Selasa, 18 Disember 2012

Rapuhkah saya?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Hazelnut.

"Allah, Engkau dekat penuh kasih sayang
Tak akan pernah kau benarkan hambaMu menangis
Kerna kemurahanMu kerna kasih sayangMu."
Opick-Cahaya Hati

Semakin hari saya semakin rapuh. Adakah perasaan saya ataupun sememangnya saya sudah semakin rapuh? HAHA. Ayat tak boleh blah aku guna kali ni. Hampeh jer kau Lyeen! Erm, sebenarnya Lyeen nak taip entry sedih-sedih ni. Tapi, disebabkan orang rock macam aku tak boleh nak jiwang merata, maka jadilah aku insan yang menaip entry bertajuk "Rapuhkah saya?". Silalah baca entry ni sampai habis. Penuh kasih sayang aku taip entry kali ni. HAHA. Whatever sungguh aku tarik minat pembaca nak baca entry aku ni. Ish!

Takdak matif nak letak gambar. Tapi still nak letak jugak. U oolls kalau nak Tudung Bawal Roses 3D  macam ni. Boleh PM Lyeen kat FB okay. HAHA. Menyempat jugak nak promote! Hampeh.
U ollls pernah rasa tak menanti sesuatu yang kita betul-betul harap kita nak dapat? Eksaited sungguh-sungguh ni nak dapat. Set dalam kepala hotak bahawa memang akan dapatlah. Tapi, disebabkan hal-hal tertentu u olls kena tunggu dulu. Menanti. Menanti. Menanti. Bagi aku, menanti tu memang cool. HAHA. Serius sebab Lyeen memang dah setia menanti ni. Ahaks! Menanti memang cool. Macam minum Cool Blog. Ahaks! Tapi bila tahap yang kau tunggu tu buat kau berasap satu badan tu yang rasa macam nak berdiri guna kepala and jalan guna siku. Kan.Kan.Kan.

Eh? U olls mesti pening baca entry kali ni kan? Tak tahu apakah benda yang dinanti tu?HAHA. Biar je la. U olls buat-buat faham jer la. HAHA. Tak kisahlah apa benda pun yang kita nanti. Ada orang kata, "Penantian suatu siksa". Erm, kadang-kadang memang siksa. Tapi, macam yang Lyeen cakap pada perenggan sebelum ini.HAHA. Menanti tu sebenarnya cool u know!HAHA. 

Tapi, bila dah sampai tahap benda yang Lyeen tunggu tu buat dunno. Buat apa lagi Lyeen nak tunggu?Kan.Kan.Kan. Metaforanya macam ni: 
Lyeen nak tanam padi. Lyeen berusaha jaga padi tu. Siram hari-hari. Bagi baja. Kalau ada ulat, Lyeen bunuh kejam-kejam. Memang jaga hidup padi tu baik-baiklah. Jadi padi bermutu tinggi. Tapi, padi tu sendiri takmau tumbuh dengan cantiknya. Apa boleh buat.Kan?Kan? See. Lyeen dah berusaha bersungguh-sungguh. Tapi, padi tu sendiri taknak berusaha jadi padi yang baik. HAHA. Apakah benda aku taip ni? HAHA. So, biarlah Lyeen berhenti jaga padi tu. Biar padi tu cari tuan lain. Kot dia tak nak tuan banyak cekadak macam aku. HAHA. Aku nak tanam koko. Boleh buat coklat banyak-banyak. Jual cupcakes! Eh?

NOTA PINK: Persoalannya, rapuhkan saya? Rapuhkah? Rapuhkan? Erm. Aku pun tak dak jawapan actually. Aku rasa macam nak lempang je muka aku laju-laju depan cermin bila aku tak dapat jawapan. HAHA. Aku benci sangat bila aku buat soalan tapi aku sendiri tak dapat nak jawab. Mencik!Mencik!
*Berapa banyak HAHA aku guna dalam entry ni.Pelikssss!

Ok bai. Assalamualaikum.

11 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

hehehe tajuk nya menarik mouse wan untuk klik :)

Unknown berkata...

entri sedang kacau jiwa nya ni. hehehe.

rapuh? mana ade. selagi masih ade usaha, masih kuat lah tu tanda nya. :)

cik lisa berkata...

Aihhh! Nak guna fomular apa ni nak selesaikan masalah ni? D: . Pening dibuatnya . Kihkih , sabar cik Lyeen , hehe . Penantian tu buat kita tabah . Tabah ada batas jugak,ihiks

Cik Puan Bunga berkata...

Dalam dada, ku harap hanya diri Mu yang bertakhta.

:)

Aimi Wardina ♥ berkata...

Jom join sini :

http://mysterygurl97.blogspot.com/2012/12/kawaii-giveaway-by-mimie-isha.html

✿INA AINAA✿ berkata...

hehe ena tahu feeling lyeen.. ena pun alami macam lyeen, dah bersusah payah tapi tetap tidak berhasil.. mungkin apa yg terhasil tu bukan milik kita, dan Allah mahu yg lebih baik untuk diri kita... Jangan bersedih, janji jangan berputus asa... pasrah je key...

lg berapa hari GA lyeen nak tamatkan?? hehe

Mr. Aurora berkata...

hi...im new here.....tolong tunjuk ajar yer otai2 semua.. :)

MalizaMah berkata...

lama leeza tak terjah. rasa spt lah. hehehe....
leeza kerja ... ahad ni nak jadi reff badminton, 4 hari....

Nick Nashram berkata...

student ipg ke??
saya pun bekas student ipg jugak..huhu
amik kos pe?

Mia Liana berkata...

cantik tudungnya..

Si Matatajam berkata...

Lagi lama menanti lagi siksa jiwa tu..tapi manis di akhirnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...