Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Manis-Manis Cupcakes. Alhamdullilah, Allah masih pinjamkan nyawa hari ini. Syukur!
Lyeen tertarik pada satu penyataan Farah Lee dalam blognya Kunfayakun, beliau ada menulis mengenai perihal dirinya yang berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dalam penulisannya juga, beliau ada menyatakan rasa sedih terhadap rakan-rakannya. "Sedih melihat rakan-rakan yang tidak menutup aurat. Saya pernah tidak menutup aurat, tiada yang membahagiakan melainkan penyesalan!" Yes, Lyeen akui tentang itu. Dulu, Lyeen juga pernah tidak menutup aurat dengan sempurna, bertudung hanya pada asasnya tapi bukan dengan perintah-Nya. Asas, hanya menutup helaian rambut. Perintah-Nya, menutup aurat dengan sempurna. Dulu, Lyeen bertudung pun tak sempurna. Kadang-kadang, tudung bawal yang Lyeen pakai nipis hingga menampakkan bentuk leher. Adakalanya, fesyen tudung melampau-lampau sehingga tidak menutup apa yang harus ditutup! Astagfirullahalazim. Lyeen, terbiasa hingga yang biasa itulah sebenarnya salah!
Lyeen pernah terfikir semua ni sebelum tu, tapi Lyeen cuba buat tak tahu. Bagi Lyeen, "Buat apa aku nak kisah? Aku bertudung ni dah kira baik." Erm, dulu pakaian Lyeen pun adakalanya membalut aurat dan bukannya menutup aurat. Sungguh, semua itu mendatangkan beribu-ribu sesalan dalam diri betapa Lyeen rugi masa, rugi pahala dan sangat-sangat rugi bila yang bukan mahram juga melihat aurat kita. Ya Allah, malunya! Sebelum ni juga Lyeen ada suarakan pandangan pada sahabat Lyeen, Aida. Lyeen tanya dia, "Geng, aku nak berubah. Tapi, aku sangat-sangat takut kalau aku tak mampu nak istiqomah." Yes! Itu adalah masalah orang yang nak berubah. Sebab nak berubah itu mudah tapi nak istiqomah itu sukar. Lepastu Aida cakap, "Kau berubah sikit-sikit dulu geng, mula dari yang kecik-kecik. InsyaAllah, boleh tu.." Lyeen sedikit terbuka pintu hati. Kalau aku tak cuba, macamana aku nak tahu? "Tapi geng, aku harap kau tegur aku kalau aku salah. Ingatkan aku kalau aku lupa." Time ni kan, cakap sambil sedih-sedih. Poyo kan? Hahaha.
Kesimpulannya kat sini, kalau kita nak pilih sahabat kita kena pilih yang benar-benar boleh tolong kita. Sentiasa ada bersama-sama kita tak kira ketika kita susah, senang, sihat ataupun sakit. Sahabat yang sedia bantu kita saat kita perlukan, sentiasa memberi nasihat untuk kita dan menegur kesilapan kita. Ohhh, tapi sekarang Lyeen masih seperti dulu cuma Lyeen maju setapak sahaja ke arah yang lebih baik. Pakai tudung mengikut syariat Islam bukannya kehendak fesyen! Doakan Lyeen untuk terus istiqomah. Itu sahaja yang Lyeen selalu harapkan. Jauhkan dari perkara-perkara mazmumah. Kepada yang hendak berubah, kita mulakan dari yang kecil-kecil dulu okay! Lyeen bukanlah nak tunjuk yang Lyeen ni baik, takkkkk! Tapi, Lyeen tahu dekat luar tu ramai yang nak berubah tapi takut untuk berubah. Kan? Kan? So, why not we start with the small thing first? Sikit-sikit lama-lama jadi bukittttttt.
P/S: Lyeen dah delete semua gambar-gambar Lyeen yang tak menutup aurat dengan sempurna dekat facebook. Mohon juga kepada yang tag Lyeen dalam FB dan aurat Lyeen tidak tertutup dengan sempurna, Lyeen mohon sangat untuk tolong hapuskan gambar tersebut. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Kalau juga ada dalam blog ni entry-entry yang lepas, mungkin Lyeen terlepas pandang. tegur-tegurlah. Lyeen sedia menerima teguran sebagai penambah baikan untuk diri Lyeen. InsyaAllah.
6 000 Makan Cupcakes!:
Betul tu Lyeen. Perasaan nak berubah memang tinggi. Tapi nak berubah tu tak kuat. Teringin sangat tapi...
@MisEyz BLurz Heheheh, lyeen pun takut kak..tp berubah sikit2 ja. Dak terus lain2..kakak kenal masi tu..:p hahah
In shaa Allah. Kak lyeen boleh lakukan. Berubah kerana Allah. Allah bg kita hdayat jd jgan sia-siakn hdayat y dberikan ye. Kte owg y sgt3x rugi jika kita sia3xkn.
goodluck kak lyeen :). hehehe. baru jumpa balik blog akak ni. ingat dah henti berblog dah. done letak balik dalam bloglist *wink wink
insyaAllah boleh,yang penting doa supaya diberi kekuatan =)
Bagus la Lyeen nak berubah.. kita ni sentiasa buat silap.. Aurat kena jaga :D
Catat Ulasan