Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam semanis Cupcakes Cokelet.
"Rindu-rindukanlah diriku, sepanjang hari-harimu sayangku. Ku adalah milikmu didalam hatimu, didalam nafasmu..." - Rindukanlah by Encik Mimpi. (Suka lagu ni sangat-sangat-sangat-sangat)
Dalam sesuatu rancangan kita jangan terlalu yakin apa yang kita rancang akan berakhir seperti yang dirancang. Adakalanya perancangan kita akan tersasar. Saat itulah kita akan merasakan bahawa diri kita gagal merancang dan meratap kegagalan diri kita. Adakalanya, hingga kita takut untuk merancang lagi kerana tidka mahu pisang berbuah dua kali. Kerana apa? Kerana kita tahu bagaimana perasaan kecewa bila berhadapan dengan kegagalan. Kegagalan itu racun! Kegagalan itu panah berbisa! Kegagalan itu menghancurkan..!
Sebenarnya TIDAK. Kita bukanlah manusia yang gagal untuk merancang tetapi ingatlah bahawa, "Allah sebaik-baik penentunya." Sehebat mana kita merancang andai Allah tidak mengizinkan maka tidak jadilah. Kunfayakun! Boleh jadi Allah temukan kita dengan kegagalan kerana Allah tahu bahawa ada perancangan yang lebih baik Dia tentukan untuk kita. Allah mahu kita berusaha lebih untuk merancang sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini. Oleh sebab itu, kekecewaan tu kita kena tolak tepi. Yes, memang betul kecewa itu sangat pedih, sangat sakit, sangat-sangat-sangat. But, we should know that Allah want your make something diffrent in your life. Oleh itu, bila merancang jangan terlalu yakin kita akan sukses 100%. Letakkan sedikit keraguan supaya kita boleh berhati-hati dan siap siaga berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Ada masanya kita nangis sampai mata bengkak-bengkak. Ada masanya juga kita mengenang masa lalu. It's okay, itu perkara biasa. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk terus bersedih dan meratap kekecewaan tapi jadikan itu pembakar semangat supaya kita tak bertemu lagi dengan kegagalan seperti itu. Cukup sekali, ya! Ikrar pada diri sendiri bahawa kita tak nak kegagalan yang serupa dalam hidup kita, beri peluang diri kita untuk mencari kejayaan yang lain. Diri kita perlu dihargai, perlu diberi penghargaan. Kalau bukan kita yang beri, siapa lagi nak beri? No one! Itu tanggungjawab kita pada diri kita sendiri.
Sekian motivasi hari ni, kita sambung lain hari okay! Sesiapa yang rasa diri dah gagal, tak kisahlah gagal dari aspek yang macam mana. Apa yang penting, kita bangkit dari kekecewaan dan buktikan pada diri kita bahawa kegagalan bukanlah penghalang untuk kita terus merancang kejayaan yang lain. Diri kita terlalu berharga untuk kita sia-siakan. Like Garnier said, "Kerana dirimu begitu berharga." Semakin mahal dirimu maka semakin awak sayang diri awak. Macamana nak mahalkan diri? Lakukan perkara yang awak rasa sukar awak nak lawan dalam diri awak. Bila awak dah lawan, awak akan rasa sayang pada diri awak. Satu perkara yang sukar itu ialah 'kekecewaan dan kegagalan'. Andai awak mampu lawan, awak adalah yang terhebat dan termahal nilainya.
Mak! Adalah suatu kejayaan yang terbesar bila Lyeen mampu membahagiakan insan ini. Dan adalah suatu kegagalan yang maha besar andai saya melukakan hatinya. Lyeen percaya bahawa, jika Lyeen mampu bahagiakan insan ini maka Lyeen akan sentiasa berjaya tiap masa dan ketika kerana Lyeen yakin bahawa doanya sangat memberi makna.InsyaAllah, aamin.
Trust me. Ok bai. Assalamualaikum.
11 000 Makan Cupcakes!:
kite merancang, Allah merancang. Tapi, Allah sebaik-baik perancang :)
Comellnya Mak akak lyeen ^^v
salam.saie dtg dri syiraLokman contest I follow u.btw dua² same cntik..done follow sini
Kak Lyeenn makin cantikk :)
muka sama dengan mak lyeen.. sejibik! eh eh sebijik.. me too lyeen, kalau dapat bhgiakan parents ena, rasa ena dah tak perlu apa2 lagi demi menggembirakan hati ni
Kita merancang, Allah menentukan. semua ada hikmah.
btw, awak comel ! hahak. ajar cara pakai tudung plis <3 xD
setiap apa yg berlaku,itu ujian..hebatnya kita ble dpt lepas semua ujian tuu..
yg ubah kegagalan jd kejayaan..tu usaha kita sndri :)
lakukan apa je yg hebatkan diri kita utk buat fmly bangga :)
btw..comel gambar ! ^_^
Sekali kita jatuh x selamanya kita jatuhkan
kita merancang,Allah yg menentukan :)
kadang-kadang kite fkr kite gagal sekali dah macam teruk..tapi kita tak fkr org lain yg lebih teruk berkali-kali gagal :)
Segalanya telah ditentukan Allah...bahagiakanla parents bukan hanya dengan duit..malah ada benda lain lagi kita boleh buat kan..=)
Catat Ulasan