..tahniah for your result..

Zam berkata...

eh eh.. bakal cikgu rupenye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...