Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Sebelum ni Lyeen tak kenal pun apa tu silat. Apa tu pertahanan diri? Buat apa aku nak belajar silat? Aku dah besar tak sempat nak belajar. Orang yang lemah semangat macam aku tak payah belajar. Aku cepat letih, tak boleh! Sebelum ni, Lyeen nak tumbuk orang pun tak rupa macam nak tumbuk. Genggam penumbuk pun tak erat. Tak kejap! Kau pernah fikir, perempuan Melayu terakhir yang tak berapa nak akhir ni akan masuk seni pertahanan diri? Bolehkah orang yang sensetif ni, orang yang perasan lembut ni, orang yang kuat menangis ni masuk silat yang sah-sah perlukan mental dan fizikal yang kuat? Macam tak percaya je. Macam tak percaya je.
Indera Bentara. Yes, sampai hari ni Lyeen tak percaya yang Lyeen adalah sebahagian dalam keluarga Indera Bentara ni.. Sangat tak percaya, macam dalam mimpi je. Betul ke aku dah sampai ke tahap ni? Ingat lagi mula-mula Lyeen join, Lyeen terpaksa lawan dengan sifat semulajadi diri sendiri. Kau ingat senang nak ubah dari diri yang masyaAllah punya sensetif dan kuat terasa hati ni pergi yang kuat dan mampu mengawal emosi? Cabaran paling besar bila family Lyeen tak benarkan Lyeen join sebab mereka takut Lyeen tak kuat nak berdepan dengan latihan dalam silat. Tapi, Lyeen masih ingat pesan cikgu silat first time Lyeen datang untuk latihan malam tu.
"Beri peluang untuk diri Lyeen berubah jadi lebih kuat."
Hari ni, Lyeen gembira bila jadual waktu latihan Lyeen bersilat Mak Lyeen yang tolong ingatkan. Kau ada? Hahaha.. Sweet kan?....Ya! Dan kerana itu Lyeen masih kekal dan mencintai keluarga Indera Bentara ini. Satu benda yang Lyeen tak akan lupa hingga hujung nyawa bila cikgu silat menjerit betul-betul kat telinga Lyeen dengan frequency nada yang super duper tinggi! ...dan Lyeen terus terjelopok kat tepi kerusi dan menangis. Terasa kesiannya diri aku saat ni, macam tercabut jantung dari pangkal jangtung! Hahaha. Time tu first time Lyeen ikut latihan silat secara praktikal. Tahu apa yang Lyeen rasa saat tu? Rasa menyesal, rasa nak balik, rasa diri ni memang tak mampu nak join kelab ni! No.. nak balik!! Tapi, ketika tu ada someone yang ingatkan saya bahawa ini baru permulaan dan dia beri saya kekuatan untuk terus stay dan buktikan pada dia yang saya mampu. Saat tu saya kata pada diri sendiri, "Saya akan pastikan suatu hari nanti bila cikgu jerit kat telinga saya, saya akan senyum-senyum sambil angkat-angkat kening." Terima kasih sangat-sangat buat Cikgu Azrul yang sangat-sangat tabah untuk mengajar dan mendidik kami di Indera Bentara ini. Even cikgu marah, kami tahu cikgu marah sebab nak yang terbaik untuk kami dan cikgu nak kami nampak apa yang selama ini kami tak nampak tentang silat. Terima kasih cikgu! Cikgu adalah gruu terbaik untuk kami di Indera Bentara.
Dan hari ini saya bangga bila saya mampu berdiri di sebelah Yang Berbahagia Datuk Raja Abdul Majid Raja Md Isa atau Pan Andak iaitu orang kuat Silat Seni Gayong Malaysia yang julung-julung kali kesempatan ini ada untuk semua anak-anak Gayong. Apa yang Lyeen nak kongsikan bila hari ini Lyeen jadi lebih berani dari sebelum ni. Andai sebelum ni bila ada seseorang yang sakitkan hati Lyeen, Lyeen akan menangis dan menangis. Tapi, hari ni alhamdullilah Lyeen stop untuk menangis dari perkara-perkara remeh!
Silat bukan mengajar Lyeen gerak langkah semata-mata, tetapi ia membuka mata Lyeen tentang kekuatan hati dan jiwa. Ramai menganggap bahawa silat ada ilmu dalaman. Yes, ilmu dalaman untuk ketenangan jiwa agar jiwa kita kuat dari sebarang perkara-perkara jahat dan ilmu itu adalah niat hanya kerana Allah, andai dia kata jadilah, maka jadilah. Kunfayakun! Alhamdullilah, walaupun tidak sehebat yang lain-lain yang ternyata 10 kali ganda lebih hebat dari Lyeen, tapi Lyeen yakin bermula dari seorang perempuan paling lemah dalam dunia ni suatu ketika dahulu, Lyeen berjaya mengorak satu langkah kehadapan untuk jadi lebih yakin dan berani. Alhamdullilah.
Syukur juga kerana Lyeen diberi peluang untuk mengenali keluarga Indera Bentara ini. Jujur ini adalah keluarga Lyeen, Lyeen senang bergaul dalam keluarga ni sebab semua pun penuh dengan gelak tawa, senda gurau dan macam-macam even kadang-kadang rasa macam nak sepak kepala lutut diorang bila gurau lebih-lebih. Hahahaha. Dalam family Indera Bentara ada junior dan senior tapi Lyeen tolak tepi sebab dalam Indera Bentara kami adalah sama dan selalu sayang antara satu sama lain. Terutamanya partner Lyeen, Farah! Lyeen sayang dia lebih banyak. Kau tahulah orang macam Lyeen ni selalu ponteng latihan, maka banyaklah yang tertinggal. Tapi, Farahlah orang paling tabah nak ajar Lyeen step by step. Dahlah Lyeen ni tergolong dalam golongan pemulihan dan slow learner dalam latihan. Ok bai. Macam sedih je. Macam sedih je. Andai suatu masa, Lyeen dah takda dalam gelanggang ni mesti sedih kan. Huhuhu.
Mula-mula, nak letak gambar Lyeen dengan Aida je. Tapi, tetiba rasa nak share sekali gambar dengan Eman Manan (Tokoh Silat). Rujuk entry kat SINI untuk tahu pasal beliau. Nampak tak motif utama kat situ? Hahhahahha. Sebenarnya, Lyeen terbuka pintu hati dan jiwa raga untuk masuk silat bermula dari Aida. Dia ajak Lyeen untuk datang dan tengok-tengok. Ada satu tahap juga bila Lyeen dah down dan nak berhenti dari silat, dia beri Lyeen kekuatan untuk terus stay dan refleksi diri. Thanks geng, kau tak tahu sebenarnya kau idola aku dalam gelanggang tapi aku malu cakap. So, aku tulis. Dia rajin tolong Lyeen, tiap kali latihan dari dulu sampailah sekarang dialah orang yang setia tolong pasang kain dan bengkung kat Lyeen sebab sumpah sampai sekarang Lyeen belum pandai nak pasang dua benda tu. Sedih! Lagi satu, part yang Lyeen sayang dia lebih bila Lyeen ujian kenaikan bengkung hari tu kan dialah orang yang paling semangat bagi Lyeen motivasi, siap bagi air lepas ujian. So sweet. Hahahahaha.
Lyeen tak kisah kalau hari ni Lyeen terpaksa menangis bila cikgu silat jerit kat telinga Lyeen, bila kawan-kawan tumbuk, pukul dan sepak Lyeen dan Lyeen jatuh terduduk kat gelanggang, bila Lyeen terpaksa menangis sebab letih buat latihan dan bila Lyeen sakit-sakit tulang-temalang dan segenap ruang badan selama seminggu saat buat latihan kat gelanggang. Jujur tak kisah! Berbanding, suatu hari nanti Lyeen hanya terdiam terkaku tak mampu nak buat apa-apa saat penjahat menghampiri dan nak buat perkara tak baik pada Lyeen. Nauzubillahminzaliq!
Nota pink: “Belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memiliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya." - Imam Yusuf al-Qardhawi
Segmen tajaan: Jum Like page rasmi Pusaka Gayong Indera Bentara dan Follow websiti rasmi www.inderebentara.com sekarang! Ok bai. Assalamualaikum.
6 000 Makan Cupcakes!:
bagus belajar silat ni...tuk pertahankan diri dan pertahankan warisan bangsa kita
Wah bagus,belajar seni mempertahankan diri ni :) Semoga sis lyeen lebih kuat lepas ni :)
bagusnya :)
silt membentuk jati diri kite..mnfaatkan ilmu tu sebaek mungkin.. :)
kan..kan..kan...!
heiii.. tak tau la..
kalau tau masa tu kita gedik2 gambar bersama..
hekhek..
salam kenal..!
Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya , anak Gayong Gelanggang Naga Rantau PSSGM UMP (:
Bersemangat sy mbaca kisah srikandi. Jika ada umur yg panjang dan punya jodoh utk btemu, in shaa Allah btemu lah kita suatu hari nti.
TEruskan bersilat kerana Allah, demi mjaga Melayu dan agama Islam terutamanya.
- SKH ^_^
Catat Ulasan