Ahad, 17 November 2013

Sebelum saya fly!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah SAW dan para sahabat.

Alhamdullilah, entry sebelum ni buklanlah entry terakhir kan? Semalam nak update blog selepas balik dari teman pakcik Lyeen menjelajah kat KLCC, Pasar Seni, Masjid Jamek dan Mid Valley. Tapi, Lyeen balik jer semalam memang sumpah penat, rasa macam nak menangis jer time balik tu. Dahlah balik semalam Lyeen punggah 30 biji roti gardenia tu sorang-sorang. Rasa macam nak call mak suruh cari calon suami untuk Lyeen cepat-cepat supaya ada yang tolong jaga dan tolong angkat roti. Eh? Hahahahha. Semalam, Lyeen dah packing semua barang siap-siap. Nak balik u olls, sehari sebelum nak fly I dah packing! Semangat!
Lyeen bawa berpuluh-puluh roti untuk adik-adik makan. Yes, memang dekat Sabah roti ni takda. Tu sebab pukal banyak-banyak untuk bawa balik Sabah. Roti ni lah yang buat aku menangis nak angkat semalam. Nasib baik aku ni cekal dan tabah orangnya. Tadi, dari asrama Lyeen gerak pukul 9.20 pagi dan terus naik teksi dari depan asrama ke KL Sentral. Tak suka dengan pacik teksi tu sebab saja ambik jalan jauh yang buat Lyeen kena bayar RM 9.30 okay! Walhal, biasa Lyeen bayar RM 5.00 ke RM 6.00 jer. Saja nak kenakan orang yang forever alone ni! Takpa...
Sedih tinggalkan bilik ni tadi. Bilik yang punya banyak kenangan untuk Lyeen. Mula-mula kenal rumate kat sini. Mula-mula bercinta. Mula-mula putus cinta. Eh? Semualah! Hahahahhaa. Sebelum balik tadi sembur pewangi sikit supaya cikgu-cikgu yang kursus tu suka masuk bilik kami. Hahaha. Tak tahu kenapa bila nak tutup pintu bilik ni terus jatuh air mata. Sedih, sebak. Ya Allah, banyaknya kenangan dalam bilik ni. Semoga tahun depan aku balik, aku dah lupa semua benda-benda yang buat aku sedih-sedih ni. Lap air mata kejap. 

Dan paling tak boleh nak tahan, Lyeen terpaksa tinggalkan Bear. Lyeen tak boleh bawa dia balik sebab Tangan dah tak cukup nak bawa. Tadi, 1 bagasi, 1 beg laptop, 1 beg tangan besar dan 1 lagi beg tangan kecik. Kalau bawa Bear pun nak letak mana? Taip entry ni pun menangis! Ish... Mula rindu dengan beruang pink yang juga tempat Lyeen lepas geram, lepas rindu dan paling penting kalau aku marah, kadang-kadang  aku akan buang Bear dan sumbat dia masuk laju-laju bawah katil sampai aku tak nampak. Kadang-kadang juga, Lyeen akan cerita dengan Bear even aku tahu aku macam sengal cakap dengan benda tak bernyawa. Hahahaha. Kata orang. yang penting kau happy sudah!
Sungguh, Lyeen dah rindu dengan Bear. Time nak letak Bear dalam stor tadi, sekali lagi air mata jatuh. "Bear, sorry aku tak dapat bawa kau. Jumpa tahun depan, Bear.." Lepastu terus tutup almari stor. Tak sampai hati nak tinggal tapi terpaksa juga tinggal. Ermmmmmmmm. Dalam bas ke KLIA tadi, bila bas dah semakin jauh tinggalkan bandar KL maka Lyeen semakin sedih (Hipotesis). Hahahhahha. Okay, sekali lagi menangis. Aku perasan macam tengah buat video klip lagu sedih-sedih dan aku sebagai watak utama. Sungguh! Nasib baik tak ramai orang dalam bas tu. Hanya ada 6 orang penumpang sahaja dan depan aku duduk sorang Bangla yang sesat. Maybe umur dia dalam 15 ke 20 tahun sebab dia kecik lagi dan comel-comel lagi. Ehem! Dia nak ke Kota Raya tapi dia salah jalan. Lyeen nak tolong tapi tak dapat sebab dia tak pandai cakap Melayu dan English. So, macam kucing cakap dengan ayam. Tak faham satu sama lain. Alih-alih dia suruh aku cakap dengan kawan dia dalam fon. Menggeletar jugak Lyeen. Tapi, niat kerana Allah. Nak tolong orang dalam kesusahan.

"Cik boleh tolong kawan saya? Dia sesat. Dia baru sampai Malaysia. Saya suruh dia pergi Kota Raya."
"Saya nak tolong macam mana? Bas ni menuju ke KLIA dan kawan awak tak reti cakap Melayu dan saya memang tak faham apa dia cakap."
"Alamak! Takpa cik..takpa..."

Lyeen bagi fon kat dia balik. Akhirnya, pemandu bas tu yang tolong dia. Bawa dia KL Sentral semula. Erm, nampaknya Lyeen kena kursus bahasa Bangladesh. Ok fine! Malaysia sekarang memang ramai dah warga asing. Sampai kita pulak yang seram sejuk dalam negara sendiri. Tutup kes! Bila sampai KLIA tadi, Lyeen nampak dia macam nak ucap terima kasih. Tapi, i know he dont know how to speak. So, dia mengangguk jer. Lyeen pun senyum. Kesian kat dia. Nak datang Malaysia kenalah belajar cakap Melayu, abang oiiii! Ni, Lyeen nak tolong pun tak reti sebab memang tak faham satu pun apa yang dia cakap. Nak mengorat pun tak jadi. Eh? Eh? Eh?
Now, Lyeen dah sampai kat KLIA sejam tadi. Makan kat KFC dulu sambil menikmati line percuma kat sini dan disebabkan tu Lyeen update blog sebab takut tak menyempat nak update nanti. Tak tahu ada masa ke tak sebab Lyeen perlukan masa dna ruang untuk bebas dari dunia maya dalam tempoh cuti ni. Nak fokus pada family sepenuhnya dan Lyeen harap Lyeen dapat lupa semua benda-benda yang menjadi masalah jiwa sebelum ni. Semoga Allah mudahkan. Aku confirm, bila dah fly nanti aku akan menangis lagi dan rasanya itu yang last  untuk hari ni dan tahun ni. Hahahahaha. Air mata terakhir di Kuala Lumpur. Nice!
30 minit lagi Lyeen akan fly. Sebelum balik tadi, Lyeen dah mesej semua orang yang terdekat. Minta maaf kat mereka. Macam aku ni tak balik KL dah lepas ni kan? Hahahaha. Kita kena balik kampung dengan tenang baru best cuti. Kalau cuti marah-marah orang ni  cuti pun jadi nak stress je. Hahaha. So, ehem-ehem jumpa di entry seterusnya u olls! Wish me safely arrive ok. Mak Lyeen tak tahu lagi Lyeen balik hari ni hanya abah yang tahu sebab abah yang jemput kat airport. Sweetnya ada anak macam aku kan? Ok, last... semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa mendapat keredhaan-Nya di dunia mahupun di akhirat. In shaa Allah. Aamin.

5 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

have a safe flight lyeen :) suka cara penulisan lyeen :)

IMA SALSUZAIMA berkata...

alaa..sedihnya..terasa sebak pulak..
bab roti tu, aku pun suka..hahaha..suka beli banyak2..dan buat makan dikala bosan..
untung la bagladesh tu lyeen dan pemandu bas sudi tlg..ksian juga kan..biarpun dia org mn. tolong mnolong tu harus ada..

www.duniafarisya.com berkata...

lyeen..terima kaseh sebab jadi pengomen setia di blog Farisya :)
mintak maaf sebab Farisya baru sempat singgah blog lyeen..
Farisya suka penulisan Lyeen :)

Anyway roti banyak tu buat stok ke ape?hehe

Unknown berkata...

alaaa.. sedihnya. takmo sedih2 sis. selamat menikmati waktu cuti. ahaha :D

Vee berkata...

Bab putus cinta tu faham sgt rasanya. Huhuhuu.. Smoga kepulangan ke KL kali ni lebih bermakna daaann no more heartbreaks! :) xo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...