Jumaat, 31 Mei 2013

Wordless: I Miss You!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Orange.

Bila kita rindu seseorang. Kita tak perlu luah. Kita hanya letak tangan kat dada dan doa semoga orang yang kita rindu juga akan rindu kita. So sweeeeeeeet. Ada kalanya, sesuatu benda tu kita tak perlu pun nak heboh-heboh. Diam-diam sudah. Yang penting kita saling berutus doa. Doa itu kan senjata orang Islam.
Mereka kawan saya. Saya rindu mereka. Adakah mereka rindu saya?
Dan saya ketika ini merindui orang poyo. Dan saya tahu orang poyo juga merindui saya. Tapi, biarlah rindu ini duduk diam-diam. Kasihan saya.
Nota Pink: "Kadangkala sesuatu yang kita sembunyi itu adalah sangat berharga berbanding yang kita selalu nak tunjuk tak tentu hala. Biarlah yang kita tunjuk tu benar-benar yang perlu kita nak tunjuk. Kan? Barulah sweet."
Ok bai. Assalamualaikum.

Kain Baju Pengantin/ Hari Raya 2013 Terbaharu

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cip Cokelet!

Hai u olls...! Dah pernah tak tengok baju yang ada bunga-bunga roses tu? So, kat sini Lyeen nak promosi kat u olls tentang kain baju bunga roses tu. Memang cantik ditambah pula kain yang selesa dan lembut. Jarang u olls nak jumpa kat Malaysia ni. Eh? melebih-lebih Lyeen nak promote!
Baju Nikah 2013.
Contoh baju lebih kurang macma ni. Cantik kan?. Gambar ni credit untuk BUTIK ROSES.

So, apa tunggu lagi. Untuk baju raya  tak pun untuk majlis-majlis bersejarah dalam hidup anda. Boleh menggunakan kain ini. Baju pengantin 2013.

Hanya PM Lyeen kat SINI untuk sebarang pertanyaan.
Harga termurah sempena Hari Raya yang bakal menjelma dua bulan lagi kan? Apa salahnya main roses-roses pulak tema raya tahun ni. Bhahaha.
Nak tengok leboh banyak design dan warna KLIK SINI.

Harga hanya RM 130 include postage ke seluruh Malaysia. Jenis kain pula adalah kain satin yang sangat cool..:)

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum.

Jom join blogwalking dengan join segmen the very-very simple ini. Comey jerrrr...:D
Klik banner untuk join.

Eh, sebelum tu u olls dah tahu siapa 10 BLOGGER COMEL DI MALAYSIA? Klik Sini. Ada hadiah berjumlah RM 480.00 menanti anda!


Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah

ASSAALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH 
AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM.
jom join Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah yang julung-julung kali ini.
click banner untuk join.

Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah ini disponsor oleh Nurmujahidah, Niena Sofea, Sheda Ucu, Dunia Farisya, Cheek Eyka, Daily Dress, Nazlyizan, Putera Remaja dan JiwaRosak.

'Segmen Menang Blouse Tribal #2'

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Klik banner untuk join ok..:)

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut.

Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.
Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja
Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..

TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013




Bila blogger tak tahu nak letak tajuk entry!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet Strawberry.

Sumpah tajuk entry taktaw nak letak apa. Sumpah! Katanya tadi nak pulun join segmen dan GA. Tapi, disebabkan mata ni dah sangat-sangat mengantuk maka Lyeen terus kepada niat asal untuk menaip entry sebab dah lama tak taip entry panjang-panjang kan? Masalah utama adalah disebabkan laptop Lyeen sendiri yang dah mogok. Esok baru hantar kedai. Kalau memang tak boleh baik, alamatnya pakai laptop baru la kan? Dan alamatnya juga elaun aku sem depan akan kurangggggggg!

Tadi Lyeen pergi KL hantar abang sepupu Lyeen yang baru je selesai Konvokeyen Ijazah Sarjana Muda Perguruan IPG Kali yang Ke-3 dekat Putrajaya. So, tadi hantar dia kat LCCT untuk balik Sabah. Bestnya dia dah habis study. Posting dah pun dekat Sarawak. Lyeen? Study kena 2 tahun lagi. Cepatlah...cepatlah masa berlalu..Lyeen nak posting juga. Nak konvo juga. Nak kerja juga. Nak ada gaji. Nak beli kereta. Nak beli rumah. Nak kahwin. Eh? Bhahahaha.
Rindu kat budak ni. Dia dah tiga hari kat Sabah. Dan sepanjang tiga hari tu juga dia tak SMS or call Lyeen. Biasalah orang dah bahagia. Nanti dia sunyi kat UIA..cari aku juga! Tapi, tu lah kata orang tua-tua. "Air yang dicincang tak akan putus". Macam tu lah ikatan adik-beradik even dialah tempat u olls bertumbuk, bersepak terajang time kecik-kecik. Alih-alih jadi bestfriend bila dah besar. Bhahaha. Lyeen ingat lagi time kecik-kecik Lyeen anti sangat dengan budak ni sebab Mak sayang dia lebih dari Lyeen. Siap pernah buang selipar dia kat sungai depan rumah nenek. Kakak yang kuat jeles itu adalah saya! Bhahahaha.
Sekarang saya bukan Kakak yang jeles. Tapi, saya kaka yang loving, caring  and understanding.
Sweet kan? Almaklumlah, tahun depan budak ni dapat PTPTN kenalah sayang lebih. Bhahahaha..;p
So, selepas budak tu balik Sabah. Kawan Lyeen datang teman Lyeen kat Karak. Aida!! Kitaorang ambil dia kat KL semata-mata untuk teman Lyeen okay. Bhahaa. Poyo. Taklah, Aida ni orang Sabah juga, classmate Lyeen. Dia tak balik sebab family dia nak datang esok, so dia stay dengan Lyeen sebelum family dia datang. Hari tu we olls pergi Bukit Tinggi Resort, syok sangat. Tetiba rasa macam kat negera orang Inggeris. Sebab memang view kat sana ala-ala Inggeris. Tetiba speaking memanjang walaupun speaking dah macam orang skipping! Bhahaa. Syok! Jomlah melancong ke sana! Kami siap singgah Cosmo Bowling main bowling even lebih banyak yang masuk longkang berbanding ikut laluan tengah. Takpa. Janji mencuba..!
Okay. Bila cuti sekolah tentu saja berduyun-duyun orang nak kahwin. Lyeen pula adalah tetamu tegar untuk majlis-majlis kahwin. Berlagak jer bawa anak-anak buah padahal mak cik dia yang melantak makanan lebih. Bhahaha. Anak buah Lyeen kat Karak ni ada tiga orang saja. Aiman, Aishah dan Aiqal. Mereka memang handsome dan cantik sertacomel macam Kak Ton sebab mereka ambik aura mak cik sikit. Ok bai.

Erm..dah lewat sangat ni. Apapun, happy blogging dan selamat bercuti. Buat masa terdekat ni maybe Lyeen jarang blogging tapi bila semua dah kembali seperti biasa. InsyaAllah Lyeen akan kembali aktif dalam dunia blogging ini. So, u olls rajin-rajinlah jenguk tanah kedaung Lyeen ni sambil drop komen. Banyak-banyak pun takpe. Lyeen suka..

Jangan lupa senaraikan 10 Blogger Comel di Malaysia mengikut citarasa anda kat SINI.
Hadiah sehingga RM 480.00 menanti anda..!

Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 30 Mei 2013

"GILA GILA Giveaway by Alja"

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes.

Alhamdullilah dapat online. Syukur! Bhahahaha....Mengemis pinjam laptop dengan abang. Betapa kasihannya orang yang laptop rosak. Mohon tumpang sedih. Ok, hari ni nak pulun join segmen dan GA. Ga yang pertama ialah GA ini. Yeah...

[ ABAIKAN TARIKH AKHIR DI BANNER , TARIKH TUTUP 30 MAY 2013 ]

TAG 2 BLOGGER

Pilih 2 hadiah
Tudung/Shawl
Top up

Yeah. Mohon penyertaan saya diterima. Cukup ekspress dah Lyeen buat entry. Bhahaha..:)

Ok bai. Assalamualaikum.

Rabu, 29 Mei 2013

Laptop saya buat hal!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Salam cupcakes red velvet.

Okay, saya menaip menggunakan tab. Terlalu banyak kali typo yang saya buat sampai tahap saya rasa macam nak menjerit sambil guling-guling. Laptop saya tiba-tiba jer buat hal. Taknak hidup even dah banyak kali on kan. Rasa macam nak menangis sambil berlari. Okay, terasa sangat pelik update blog guna tab. Selalunya taip enty guna jari telunjuk. Laaaaa ni, i feling-feling update entry guna ibu jari. Cun ke idak? Bhahahaha...

Padahal tab pinjam dengan sepupu siap bodek tolong buatkan air milo yang sedap untuk dia. Dapat juga i updat blog hari ni. Betapa sedihnya perjalanan hidup Lyeen kan? Semoga laptop Lyeen akan kembali pulih selepas ini untuk memudahkan kehidupan Lyeen disamping rajin juga i nak update blog. Kononnya.....!

Esok Lyeen ke KL lagi untuk hantar abang sepupu Lyeen ke LCCT untuk beliau balik semula ke Sabah! Merangkap manusia handsome yang pinjamkan tab malam ni. Bhahahaha. Terima kasih, semoga dibukakan pintu hati untuk beli satu tab lagi untuk aku!

Ok, penat dah nak menaip. Asyik dengan typo saja. Sakit hati! Ok bai, selamat bercuti!


Ahad, 26 Mei 2013

Musim cuti sekolah adalah musim kahwin.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes.

Minggu ni memang sibuk orang nak kahwin. Hari-hari ada saja orang nak kahwin. tadi pun ada dua tempat nak pergi, memang seronoklah sangat kan? Disamping dapat makan makanan yang sedap-sedap serta free of charge! Lyeen dapat tengok pengantin yang cantik-cantik tu. Lyeen suka sangat tengok pengantin. Berseri-seri, nanti Lyeen kahwin mesti muka berseri-seri juga kan? Tetiba rasa nak kahwin.


Tadi Lyeen lai dari tema. Sebab tema orang kahwin tu merah-merah. Lyeen ungu-ungu. Tapi, tak kesahlah Lyeen bukannya orang penting. Bhahahah. Jangan kau nak melebih-lebih dari tuan rumah. Macam budak cinonet  tudung merah tu! Over. Bhahahaha. Dia memeng suka singgah belakang Lyeen tiap kali nak ambik gambar. Poyo! Lyeen terima jer sebab esok dia dah nak balik Sabah.

Sebelum berangkat semula ke KL. Esok baru balik Karak lagi. Malam ni stay kat KL.

Apapun, selamat pengantin baharu buat mereka yang nak kahwin. Untunglah korang dah bertemu jodoh awal-awal. Yang Lyeen ni bilalah ada orang nak naik meminang? Bhahhaa. Perasan! Lyeen tunggu putera impian turun dari langit? Eh. Ok bai.


Siapa 10 Blogger Comel di Malaysia? KLIK SINI
Ok bai. Assalamualaikum.


Sabtu, 25 Mei 2013

10 Blogger Comel di Malaysia!

Assalamualaikum Warahmatulla Hiwabarakatuh. 
Salam Cupcakes Vanilla Coklat.

ENTRY MELEKAT. Klik older post untuk entry terbaharu.

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, Lyeen nak menganjukan sekali lagi Segmen Sempena Cuti Sekolah kali ini iaitu 10 Blogger Comel di Malaysia pilihan anda. Kenapa timbul idea ni? Sebab tebaca satu entry blogger famous. Katanya, "Asyik 10 blogger tercantik sahaja yang selalu ada. Buatlah pula 10 blogger tercomel ke. 10 blogger tercute ker or anything. Hoha. Thats why sempena cuti sekolah kali ni Lyeen buat segmen ni. Alih-alih pula ada sponsor dari owner butik yang super duper baik hati tu. Kira rezekilah kali ni kan?

10 BLOGGER COMEL DI MALAYSIA by CIK LYEEN CUPCAKES
TARIKH TUTUP DILANJUTKAN SEHINGGA 25 Jun 2013.Maaf atas segala kesulitan. Bermakna segmen ini akan berlangsung selama sebulan. Maaf. Lots of love ok!

Apa yang perlu u olls lakukan?
  • Follow Twitter Lyeen kat SINI.
  • Letakkan link blog Lyeen dalam bloglist u olls.
  • Buat entry bertajuk " 10 Blogger Comel di Malaysia".
  • Letakkan banner di dalam entry dan pastikan caption banner juga ada.
  • Linkkan banner tersebut ke entry ini.
  • Senaraikan 10 blogger yang anda rasa paling comel. (Definisi comel itu terpulang pada anda tang mana nak letak. Kita suka-suka aje..)
  • Tag 2 orang blogger yang anda rasa paling rajin dan pastikan mereka tahu.
  • Siap! Letakkan link entry dalam ruang komen entry ini.
  • Promosikan entry anda ke mana-mana sahaja untuk menjadikan anda adalah salah seorang dari top refferral.
  • Tunggu sehingga 10 Jun 2013 untuk keputusan rasmi.
Apa hadiah yang kami tawarkan?
  • 10 helai Shawl Buih-Buih Cinta bernilai RM 40.
  • Dua Helai Tudung Bawal Tribal bernilai RM 20.
  • Sehelai Tudung Bawal Roses bernilai RM 40.
  • Menjadikan jumlah keseluruhan hadiah untuk segmen ini adalah RM 480.00.
Apa yang kami cari?
  • 10 peserta bertuah,
  • Dua orang top referral.
  • Seorang peserta dengan entry terbaik.
Baiklah. Itu sahaja. Kali ini Lyeen lebih berani untuk buat segmen kerana sponsor adalah dari golongan yang dipercayai! Jum sama-sama kita senaraikan 10 Blogger Comel di Malaysia!
CONTOH ENTRY BOLEH LIHAT DI SINI
Ok bai. Assalamualaikum.


Turqoise + Pink

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes.

U olls. Kejap.Kejap.Kejap.
Soalan first nak tanya.
Matang tak blog Lyeen?
Bhahahahha.

Soalan sungguh tak boleh blah. Semalam tak update blog sebab bagi peluang kat blogger comel lagi handal dalam bab edit-edit blog ni iaitu blogger Nabila Medan. Sepanjang Lyeen terlibat dalam dunia blogging ni, bab edit-edit Lyeen memang suka pilih adek Nabila Medan ni sebab hasil kerja dia super duper hebat.
Apa yang paling sweet kan u olls. Adik Nabila Medan ni akan pastikan kita berpuas hati dengan kerja dia barulah dia berhenti touch up! Bukan senang nak main coding-coding ni. Lyeen memang dah angkat bendera putih. Disamping, diri ini malas nak buat. Bhahahaha.
So, hari ni baru update blog sebab adik Nabila Medan dah habis edit. Kesian kat dia. Bersusah payah. Lyeen pulak rasa bersalah kat dia. Tapi, serius gua cakap sama lu. Hasil kerja dia terbaik. Kan? Mohon buat tempahan kat dia. tapi, jangan tiru idea Lyeen. Bhahahaha.
Okay, esok Lyeen akan pergi KL pergi rumah Pak Cik Lyeen kat Setiawangsa. Oh...KL lagi. Tapi, bila cuti ni serius tetiba rindu kat KL. Bhaha. Benda? KL itulah tempat akau menimba ilmu. Mencari makan. Ber'dating'..dulu-dulu la time tengah bahagia. Ahaks! Sekarang bila dah single, KL itulah tempat aku menumpang kasih tatkala aku jalan-jalan sendiri kat Mid Valley. Ok bai.
Nota Pink: Petang or malam ni Lyeen update satu Segmen Sempena Cuti Sekolah yang menawarkan hadiah bernilai RM 40 untuk 10 oang pemenang u olls. Baik hati sungguh penaja itu menaja blog picisan seperti Lyeen ini. Nantikan okay? Siap siaga petang or malam ni untuk jadi antara mereka yang terawal. Segmen mudah dan hadiah yang sangat menawan kalbu. Classs kau jahhhhhh!
Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 24 Mei 2013

36 Blogger Terbaik Mei 2013!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Anggur.

Alhamdullilah, abru hari ni Lyeen berpeluang mengupdate blog dengan tenang. Sebelum ni update blog pun tergesa-gesa. Janji update. Kan? Bhahahaha. Sibuk memanjang. Sampai jer Karak hari tu terus jalan-jalan lagi. Unpcak barang pun tak lagi. Tadi, baru settle unpack barang. Fuuuhh!

Ok, seperti yang dijanjikan semestinya segmen hari tu. Maaf sebab Lyeen lewat update pasal tu. So, hari ni Lyeen akan update dan blogwalking terus. Kau ada?  Bhahahaa. Ini dia banner yang Lyeen rasa kurang sopan tu sebab meletakkan kaki sebagai subjek utama. Bhahaha!


  1. http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  2. http://www.sukahatimimey.my/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  3. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  4. http://beloglynn.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  5. http://lelakiini89.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  6. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  7. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  8. http://marzadalia.blogspot.com/2013/05/segmen-jom-blogwalking-bersama-cik.html
  9. http://athirahkitty.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen_1712.html
  10. http://damnright-welcomestalker.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  11. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  12. http://adibahnabilah.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  13. http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  14. http://samdia.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  15. http://aimionlyforcontest.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  16. http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  17. http://amad-jalanan.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  18. http://sixbestfriendofgirlssedamu.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  19. http://fifiy-fitrianiee.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  20. http://fakhruru.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  21. http://anisfadliyana.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  22. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  23. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  24. http://maerahim.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  25. http://inivelogku.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  26. http://www.cikfie.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  27. http://www.daxxstories.com/2013/05/segmen-luar-jom-blogwalking-bersama-cik.html 
  28. http://bintuzainal14.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  29. http://aindotain.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  30. http://liaomey.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  31. http://mimbarkata.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  32. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  33. http://jelezkah.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  34. http://nidajiwakosong.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  35. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
  36. http://farispunyabelog.blogspot.com/2013/05/jom-blogwalking-bersama-cik-lyeen.html
Top Refferal yang Lyeen cari?
Mohon awak PM Lyeen kat FB okay. 
Ada sesuatu yang sweet untuk awak!

Ok. Tuggu apa lagi? Mehlah kita berblogwalking.

Lyeen dah masukkan semua peserta ke dalam BLOGLIST Lyeen kat SINI.
Jum blogwalking ramai-ramai sampai semput!

Ok bai. Assalamualaikum.

Khamis, 23 Mei 2013

Alhamdullilah, Leuniey dah bertudung..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes.

Tengah berfacebooking. Lyeen terjumpa satu gambar yang buat Lyeen. Eh comey saja dia ni. Siapa ni? Tup..tup tengok isteri Khaiul Fahmi. Leuniey dah betudung? Cantik sangat.




Nampak komen-komen ahli-ahli facebook.
Semua kata. Cantik Leuniey bertudung...:)
Ini adalah pencapaian terbaik apek dlm bola sepak.hehe.Alhamdulillah. 
Semoga terus sukses untuk mereka!





Selamat Bercuti!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet!


Lyeen dah sampai Karak!
Kesimpulannya, Lyeen bawa Bear balik Karak.
Selamat bercuti untuk semua yang akan bercuti!
Bye.

Assalamualaikum.



Selasa, 21 Mei 2013

Tudung Bawal Tribal Termurah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tribal.

Adakah anda peminat Tudung Bawal?
Anda memasuki zon yang sangat selesa!

Sempena cuti sekolah Lyeen menawarkan satu keajaiban harga untuk Tudung Bawal Tribal Termurah ini!
Dengan harga RM 15.00 sehelai . Kau ada? Tak pernah dibuat dek orang niaga online ni Tudung Bawal Tribal ni RM 15.00 sahaja.


Credit Pic to Butik Qoma.

Apa yang specialnya kat sini. Tudung Bawal Tribal yang Lyeen jual kat sini ada dua jenis.

A. Tudung Bawal Tribal yang memang kain Bawal 100%
B. Tudung Bawal Tribal  dari kain jenis Cotton yang lembut tapi senang nak bentuk!

Dan Lyeen jual dengan harga super-super special iaitu
RM 100.00 untuk 10 helai!
Free postage ke seluruh Malaysia!

Order sekarang!
Bayar sebelum 27 Mei 2013
Delivery on 30 Mei 2013!

Promosi Terhad!
Sementara Lyeen masih baik hati!
PM Lyeen kat SINI!

Salam  Tribal!


Isnin, 20 Mei 2013

Saya sudah. Anda bila lagi?

Assalamualaikum Wraahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Oren.


Saya sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru pelatih semester 3 tahun ini. Anda bila lagi?
Berkat oren-oren hari ni memberi hikmah kepada saya untuk meng'oren'kan muka jawab soalan yang super susah. Menyesal main-main time study. Menyesal. Menyesal. Bhaahahhaha. Tapi, saya paling suka bila kelas tempat exam tadi aircond tak berfungsi. Saya suka sangat. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk aircond tu! 

Selepas ini sesi packing barang!
Nak bawa balik Bear tak balik?
Ke tinggal kat stor?
Oh....

Ok bai. Assalamualaikum.


Ahad, 19 Mei 2013

Wish me luck please ♥

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Orange. 

 Esok adalah perjuangan terakhir untuk semester ini. Paper terakhir yakni paper Kritikan Sastera yang super duper hebat. Sebab saya akan menganalisis karya dan mengkritiknya dengan penuh tekun. Paling menggembirakan saya ialah 15 teori yang sangat sweet itu. Saya telah  menenelaahnya sepanjang minggu study week. Saya harap saya dapat menganalisisnya dengan mudah.

Teori Arkataipel
Teori Surelisme
Teori Marxisme
Teori Hermeneutik
Teori Pascakolonial
Teori Pascamodenisme
Teori Pascamoden
Teori Pascastruktural
Teori Psikoanalisis
Teori Resepsi
Teori Semiotik
Teori Feminisme
Teori Kritikan Genre
Teori Kritikan Baru

Yeahh..!
Study satu semester. Duduk jawab esok 2 jam 30 minit. Doakan saya okay. Semoga saya menjadi pengkritik terhebat esok. Aamin. 


Mereka kata kalau saya senyum. Mata saya tak nampak. Lepas ni bila saya senyum saya akan bulatkan mata saya sebesar-besarnya. Walaupun hakikatnya, saya rabun jauh. Apa kaitan? =_=
Nota pink: Penggunaan kata ganti diri 'saya' buat saya nampak lebih cool dan sweet sikit kan? Bhahahaha. Bila study sastera ni buat jiwa saya lebih smooth. U olls. Esok adalah last day Blogwalking! Jum Join kat SINI.

Ok bai. Assalamualaikum.


Preloved item..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet.
Salam Preloved. 

Setelah sekian lama Lyeen hidup abru tahu pasal preloved. Percaya tak? So, disebabkan Lyeen dah tahu maka Lyeen mempraktikkannya. Bagi sesiapa yang tak tahu. Meh sini duk rapat-rapat ceq habaq kat hampa semua. Preloved ni adalah satu situasi dimana kita jual semula benda-benda terpakai. Yang kita sayang tapi dah tak sesuai ke nak guna or anything. Okay.

So, kat sini Lyeen nak jual item yang memang Lyeen sayang. Yer la kalau tak sayang tak beli. HAHA. Nak preloved kan dia sebab dah tak sesuai nak guna. Itu faktor utama. Bhahaha. Ok, jum cikedout!


Blouse by Dazzled
RM 25
SOLD OUT

*Latest Blouse chiffon cutting besar, berat cantik,tak jarang dan tak perlu inner tau;)
*Material: nice cooling chiffon gred AAA♥

*Inner tak termasuk
*sangat selesa,lembut & sejuk sgt
*Size :Free ! Fits S sampai Small L
Bahu : 15inch

Dada: 18inch

panjang: 24inch



 Tudung Bawal Roses
RM 30


Tudung Bawal Roses 
RM 30


Tudung Bawal Exspress by Aisy Imaani
RM 20


Tudung Bawal Roses
RM 30
SOLD OUT


Tudung Bawal Tribal
RM 15
SOLD OUT


Tudung Bawal Roses
RM 30
SOLD OUT


Lace Peplum by Dazzled
RM 30
SOLD OUT

Selendang Zulaikha by Butik Mama
RM 25


Cik Puan Bear saya!
RM 15 juta!
Bhahhaha..Not for sale..:P

SEMUA HARGA BARANG DIATAS TERMASUK KOS PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA OKAY.

Okay. tu aje. Sebarang pertanyaan boleh PM Lyeen kat FB okay. Sama ada melalui account personal kat SINI ataupun melalui account official page Lyeen kat SINI. Okay.
First come. First pay. First serve.

Ok bai. Assalamualaikum.

Jumaat, 17 Mei 2013

Wordless: Putih-Putih Melati

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcake Krim Keju.


Putih-putih melati.
Alhamdullilah!
Terima kasih guru-guru silat.!
Terima kasih Aida. Love u more and more geng!
Terima kasih rakan-rakan sepersilatan!

Nota Pink: Ketakutan akan membawa kepada kegagalan. Even kurang keyakinan Lyeen cuba gagahkan diri untuk menempuhnya walaupun rasa macam dah nak nangis kuat-kuat nak buat satu KL dengar. boleh tak? Bhahaha. See u olls dalam next entry yang lebih panjang. Good Night. Sweet Dream..:D

Ok bai. Assalamualaikum.



Khamis, 16 Mei 2013

Kenapa saya takut buat GA?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cucpakes Cokelet.
Selamat Hari Guru!

Minggu lepas ada sorang owner butik sebuah tudung SMS Lyeen.

"Lyeen akak nak sponsor tudung 10 helai. Please buat GA. On Friday akak pos tudung tu kat Lyeen. Alamat masih kat kampus kan?"

Okay. Lepas tu Lyeen terfikir kejap. Selepas aku kena tipu oleh seorang owner butik lain hari tu. Perlu ke aku nak buat GA lagi. Tak memasal aku kena maki blogger lagi sebab tak dapat hadiah diorang. Lyeen akui sebelum ni Lyeen pernah buat GA dan ada yang pemenangnya sampai sekarang tak dapat hadiah mereka. Sebab apa? Sebab ada salah seorang dari first GA Lyeen dulu tipu Lyeen. Katanya dah pos hadiah. Tapi, laaaaa ni tak sampai-sampai. Lyeen dah inbox tak balas. Sms tak reply. Tiba-tiba hilang. Semenjak tu Lyeen trauma nak buat GA.

U olls bayangkan la. Dah la time tu Lyeen first time nak buat GA kan? Tiba-tiba sponsor menghilang. Apapun, Lyeen diberi peluang untuk belajar dari dunia blogging ini untuk tidak mudah percaya. Niat kita nak tolong orang tapi akhirnya kita tertipu. Apapun, Lyeen terharu dengan seorang owner butik online terkemuka ni. Dia masih taruhkan kepercayaan yang tinggi kat Lyeen. Thanks percayakan Lyeen akak!

Lyeen kata kat akak tu
"InsyaAllah akak, tapi sekarang memang Lyeen tak boleh handle GA. Sebab Lyeen exam. Maybe dalam cuti hujung sem nanti."

Lepas tu akak tu ok jer. Dia tetap akan pos tudung katanya. Terharu sangat. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar dan dijauhkan dari masalah lagi. Dan buat mereka yang mungkin pernah menang GA Lyeen tu. Tapi, sampai sekarang tak dapat hadiah dari sponsor Lyeen tu. Lyeen sendiri selaku admin blog ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Dan, maafkan juga sponsor yang tak menipu itu dan  tolong halalkan saja LIKE yang u olls tekan untuk page dia ok. InsyaAllah selepas ini Lyeen lebih berhati-hati.

Sampai hati mereka tipu muka the baby face macam ni. Eh. Typooooo!

NOTA PINK: So, Berita baiknya kat sini. InsyaAllah untuk memeriahkan semula blog Lyeen yang dah lama tercampak kat bawah katil ni. InsyaAllah, Lyeen nak buat satu segmen yang maybe pelik sikit dari sebelum ni. Dan uniknya, segmen tersebut akan buat u olls rasa 'eh..betul ke?'. Wait and see okay. Kalau hadiah dah gempak-gempak. Sponsor pulak dari owner butik yang gempak. Of course la segmen or GA pun gempak. Dan jangan risau, GA or segmen Lyeen tak akan suruh u olls LIKE or FOLLOW berpuluh-puluh blog. Hanya follow blog Lyeen sahaja. HAHAH.:p

So, sebelum tu. Jom join BLOGWALKING kat SINI 

Ok bai. Assalamualaikum.



Selamat Hari Guru : 1 Aspirasi 1 Agenda

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cokelet.
Selamat Hari Guru!

Bahagia je hari ni bila Mak dengan Abah sms wish "Happy Teacher Day"..Hahaha. Walhal tidaklah layak diri ini dihulur ucapan seperti itu. Sebab tak official lagi jadi cikgu. Bhahaha. Ex-students dari Sk. Karak pun ada sms dan call tadi semata-mata wish dan siap tanya bila nak datang sekolah balik. Ohh.. sedihnya. Maafkan cikgu sebab Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dah habis. 


Hyep. Apapun.
Selamat Hari Guru buat seluruh barisan pendidik di seluruh dunia. Jadilah guru yang diingat  dan dikenang bukan kerana kejamnya. Tapi kerana jasanya. Jadilah guru yang yang hatinya untuk masyarakat bukannya untuk mengkhianat. Dokonglah sebaik yang mungkin amanah yang telah disandarkan. InsyaAllah, Allah menghitung setiap langkah kaki kita untuk membentuk manusia menjadi khalifah yang berjasa pada dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Nota Pink: Tema Hari Guru Tahun 2013 ni sweet and cool. "1 Aspirasi 1 Agenda". Betulkan niat kita menjadi guru kerana Allah. Bila kita laksankan sesuatu pekerjaan niat kerana Allah. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja..Chill ok.

Ok bai. Assalamualaikum.



Selasa, 14 Mei 2013

JOM BLOGWALKING BERSAMA CIK LYEEN CUPCAKES

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Moist Chocolate!

Hari ini dengan penuh rasa bahagianya. Lyeen nak melancarkan satu benda alah ni!

JOM BLOGWALKING BERSAMA CIK LYEEN CUPCAKES
Terasa kurang sopannya bila Lyeen letak kaki sebagai banner! Bhahaah. Tu nak tunjuk bahawa Lyeen sungguh-sungguh nak ajak berblogwalking. Sungguh! Kenapa 20 hb? Sebab tarikh itu merupakan tarikh akhir Lyeen menduduki peperiksaan dan Lyeen akan bermulanya CUTI AKHIR SEMESTER! Balik kampung!

Syarat Mudah.

1. Buat entry dengan tajuk "JOM BLOGWALKING BERSAMA CIK LYEEN CUPCAKES"
2. Follow blog ini sambil senyum-senyum.
3. Sila alih pandangan anda ke side bar blog ini dan lihat pada "Talian Cupcakes".
Sila klik EMPAT button untuk terus berhubung. Ayat tak boleh blah!
4. Letak banner dan link kan ke entry ini. Siap.
5. Letak link entry anda di ruang komen entry ini. 

Top Refferal aku mencarimu? Yeah. Lyeen mencarimu. Mungkin dua orang. Mungkin lima orang atau mungkin sepuloh orang? Ataukah enambelas? Biarlah rahsia. Ok bai. Lyeen nak study untuk exam esok. Ada dua paper esok yakni  Paper Anatomi dan Fisiologi dan juga Paper Pemulihan dan Pengayaan. Sebelum u olls join. Mohon doakan semoga semuanya dipermudahkan esok. Lyeen buat entry ni sebab sekrang waktu rest otak. Lepas ni baru sambung lagi. Bhahahahahha.

Ok bai. Assalamualaikum.


Isnin, 13 Mei 2013

Serupa tapi tak sama.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Red Velvet yang mahal tu...;p

Tadi Lyeen keluar lagi. Selalu jer aku keluar kan sekarang. Keluar sorang-sorang pulak tu. Biasalah bila single kan. Bhahaha. Ayat tak boleh blah! Dalam entry yang lepas sesungguhnya benarlah tekaan u olls yang Lyeen memang beradi dekat Times Square! Pijak benda alah warna ungu tu sambil lompat-lompat dah kira biasa la..:p


Tadi Lyeen pergi Mid Valley. Pos tudung customer. Tetiba ada perempuan tanya.
"Adik duduk mana"
"Bangsar, kenapa?"
"Ada hubungan dengan Izzah?"
"Izzah?Izzah mana?"
"Anak Datuk Anwar"
"Taklah. Saya orang Sabah"
"Owh, muka sama loooo.."
Lepas tu Lyeen gelak. Sebab baru jer beberapa hari lepas classmates Lyeen kata muka Lyeen macam YB Nurul Izzah. Owh..tak sangka muka aku ada muka YB kan.
Aamin. Mudah-mudahan.

Balik bilik hampir nak pecah cermin Lyeen belek-belek muka sendiri. Hehehehe..:p

Ok bai. Assalamualaikum.

Ahad, 12 Mei 2013

Sesi Terapi Minda.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Ceri Merah.

Ehem. Ehem. Ehem. 
Semalam Lyeen keluar menenangkan minda.
Kejap.Kejap.Kejap.


Berlagak. Poyo. Acton. Like a Bossssssss!
Bila pijak benda alah tu terasa macam taknak balik. Nak stay situ lama-lama. Makan situ. Tidur kat situ.
Terasa juga terapi minda aku kat situ! Tekalah Lyeen kat mana. Cer teka. Cer teka. Bhahahaha.


Abaikan jari kelingking Lyeen yang memang akan terasing dari jari-jari yang lain. Lyeen ikut baka Abah. Kaki Abah pun macam tu. Okay, tetiba.


Apapun, selamat Hari Lahir untuk Abahku yang paling handsome di seluruh dunia. Roslee bin Arijalun. Semoga dipinjamkan kesihatan oleh Allah SWT buat insan terpenting dalam hidup Lyeen.

Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.

Sabtu, 11 Mei 2013

Cerita Classmates Saya :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Tiramisu.

Alhamdullilah, Lyeen boleh update blog untuk malam ni even mata dah start  berkelip-kelip. Tanda nak tutup untuk berehat. Sweet and smooth jer ayat Lyeen malam ni kan. Bhahahha. Okay, tadi baru je selesai buat BBQ dengan classmates dan mentor kelas Lyeen. Sememangnya itu adalah acara yang wajib kami laksanakan sebelum exam. Kenyang sangat-sangat mencekik 6 ketul ayam yang besar-besar. Ikutkan hati Lyeen nak makan 12 ketul. Tapi, perut hari ni tersangatlah keciknya. Eh..!


First Lyeen turun dari asrama. Classmates sindir. "Kau nak pergi Mid ke kau nak bakar ayam ni?"...Lepas tu tengok diri sendiri. Kenapa? Aku salah tema ke? Berhenti kat tengah jalan kejap. Lepas tu fikir. Betul jugak! Nak bakar ayam pakai baju pink apa ke benda? Sah-sah aku balik nanti pink ni jadi kelabu asap..Takpa. Redha..T_T.

Okay, u olls nak kenal dengan classmates Lyeen tak? Selalu Lyeen mention je nama dorang kat sini kan. Tak pernah publish pun perihal kawan-kawan. Jum kenal kawan-kawan Lyeen. Diorang super cool and sweet macam cupcakes. Kalau ada yang berkenan terus inbox Lyeen ok!


Dia AKMAL. Beliau Ketua Kuliah untuk semester ni. Dia baik sangat-sangat. Cool and sempoi. Dia rajin dan caring sangat dengan dak-dak perempuan kelas kami. Sebab dia jenis yang tak suka tengok kaum Hawa teraniaya.


Dia Jaell. Dia Penolong Ketua Kuliah. Dia sangat cun. Dia jenis tak banyak cakap tapi dia baik hati. Sweet. Berjiwa merdeka..Lyeen sayang dia plus-plus. Dia pandai buat kek. Dia juga yang ajar Lyeen buat Cupcakes Red Velvet hari tu..:)


Sebelum ni mereka apply nak masuk tentera. Tapi tiga-tiga tak cukup tinggi. Tu sebab masuk jadi cikgu. Bhahahah. Dari kiri, Kak Ain, Floe and Onjoy. Kak Ain merupakan ahli paling senior dalam kelas. Dah namanya kakak memang nampak jiwa kakak dalam diri dia. Dia sangat caring and loving. Sweet kan. 

Bab Floe u olls tak payah buat-buat tak kenal. Nama dia dah cukup bayak dalam setiap entry Lyeen. Merata-rata nama beliau. Bhahaha. Best Friend Forever yang kadang-kadang sengal dan buat Lyeen sakit jiwa. Bila dia buat Lyeen sakit hati dia akan buat lawak. Konon-konon Lyeen tak tahu yang dia tahu Lyeen merajuk. Ok. Ayat susah nak faham kat situ..=_=

Onjoy. Kawan seperjuangan dalam dunia cakap-cakap. Dia memang suka cakap. Tadi pun dia tiba-tiba jadi pengacara majlis. Suka dia. Matang and sangat open. Kan.Kan. Tapi dia serius betul..Bhahahah.


Izzat. Zul.
Mereka sangat sweet. Izzat merupakan musuh Lyeen dalam kelas. Selalu gaduh bab politik. Bhahaha, tapi kami still best friend. Beliau seorang yang baik hati even suka menyakitkan hati. Beliau juga seorang yang caring dan memahami jiwa rakan-rakan. Tu sebab kawan Lyeen suka dia. Mereka suka sama suka. Ok bai.

Zul juga the best friend forever-ever. Zul ni bijak. Dia selalu jadi the number one dalam kelas. Nak jadi bijak macam dia juga. Even dia bijak dia tak sombong pun. Dia suka kongsi ilmu. Tapi, tak suka bila dia suka buli orang. Kaki buli juga dia ni. Geng dengan Izzat dengan Akmal. Sorang lagi Hafiz! But, serius mereka sangat-sangat sweet okay! Bertuah kawan roomate saya..:) Ok bai juga.


Yeah. Dak ni lah Hafiz. Ramai orang kata dia student paling handsome. Bhahaha. Tapi, dia poyo sebab tadi dia baling Lyeen dengan minyak. Sadis! Dia juga sangat baik dan sangat cool. Rilek dan sangat santai. Kaki dia panjang. Tak suka. Sebab bila dia lari kejar orang dia akan cepat sampai! Ish..!


Dia bertopi pink itu adalah Rabi. Jejaka jambu dalam kelas. Dia juga sangat sweet. Kalau Lyeen lapar dia sedia beli makanan. Sebab dia tahu perasaan orang lapar macamana. Bhahaha. Dia ada motor. Motornya smart. Lyeen suka tengok macam Power Rangers yang warna merah. Dia selalu cakap macam ni.."Kau carilah boyfriend pemain bola sepak. Semua handsome-handsome."..Motif? Sumpah tak tahu...=_=

Si baju hijau. Afiq. Orang paling emo dalam dunia. Tapi dia baik and suka buat orang lain ketawa even cara dia menyakitkan hati. Macam tadi! Dia cakap Lyeen macam :poop: . Kalau taip kat FB kan benda tu jadi gambar tahi! Sungguh..sengal jiwa aku time tu rasa macam nak baling arang dengan dia. Bhaahah. Aku pura-pura je buat baik sebab next sem dia Ketua Kuliah. 


Moriss!
Dia baik. Dia baik. Dia baik. Okay, tadi dia teman Lyeen pergi beli makanan kat Amjal. Lepas tu dia juga merupakan manusia yang sentiasa redha dan tawakal time Lyeen suruh ambil gambar. Dia baik dan dia sangat sweet. Okay. Tadi anak mentor Lyeen pun cakap macam ni kat Mak dia, "That guy so handsome la Mama"..U see. So, ok fine. Kau handsome!


Dia Aida. Dia kawan paling cute di alam semesta. Dia baik. tapi tadi dia sedih kejap. Lyeen sayang dengan dia banyak-banyak sebab dia manusia yang selalu beri Lyeen nasihat. Dia juga kuat. Ok..dua budak kecik yang comel itu anak mentor Lyeen. Moniesha dan Nayana. Cute kan. U olls tengok real lagilah cute. Bila dia speaking fuhhhh..Macam budak darjah 6!


Tudung coklat itulah Syuhada. Manusia yang paling susah nak dapat gambar dia. Hari ni, alhamdullilah mood dia okay nak ambik gambar. Dia juga baik. Sweet. tapi dia cepat nangis. Bhahahah. Dia sangat comel

Tudung ungu tu pun rasanya kita skip jer la. Entry pasal dia dah beratus-ratus dalam blog Lyeen. Bhahaha. Suri. Kawan paling gila-gila seantero dunia. Dia ni sentiasa okay dan sentiasa cool. Lyeen suka main-main dengan dia sebab dia akan lawan balik. Bila Lyeen berlakon dia pun akan berlakon. Tu sebab kami layak jadi pelakon yang David Teo cari. Eh..Tetiba..T__T


Dia Helora. Lyeen suka panggil dia Lilo. Bila Lilo sneyum mata dia automatik hilang. Comel.
Lilo baik sangat. Dia suka tolong orang tapi dia suka diam-diam. Eh..eh...dia pandai bersyair okay! Suka. Suka even dia bersyair tak kira masa dan tempat pun. Dia sangat comel..:)


Nursa Umira. The mintak puji girl! Bhahahha.Memiey! Dia sangat happy ending. Dia snagat sweet. Sangat cantik. Sangat menyewelkan. Dia ni rajin sikit berbanding yang lain. Tapi, rajin dia lain dari yang lain. Rajin betullah. Lyeen suka dia sebab dia selalu bagi Lyeen main game Pou dalam handphone MAHAL dia. Ok bai.


Baju kuning. Ratu dalam kelas. Paling kaya. Paling up to date. Paling Datin! Eva sangat sweet. Dia adalah kedai runcit bergerak. Kau pegi bilik dia berjuta-juta makanan yang ada. Dia memang suka makan. Tu sebab kami geng!


Baju ungu itu Cici. Nama pendek. Nama panjang. Kejap.Kejap
Tracey Veneyssa anak Nicholas. Okay. Nama dia cantik. Panjang. Tapi orang dia tak panjang. Bhahaha. Dia sangat comel. Dia kawan yang sangat loving even kadang-kadang dia taknak tunjuk. Lyeen paling suka tengok bila dia merajuk. Dia pandai buat duck face. Bhahaha.

Ok. Done. 18 orang Lyeen review. Bhahaha. Mereka adalah adik-beradik saya kat sini. Keluarga saya. Sama-sama ketawa dan menangis. Eh..tapi tadi aku nangis. Aku nangis sorang je. Diorang gelakkan aku. Bhahaha. Sumpah, mereka adalah kawan paling sweet. 


Lyeen paksa Akmal beli aiskrim ni time dia jalan. Bhahaha. Sebab, Lyeen tak dapat air krim yang tengah hari tadi. Even aku terpaksa bayar RM 2.00 untuk dapatkan ais krim ni. Bhahaha. Tetiba naluri nak makan ais krim. Belagak pulak tu nak makan yang Drumstik! Puiiiiiihh! Bhahaha.


Sila view Video Cover 150 JUTA kelas Lyeen untuk lebih kenal classmates Lyeen. Cikgu tak semestinya kena skema. Kami adalah cikgu cool dan sweet. Tapi, kami masih tahu nilai citra seorang guru.  Silalah komen banyak-banyak sampai penat.

*Sorry gambar lain takda watermark.Aku main copy paste jer dari FB. Bhahahaha*

NOTA PINK: Dan ini PAGES rasmi kelas kami. PISMP KUMPULAN D. Doakan ukhwah ini sentiasa terjalin rapi dan kekal hingga ke syurga. InsyaAllah. Kerana dirimu SAHABAT. Semoga Allah merahmati tali persaudaraan yang dibina ini dan dijauhkan dari fitnah manusia serta disisihkan dari godaan syaitan dan perasaan benci-membenci.  Tapi dilimpahkan dengan kasih sayang yang tiada penghujung sesama kami sebagai SAHABAT dunia dan akhirat. Aamin.

Ok bai. Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...