Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Pink.
Ehem-ehem, lama Lyeen tak online. Lama tak update blog. Lama tak up status dekat facebook. Lama tak tweet-tweet dekat twitter. Lama tak bergelumang dengan dunia siber. Hahahahahaha.Rasa macam lama sangat dan rasa macam poyo sangat buat pendahuluan entry macam ni. Sedar tak sedar dah sebulan Lyeen dekat Tawau, Sabah. Seronoknya. Sweetnya. Rasa macam nak jerit-jerit sambil lompat-lompat dan bagitahu satu dunia yang Lyeen tak nak balik KL tu lagi. Plisssss..! Tapi, Lyeen terus tersentak dari lena yang panjang bahawasanya Lyeen kena balik KL juga 1 Januari 2014 nanti untuk habiskan pengajian dua tahun lagi. Lamanya lagi nak study. Susah juga nak jadi cikgu kan? Lyeen harap dapat anak-anak murid yang dengar cakap nanti. Kalau kau tak dengar cakap, aku ikat kau dekat pokok betik. Hahahha, sah aku kena saman dengan mak bapak student!
Abah kata, "Besar sudah anak abah. Kalau kahwin ada anak sudah ni." Okay, aku sentap dengan ayat abah aku. Hahaha, tapi sebenarnya Lyeen pun rasa macam tu. Dulu ya ampun keciknya aku, saiz kasut pun saiz 2 je. Sekarang, kasut dah saiz 6 okay! Cuti ni, hari-hari boleh pakai tudung handmade sebab banyak sangat undangan perkahwinan dari kawan-kawan. Yang sedih tu, kawan-kawan sebaya. Yang dulu main masak-masa sesama. Main kahwin-kahwin sesama. Diorang dah mendirikan masjid masing-masing. Lyeen? Bahan-bahan nak dirikan masjid pun tak nampak lagi. Eh? Hahahha. InsyaAllah, Allah maha mengetahui setiap perancangannya. "Doa-doakanlah diriku.." copy paste lagi Rindukanlah by Encik Mimpi. Eh, lagu blog Lyeen dah tukar kan? Yes, Lyeen sangat-sangat jatuh cinta dengan lagu ni. Best! Penangan drama Playboy Itu Suami Aku dekat TV3. Tetiba rasa Fattah Amin tu handsome. Eh? Hahahhahaha.
Adik Lyeen cun kan? Dia baru Form 1 tapi mak aiiii dah macam Form 6 ghupenyeeee! Sedih, kenapa adik-adik aku lebih matured dari aku? Noooo!! Yes, itulah realiti bila aku jalan dengan mana-mana adik aku. The baby face sangat ke diriku ini? Pergh! Abaikan. Okay, cuti ni memang puas sangat-sangat. Lyeen seronok sangat balik Tawau ni. Rasa macam semua benda-benda sedih yang Lyeen lalui dekat KL tu hilang. Dekat sini, Lyeen ada adik-adik yang selalu buat Lyeen gelak dengan diorang. Biasalah, aku kan kakak. Suka hati aku nak suruh diorang itu ini. Hahahha. We all makan sesama, tengok movie sesama, jalan kat tepi laut sesama. Nikmatnya hidup berkeluarga. Syukur, alhamdullilah sebab Allah SWT berikan kebahagiaan ini dalam keluarga kami. Alhamdullilah.
18 Disember 2013 ni, insyaAllah Abang Adi, abang Lyeen yang dekat Karak, Pahang tu akan datang ke sini untuk bercuti-cuti Malaysia. Bestnya dapat kumpul ramai-ramai nanti dengan anak-anak buah yang dari tahun ke tahun semakin bertambah. Tak sangka juga yang aku dah jadi mak cik kepada lima orang anak buah aku. Ramainya cucu mak aku! Tapi, sedih bila adik Lyeen yang study dekat UIA tu tak dapat balik. Memang cuti kami selalu bercanggah. Bila dia cuti, Lyeen study. Bila Lyeen cuti, dia pulaklah study. Tak sabar nak jumpa dia nanti! Hebatkan Allah bagi perasaan rindu dan kasih sayang dalam diri kita pada saudara kita? SubhanaAllah! Rasa macam takda content je entry kali ni. Hahhahaha. Apapun, hanya satu je kita kena ingat. Keluarga adalah anugerah yang terindah Allah berikan pada kita. Hargainya selagi kita mampu menghargainya! Jangan sampai kita kehilangannya baru kita merasai keistimewaannya.
Ok bai. Assalamualaikum.
7 000 Makan Cupcakes!:
Ikat dkt pokok betik yg paling tk tahan nk gelak..hahaha
untunglahhhh lama dia cuti.. ena cuti 3 minggu je nanti.. huaaaaaaaaaaaa sedih tol.... apapun, selama bercuti sepuas2nya, yela bukan dapat balik selalu.. BTW, cantik sungguh lyeen...
waalaikumussalam cupcake cokelet merah.. :)
Gudluck akak lyeen hihi.kalau dah jodoh tak ke mana ye dak ? semoga cepat bertemu jodoh ihik hehe..
New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "
sedapnya lagu ni cik lyeenn..!awww..jatuh hati i dengaq..hehehe
Betul3. Lebih2 lagi time cuti sekolah ni sume ahli ada kt uma. Teena pun org selalu ckp muka kakak tina mcm adk.. Tapi best kn bila dapat kumpul ngn famili ramai2
comelnye awokk.. :p dah ada nampak ciri2 keibuan disitu. bila nak kahwin ?? ehhh :p
Catat Ulasan