Jumaat, 22 November 2013

Pengisian Cuti & Biz Online

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Selamat hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari dan hari yang penuh berkat, InsyaAllah. Cuti ni rasa macam free sangat-sangat sampai tak tahu nak buat apa dah sebenarnya. Makan, minum, tidur, tengok tv, menjahit dan ulang lagi baca dari yang pertama tadi. Hahahaha. Sepanjang sampai Tawau ni, Lyeen tak jalan ke mana-mana lagi sebab tak tahu nak jalan pergi mana pun, kawan-kawan Lyeen pun takda dekat Tawau sekarang sebab semuanya masih dekat tempat pengajian masing-masing. Misni, Yuyuq, Dewi, Farizan, Nabila dan Heni. Sungguh, memang dah lost contact dengan mereka semenjak SPM even merekalah sahabat Lyeen semenjak Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6 Rendah dekat SMK.Kinabutan tu. Yang still contact Misni dan Yuyuq saja tu pun tak selalu sebab masing-masing sibuk. Kau percaya contact number mereka pun aku takda! Selama ni contact melalui FB sahaja... =_=
SMK.Kinabutan Tawau. Sekolah Lyeen dari Form 1 sampai Lower 6.
Lyeen ni nama saja orang Tawau tapi sebenarnya aku tak tahu sangat jalan nak pergi mana-mana sebab selama ni Lyeen selalu pergi mana-mana dengan Mak atau dengan Mak Cik. Baiknya aku kan? Hahahaha. Ok, sebab memang Mak aku dulu susah sangat nak bagi aku keluar rumah! Berbalik pada cerita asal, sebab tu aku malas nak jalan pergi mana-mana, Lyeen lagi suka stay rumah sebab boleh masak-masak, boleh kemas-kemas rumah, boleh turun bawah petik-petik buah mangga tepi rumah dan buah betik belakang rumah. Sihatnya aku semenjak balik kampung ni. Apa nak makan main petik-petik saja! Free sebab kebun Abah sejak turun-temurun. Nanti kalau aku ada anak, anak aku pun boleh petik-petik. Eh? Berangan tak sudah...!

Cuti ni, Lyeen fokus sepenuhnya pada perniagaan online aku yang tak online sangat tu! Jual tudung, kalau dulu Lyeen guna pages Cik Lyeen Blogspot Com tu untuk berurus niaga, tapi hari ni Lyeen dah buat satu pages sendirian berhad untuk kes jual-jual tudung ni supaya senang sikit nak handle pages. Taklah pening-pening nak urus apa-apa benda. LIKE sikit pages Le Roses & Tudung Bawal Terkini untuk support Lyeen okey? Hahahaha, cuti ni Lyeen bolehlah bagi sepenuh perhatian dengan tempahan customers, boleh fokus nak menjahit roses tu, boleh fokus gunting sana dan gunting sini dan paling penting supaya Lyeen boleh sibukkan diri untuk lupakan semua benda yang menyakitkan sebelum ini. 

Sungguh, sangat susah untuk melupakan semua yang berlaku sebelum ini. Siapa tak terasa kehilangan bila orang yang selama ni kita sayang tiba-tiba berpaling tadah? Sakit dan sangat-sangat pedih. Kalau ikutkan hati nak berdendam sampai ke mati tapi, siapalah Lyeen nak buat macam tu. Nauzubilahminzaliq! Allah benci pada orang yang mencipta permusuhan ini. Lyeen tabahkan hati untuk memaafkan dan menerima takdir bahawa tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kadang-kadang tu teringat juga, menangis juga. Sampai hati mereka mempermainkan perasaan saya kan? Tapi, tolak tepi semua tu dan kata pada diri sendiri, "Lyeen, jangan cuba tolak dan persoalkan takdir yang telah ditetapkan untuk kita." Dan, insyaAllah selepas ini boleh lupa sedikit demi sedikit. Tak nak ingat langsung dan nak buang terus macam mana mereka buang saya. Eh? Buang-buang macam sampah pulak! Cuba sentap sikit ayat kat situ. Hahahahaha.
So, apa tunggu lagi? Jomlah tempah Tudung Bawal Terkini dekat pages terbaru Lyeen iaitu Le Roses & Tudung Bawal Terkini macam-macam ada, Bawal Delisya, Bawal Airis, Bawal Zafrah, Bawal Qaira, Bawal Raniya dan paling special Bawal Fiska yang akan release awal bulan depan! Cun-cun kan nama tudung? Hahahaha, semua tu watak dalam novel sambilan yang Lyeen tengah buat dan yang juga tak pernah nak siap-siap. Doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudakan. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.


2 000 Makan Cupcakes!:

IMA SALSUZAIMA berkata...

Xpa bah lyeen..itu smua pengalaman hidup..hampir semua org mengalaminya..insyallah fikir dr sudut positif, ia akan mematangkan diri.. BTW, mmng cantik tudung2 tu..shawl rose ada kh..ada kwn cari bah.. :)

Unknown berkata...

@ima salsuzaima hahaa..betul tu..thanks r..ujian mematangkan diri..yeazza..hahaha...oo, klu pasal shawl tu PM ja di fb..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...