Ahad, 24 November 2013

Soalan Nenek Yang Buat Sentap!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah SAW serta para sahabat.

Hari ni Lyeen tak penat sangat sebab hari Ahad lebih kepada hari santai-santai bersama keluarga. Tadi, nenek dan mak cik serta pak cik datang ke rumah keluarga Lyeen dekat sini untuk makan-makan. Kami memang selalu buat macam ni dalam sebulan sekali macam tu. Untuk mengeratkan silaturahim. Hahaha. Petang tadi, Lyeen duduk dengan nenek dekat beranda rumah sambil tengok Mak Lyeen dan mak cik petik limau kasturi dekat depan rumah. Perbualan nenek ni tiba-tiba secara tak dirancang. *Sila baca dialog dibawah dengan dialek Sabah bah.

Nenek: Kau ada kawankah di sana?
Lyeen: *sentap
Nenek: Jangan mau menipu, kalau ada tu cakap seja bah.
Lyeen: Ndak adalah, belum ada lagi bah.
Nenek: Betulkah tu?
Lyeen: Ya, kalau ada tu aku kasitahu jugak.
Nenek: Iyalah, kalau ada jangan diam-diam. Kasi betul-betullah. Sekarang ni susah mau cari yang betul-betul bagus. Ndak macam kami dulu-dulu.
Lyeen: Iya.

 *Sentap sekali lagi. Dan perbualan tamat bila Mak Lyeen panggil untuk panaskan air. Thanks mak! Hahaha. Memang nenek aku suka tanya pasal tu setiap kali aku baru balik dari KL. Tapi, aku dah lali sebab orang tua mesti dan rajin sangat  tanya pasal tu kan? Takpa, aku tak ambik hati pun sebab aku dah ready dengan soalan nenek aku. Bhahahaha.
Muka sentap dan muka ready nak jawab soalan dari nenek.

Apapun, dalam berkeluarga ni memang macam-macam ragam kita akan temui. Bila kita buat ni kena tegur. Bila buat tu kena tegur. Kalau dulu, yes! Lyeen memang tak selesa dan selalu merajuk bila Mak selalu marah-marah sampai dah hafal dialog apa Mak nak bebelkan. Eh? Tapi, alhamdullilah berkat Mak bebel dan marah-marah tu aku jadi orang yang betul-betul orang. Tahu nak hormat dan hargai mereka. Thanks mak! Tegur tu tanda sayang, kalau mak aku tak sayang dia tak akan tegur. Dan semestinya aku dah lama hanyut dengan perkara-perkara tak baik. Astagfirullahalazim, semoga dijauhkan.

So, ingat tu adik-adik! Kalau parents marah kita bukan sebab mereka benci kita. Noooo! Tapi, sebenarnya mereka nak kita ni jaga diri dan jadi anak yang berguna untuk keluarga, agama, bangsa dan negara. Ok, aku tahu aku tulis entry macam tulis esei keluarga bahagia. Pesanan Kak Long kawasan, jadi anak yang baik. Jangan nak melenting bila kena marah. Jangan jadi anak derhaka sebab syurga kita dibawah tapak kaki ibu. Allah murka pada mereka yang derhaka pada ibu bapa. Ingat, ibu bapa takda duanya. Jika kita hilang mereka hari ni, sampai bila-bila kita tak akan jumpa pengganti mereka. =_=

Ok bai. Assalamualaikum.

11 000 Makan Cupcakes!:

Vee berkata...

Haha aku mmg dpt ikut style sabah sbb baru ja balik dr gathering dgn geng sabah di greja. Geng sy orang sungai :D Pst, jgn kasitau nenek sj. Kasitau sy juga. heheh :P

Asma' Sah berkata...

Cute la muka kak lyeen.. :)

Unknown berkata...

Hahaha rasamu soalan maut,, kikiki

MisEyz BLurz berkata...

Sooo???? Bila lagi tu lyeen? Hehehehe

Maria Firdz berkata...

Mak bebel tnda syg...

Unknown berkata...

haha. ambik sebiji kena ! bukan setakat esei keluarga bahgia. tapi macam pakar motivasi pon ada nampak tokoh2 tu. ahaha :p

Unknown berkata...

org sabah rupanya.. :)
mesti tersentap dgn soklan mcm boom tu..
berbelit mulut nk jwb..

IMA SALSUZAIMA berkata...

haha..sentap nda sentap..mesti jawab juga..nenak ko mau sambut cucu menantu ba itu..haha

www.duniafarisya.com berkata...

kalau syirah pun mesti syirah sentap.heheh

Adam Faiz berkata...

Tak paham sangat bahasa sabah,huhuhu

Unknown berkata...

nenek lyeen ndak sabar suda tu mo ada cucu menantu.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...