Isnin, 30 Disember 2013

Review: Semporna, Sabah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Hari tu Lyeen dah janji nak update entry pasal pergi merehatkan minda dekat Semporna, Sabah hari tu. Rasanya dah berkurun gambar tu Lyeen peram jadi rojak dekat dalam folder. Hahaha. So, hari ni Lyeen update entry dengan tujuan supaya pintu hati u olls terbuka untuk datang melancong dekat Sabah! Sabah best bah!
 Hari tu kan abang Lyeen datang bercuti seminggu dekat Sabah, dia bawa semua anak-anak dia. Mereka tu susuah sangat nak dapat cuti, so bila dapat cuti balik Sabah memang seronoklah kan? Anak-anak buah aku apa lagi? Siap dah pandai cakap dalam dialek Sabah. Alhamdullilah. Kalau aku kahwin dengan omputih mesti dialek anak aku pelat kan? Hahahha. Ntah papapapa!
Yes, kami dekat sini. Perjalanan dari Tawau ke Semporna makan masa dalam dua jam lebih macam tu. Itu pun nasib baik jalan tak sesak. Tapi, memang lenguh okay duduk lama-lama dalam kereta rasa nak berdiri atas atap kereta je rasanya. Sampai dekat Smeporna Ocean Tourism Centre terus turun dan lari-lari anak sebab teruja tengok ikan yang berani sangat tunjuk diri masing-masing. 
Lyeen jatuh cinta dekat susunan chalet ni. Rasa macam ada cermin dekat tengah-tengah kan? Tapi sebenarnya ni memang panaroma sebenar. SubahanaAllah, sangat cantik! Tempat ni kira macam kalau nak stay lama-lama boleh sewa duk sini. Rumah atas air. Bawah tu u olls boleh nampak jelas ikan berenang dengan lagaknya. Tapak sulaiman yang kembang kecut dekat bawah. Cun!
Ni sebenarnya restoran. Kau nak makan apa? Udang? Ketam? Sotong? Tapak sulaiman, eh boleh makan ke? Hahahaha. Semua ada kat sini, u ools ada dua pilihan sama ada nak ambik sendiri semua binatang laut tu atau suruh pekerja restoran je ambik untuk korang dari laut tu. Fresh!
View dari belakang orang yang poyo. Hahaha. Abang aku yang teruja nak pergi. Kami ni nama saja ornag Sabah tapi tak pernah pun sampai sini. Macam tu lah kebiasaannya kan? Ntah aku pun tak tahu apa sebabnya. Hahahha.
Lepas we olls dah penat-penat tengok ikan-ikan dekat sana. Penat round 24 kali dekat sana. Terus plan nak pergi pulak dekat Pulau Duyung. Why pulau Duyung? Sebab filem Duyung tu buat dekat situ. Malangnya masih kami pergi tu, tempat tu tengah baik pulih sebab tempat tu dah tahap international. Masuk pun kena bayar RM 10 bermula 1 Januari 2014 ni. Kami bertuah sebab bayar RM 2 je sorang time nak masuk ni. Tapi, pakej dengan mandi laut sekali sambil berenang bersama ikan-ikan. Duyung takdak! Yang ada tapak sulaiman. 
Pakcik ni tengah kutip sampah dekat laut tu. Nice kan? Sama macam dalam cerita Duyung tu yang Apek kutip sampah dekat laut. Mereka memang jaga sangat tempat ni. Cantik view dia. Pergilah!  Tapi, kami sekejap je dekat sini sebab dah lapar sangat-sangat. Nak makan kat dalma tu, memang tak yah cakap. Mahal gila-gila. Hahaha. Balik dari situ terus pergi pekan Semporna beli ikan bilis, Kiampau ( Ikan pari yang dikeringkan), sayur, dan macam-macam lagi sampai aku tak tahu nak sebut. Time ni Lyeen memang dah tak larat sebab penat sangat-sangat. Lyeen duduk dalam kereta sambil main Candy Crush! Hahahahhaa.
Sepupu Lyeen, Mohd Shahfie yang sangat handsome. Dulu budak ni kecik je macam kura-kura. Sekarang beliau dah bujang. Dah form 4 tahun depan. Alhamdullilah. Lama tak jumpa sebabkan bayangkan je la dah nak empat tahun aku stay KL, sepupu aku semua dah besar-besar. Means aku pun dah besar sangat-sangat-sangat. Tamat. Memang letih sangatlah tapi puas sebab dapat spent sepenuh msa dengan famliy. Gelak-gelak. Rasa macam tak nak balik KL lusa nanti. Huhuhuhu.
Nota pink: Pejam celik dah tinggal dua hari dekat Sabah. Lusa dah nak balik KL. Rasa macam tak sanggup. Tapi kena tabahkan hati untuk pergi juga. Tanggungjawab yang tak sempurna lagi. Alahai. Semoga semuanya dimudahkanlah. Nak nangis kejap. 
Ok bai. Assalamualaikum.


3 000 Makan Cupcakes!:

msredcheesecake berkata...

seronoknya bercuti disabah.... org kata snorkeling di samporna best...

✿INA AINAA✿ berkata...

cantik sungguh permandangan... laut pun jernih je.. hope one day dapat jejak kaki ke sana... ^_^

Nadia Johari berkata...

Ya Allah bilalah dapat p sabah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...