Selasa, 26 November 2013

Risiko bila pakai kaca mata.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam manis-manis sambil kenyit-kenyit mata.

Dalam sehari bila tak update blog ni rasa macam tak complete. Walaupun dah rasa lewat sangat tapi Lyeen tetap gagahkan jari jemari untuk menari-nari diatas papan kekunci. Tap! Tap! Tap *sound ffect. Buat kesekian kalinya, Lyeen terpaksa juga ambil kaca mata dari dalam handbag sebab mata memang dah tak boleh nak tahan sakit nak fokus. Sesungguhnya, bersimpatilah kalian pada manusia yang rabun lagi silau.
Yes, the real rabunnes and silauness! Sebenarnya, Aida pun rabun tapi dia buat-buat tak rabun. Ok bai. Kami selalu tukar-tukar spek bila bosan.
Lyeen menyesal sebab tak pandai jaga mata sejak kecil. Kalau dulu kan Lyeen teringin sangat nak pakai spek, sebab bila pakai spek ni rasa mereka-mereka ni nampak matured, nampak bijak, nampak macam orang hebatlah. Then, bila aku melalui sendiri rasa pakai spek tu. Sungguh, sesal bertimpa-timpa bila aku hanya mampu rasa 'terkilan' saat kawan-kawan aku duduk belakang dekat dewan kuliah. Aku? Jadi student paling baik hati dan berwibawa bila terpaksa duduk depan yang paling depan sajaaaaa. Terpaksa duduk depan sebab bila duduk belakang tak nampak apa pun yang lecturer tunjuk. Sedih. Sangat sedih.

Dulu, Lyeen tak seteruk ni sebab masih boleh guna spek yang biasa-biasa saja. Tapi, ni dah tukar spek kali yang kedua sebab tahap kerabunan dah bertambah. Serius, rimas sangat nak guna spek ni. Rasa macam jadi masalah pulak nak pakai. Kau jangan suruh aku guna contact lens, sumpah sampai mati aku tak nak pakai! Lagi satu bila rabun jauh macam aku ni, selalu tak nampak orang lain. Lepastu, mulalah orang cakap kau sombong walhal memang kau tu tak nampak. Lagi-lagi orang yang malas pakai spek macam aku kecuali time kuliah dan nak baca buku. Ceh, baca buku tu..;p

Punca-punca aku rabun dan silau. Pertama, kecik-kecik dulu aku sangat suka tengok TV dekat-dekat sampai tahap aku nak cium TV. Family selalu tegur aku tapi usaha mereka seperti mencurah air ke daun keladi sebab aku buat dunno je. Kedua, dulu aku kaki novel sampai pukul 4 hingga 5 pagi aku sanggup berjaga untuk habiskan sebuah novel.  Ketiga, dulu Lyeen ke sekolah jalan kaki saja. Di Sabah ni sekolah kebanyakannya dua sesi, so bayangkan sajalah bila nak balik tengah hari tu pukul 12.40 tengah hari. Panas mencurah-curah, sampai berair-air mata jalan balik ke rumah. Dan punca terakhir, aku rasa sebab nawaitu aku dari kecik memang nak sangat pakai spek dan hari ni, padan muka aku bila aku TERPAKSA pakai spek untuk membantu mata aku mengecam benda dengan baik dan tepat!
Yes, memang aku rasa aku matured sangat 100x bila pakai spek! Eh?
Tapi, bak kata orang bila nasi dah jadi bubur apa boleh buat apa dah. Macam tu juga aku yang terpaksa juga guna spek untuk bantu kualiti penglihatan. Alhamdullilah, Allah masih pinjamkan nikmat ini untuk melihat semua keindahan ciptaan-Nya. Syukur, alhamdullilah. Sesungguhnya, masih ramai yang kurang bernasib baik dekat luar sana dari kita. Syukur, syukur, syukur! So, take note buat mereka yang masih memiliki sepasang mata yang sihat walafiat, jaga dan peliharanya sebaik mungkin. Banyakkan memandang benda-benda yang baik, yang memberi keinsafan pada diri kita untuk terus mencari keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya, semua yang kita miliki pada hari ini adalah pinjaman semata dari Allah SWT, maka kita gunakan sebaiknya dan niat hanya kerana DIA.

Ok bai. Assalamualaikum.


12 000 Makan Cupcakes!:

Syira Lokman berkata...

ape pun kte kne bersyukur :)

Unknown berkata...

nice blog n nice info...sama macam mimi..dulu nk sangat pakai cermin mata..tp bila da pkai...menyesal gila2...hahaha..anyway thanks for your sharing... done follow u..

Ikam berkata...

nnti raya korban mohon ambik mata lembu..btw, not bad la ko pkai spek..aku pkai jgk

nabila biela berkata...

omeylahhh pakai spek =P

keymekeymoo berkata...

hehe, samalah kita kak, KK dulu pun nak sgt pakai spek, last2 kena pakai since standart 6, sampai sekarang umur dah 19 tahun, dan paling best, power dari 150 jadi 350, haha, hebatkan? hehe

Jiarizaira berkata...

Dulu pun teringin sgt nak pakai spek mata tapi mata masih elok dan ayah tegaskan kena jaga mata, tajamkan pandangan.

Asma' Sah berkata...

Haa ,baru je berangan nk pakai spek .. sebab rasa pakai spek ni nmpk cantik .. hahaha .. bila baca entry
Cik Lyeen ni terus tobatt ..errrr ..

Teena Tna berkata...

Saya pun rabun jugak, tapi tak suka pakai spec. Pakai time dalam dewan kuliah jer. Rasa macam nerd sangat lah kalau pakai spec ni. Hehe

Nik Ainaa berkata...

samalah kita cik lyenn. dlu nk sgt pkai spec, skali kena rabun.... memeng menyesal xjaga mata. maybe sebb bnyk mengadap laptop lama sngt tu yg mata semakin rosak. huhu

Unknown berkata...

pernah terdetik juga di hati betapa maturednya mereka yg berspek mata..tp tak lama sebab syukur tak pakai spek..kalau tak mesti susah..kmana saja nak kena pakai spek kan..=/

p/s- kebetulan jumpa junior lyeen kat blog husna..hehehe..

Unknown berkata...

Ana bakal memakai spek :( ana pun sedih!! you know kalo pakai spek lama2 mata bole lebam ? like my mom .. :( kalo nk pakai pakai ms study ajerr.. kalo memey x nampak btol2 tu pakai laa takot2 jalan2 kang terlanggar kerusi.. btw awak semua jgn lerr cri pasal nk pakai spek uwaaa

MK berkata...

uihh. akak pon pakai cermin mata. Samalah kita. Dulu bukan main excited nak pakai, sekarang memang nyesal gile-ii. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...