Sabtu, 16 November 2013

Patah Tumbuh Hilang Berganti.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullulah SAW.
Dua hari Lyeen tak update blog kan? Rasa macam tak complete je bila tak update blog sebab biasanya kerja tengah-tengah malam buta ni akan update blog dulu sebelum tidur. Tapi, semalam packing dengan rumate tercinta sambil mengumpat dan menangis beregu dengan meletakkan Bear kat tengah-tengah. Hahahhaha. 
Rumate saya dah balik Tawau petang tadi, sumpah rindu dia sangat-sangat. Sebab kan u olls, semenjak  dua menjak ni kami jadi rapat sangat-sangat. Memang kami dah sebilik hampir dua tahun tapi sebelum ni dalam bilik dia dengan hal dia dan Lyeen dengan hal Lyeen. Hahaahhaha. Lagipun kami tak  classmates. Kadang-kadang jumpa waktu malam jer tu pun malam nak tidur. Tapi, semester ni kami jadi rapat sangat sebab banyak masalah dia luah kat Lyeen. Lyeen luah kat dia. Sweet kan? Nangis sama-sama. Gelak sama-sama. Lompat sama-sama. Makan sama-sama. Delivery Pizza Hut dan KFC sama-sama sambil mengorat yang tukang delivery! Hahahaha. Kemas bilik sama-sama tapi bab menyepah aku buat sendiri. Rumate Lyeen seorang yang teratur sebab memang payah nak tengok dia menyepah. 
Senior searas kami selalu silap antara kami berdua. Kadang-kadang saya jalan-jalan. Tiba-tiba, "Mash!" Sambil sentuh bahu saya. "Blablablablabla...." Cerita kat saya. Lepastu dengan selamba saya akan cakap..."Kak, saya Lyeen. Mash dalam bilik." Hahahhha. Kata orang, bila selalu sama-sama ni kan automatik je muka jadi sama. Hahaha. Ok, tamat cerita pasal rumate saya yang gojes. Saya doakan dia sentiasa tabah, kuat, cekal dan dalam lindungan Allah. Dia selalu nasihatkan saya untuk jadi kuat dan saya juga akan jadi kuat bila dengan dia. Bila kami kami sedih, kami akan makan sampai lupa benda yang sedih tadi. Petua!
Petang tadi, saya forever  alone pergi KL Sentral untuk tukar flight saya. Sebenarnya, Lyeen memang nak balik 1 Disember 2013 nanti, tapi abang Lyeen tetiba call dan suruh Lyeen balik Sabah terus sebab Mak Lyeen tak sihat sangat. Lyeen rasa macam nak menangis saja saat tu! Kau bayangkan je la, dengan tiket dah siap beli. Nasib baik sempat tukar tadi. Alhamdullilah sangat walaupun kena tunggu sehari lagi. Dahlah tunggu que tadi banyak sangat. Banyak orang nak tukar flight kot! Hahaahha. Pstttt! Tapi kan family Lyeen tak tahu yang Lyeen sampai Tawau lusa. Saja nak bagi kejutan! Mesti mak aku terharu. So, siapa yang baca entry ni jangan memandai bagitahu mak aku! Hahahaha. Tiket rasmi saya! Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!
Kuala Lumpur ke Tawau. Rasa nak menangis je baca. Senior saya kata, "Sekarang baru merasa kan hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri.". Tapi, saya kata kan. "Saya ambik emas dinegeri orang lepastu saya bawa balik ke negeri saya!"...Hahahahahaha.  Lepas je urus tiket tadi terus call Pak Cik saya yang baru sampai dari Sabah. Pak Cik saya minta tolong saya bawa dia jalan-jalan. Call la kan..."Jumpa di mana pacik?"..."Pacik di Serdang ni. The Mines." Sentap kejap. The Mines??? Kenapa perlu dekat sana? Nak nangis double. 
Sampai sana ja terus rindu. Sebak. Dulu aku selalu datang tempat ni berdua. Tengok ikan sampai aku rasa  ikan tu dah cam muka aku. Sekarang, aku rasa macam nak racun ikan-ikan tu! Eh? Tetiba. Hahahaha. Pacik saya tanya, "Bestnya kau. Selalu kau datang sini?". "Eh, ndaklah pacik. Pernahlah datang." Sambil senyum-senyum walhal dalam hati aku "Aku dah champion jalan dekat sini!". Aku kan selalu dating sini zaman kegemilangan dulu! Gelak sambil kesat air mata. Hahahaha. Apapun, kata orang tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain kan? Aku selalu main dengan ikan-ikan kat sini sampai aku kena marah dengan guard sebab macam aku tuan ikan kat situ!
Berbalik pada cerita pacik aku. Letih sangat jalan-jalan tadi. Dari The Mines tu ke Masjid Jamek lepastu ke Sogo lepastu ke KL Sentral. Skru lutut saya macam nak tercabut. Esok nak teman lagi pacik pergi Petaling Street, Pasar Seni dan terus pergi KLCC sebab lusa saya dah balik Sabah. Rasa bersalah pula kalau tak dapat bawa mereka jalan-jalan dulu walaupun aku tak tahu jalan sebenarnya! Hahahaha. tadi pakcik tanya saya, "Pacik mau pergi Dataran Merdeka tu bah. kau tahu jalan ke sana?" Lepastu, saya diam-diam. Fikir kejap. "Pacik, aku tahu di mana. Aku pernah pergi tapi ikut rombongan IPG kami. Tapi, mau pergi sana tu aku tak tahu lagi". Hahahhaa...Dalam hati rasa sengal juga sebab tak tahu jalan ke sana. "Rugilah kan kalau lama-lama di sini ndak tahu jalan...." Sentap! Aku berazam, semester depan aku nak ambil lesen memandu lepastu aku round satu KL!

Balik tadi kan, lepas makan, solat. Lepastu aku tidur sampai tak sedar diri. Lupa call mak. Mak SMS, "Mamak cakap kalau sampai asrama, call kan? Kenapa tak call? Mamak risau." Baca SMS tu terus call mak, first kena ceramah free dulu. Hahahaha. Padan muka aku. So, sekarang teman BFF, Floe packing barang sebab esok dia balik Sabah dah. Lagi double aku forever alone! Nasib baik, aku ni tabah. Jaga diri tahu kawan-kawan, mesti aku rindu korang nanti! Jumpa tahun depan dengan muka dan fikiran yang lebih matang. Eh?  Tengah fikir, nak bawa Bear balik Sabah ke tak? Erm, sebab sekarang aku dah biasa tidur sambil letak dia atas kepala dan tutup muka aku. Walaupun hakikatnya subuh-subuh Bear dah jatuh terlingkup kat bawah katil. Hahahahaha.
Apapun, sampai Sabah nanti Lyeen tak tahu boleh online ke tidak sebab broadband ni aklau dekat Sabah mulalah dia nak buat hal! So, pasrah jer la. Kalau blog ni tak berupdate sebulan lebih means memang  broadband Lyeen buat hal. Doakan perjalanan Lyeen selamat sampai ke kampung halaman. Doakan juga Mak Lyeen cepat sembuh dan doakan semoga semua urusan ini dipermudahkan. Doakan juga saya sihat sejahtera dan tak sedih-sedih lagi. Sebab bila Lyeen sedih korang pun akan sedih baca entry Lyeen kan? Hahahahha. Ok, saya pun doakan mereka yang baca blog ni akan sentiasa diberi kesihatan yang sempurna dan sentiasa meletakkan Allah tempat teratas dalam hati. In Shaa Allah. Aamin.

Salam rindu. Salam sayang. Salam nak balik Sabah. Ok bai. Assalamualaikum.


2 000 Makan Cupcakes!:

Vee berkata...

Adededeiii.. Yang manis kita ingat, yang pahit kita buang jauh2 :) Nda apa bah, itukan sebahagian dr pengalaman utk menjadi matang ^_^ Esok lusa jumpa juga kau penggantinya nanti ;) Tauu mcm mana rasanya, baru ja lepas. Haha. Kali ni Vee mau cari laki Sabah. Blh tlg ka? Haha!

Unknown berkata...

comel jek korang berdua. heee.
btw, lepas ni kena ambil lesen cepat. pastu, jalan dekat sana dah master :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...