Sabtu, 29 Disember 2012

Jangan Rampas Hak Orang Lain!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Strawberry Hazelnut.

Semalam, lepas jer update entry yang INI. Lyeen pergi bandar Tawau dengan mak untuk pos surat adik Lyeen yang duk UIA tu. Lepas balik dari pejabat pos terus singgah market beli barang dapur kejap! Perkara yang paling aku suka sebab boleh ambil makanan sesuka-sukinya hati aku.HAHA.Kejam! 


U olls tengoklah betapa besar beg yang Lyeen prepare untuk letak barang-barang yang aku nak borong guna duit mak aku. Maklumlah, elaunkan tak keluar lagi..Huhu. Ok. Takmau senaraikan list benda yang Lyeen beli dengan mak, tapi nak cerita sikit pasal situasi yang secara tidak sengajanya berlaku depan mata Lyeen sendiri u olls!

Begini ceritanya:
Pangg!!
Wanita A: "Tak malu merampas suami orang!"
Wanita B : "Ish! Kenapa kau ni?"
Pangggg!!
Wanita A: "Berani kau tampar aku ya!Kau yang rampas suamiku! Perempuan tak tahu malu!"
"Pangggg!!"

Lepastu, wanita A tadi terus berlalu naik motor kat jalan sebelah. Time duduk kat atas motor tu pun, wanita tadi masih memekik sambil tunjuk-tunjuk kat wanita B tadi. "Awas kau ya! Tak tahu malu! Perampas!". Lyeen terus kalih pandangan dekat wanita B tu. Dia senyum. Coolnya dia. Lepas tu dia call someone. Tapi, kesian sangat tengok muka dia. Merah sangat-sangat macam strawberry. Yang lagi sedih bila anak dia tanya wanita B tadi tu. "Mak.Mak.. Kenapa?". Anak dia maybe dalam lingkungan 6 or 7 tahun. Kesiannya, Lyeen tak sangka akan nampak situasi yang julung-julung kali tu depan mata. Selama ni tengok dalam TV jer kan.

Moral of the story, selagi ada jalan penyelesaian yang damai, kenapalah tak gunakan? Kenapa perlu guna cara kekerasan? Lagi menyedihkan, kitakan perempuan. Penuh dengan kelembutan dan keayuan. Eh? Aku lembut ka?Ayu ka?HAHA.Whatever sungguh! 

Lembut kan?Ayu kan? HAHA. Padahal jalan macam ahli bina badan. Makan macam puasa 3 hari 3 malam. Goyang kepala siapa nak ambik aku jadi isteri!Ahaks!

Malu sehhh u olls gaduh depan orang ramai sebab lelaki. Yes, maybe makcik yang satu tadi tu nak pertahankan rumahtangga mereka. Tapi, kenapalah nak guna cara macam tu? Lagilah makcik yang sorang tu bengang kan? Yang lelaki pula, dah tahu ada anak bini, nak menggatal sakan buat apa pakcik oi? Kesianlah kat makcik tu. Apapun, Lyeen tak bolehlah nak buat kesimpulan sendiri kan? Sebab kita tak tahu the real story. Kita doakan jer la semoga semuanya baik-baik. Kita sebagai wanita, kena berhati-hati. Kata Ziana Zain, " Kalau mencari teman, janganlah memandang luaran. Cari yang beriman!" See. Jangan nak pilih poket penuh. Muka ala-ala k-pop saja. Tapi, kalau Lyeen nak cari macam Farizal Marlias. Eh?HAHA.

NOTA PINK : Kalau yang lelaki mampu nak kahwin daripada satu. Yang perempuan kena mampu kawal emosi nak dapat madu. Kalau Lyeen, dengan izinNya, berharap sangat-sangat janganlah diduga dengan benda macam tu. Takmau madu even madu tu manis. Takmau.Takmau.

Ok bai.Assalamualaikum.

32 000 Makan Cupcakes!:

Perantau Senja berkata...

PS datang nk ngomen...
boleh x? hihihiih

Unknown berkata...

@Perantau Senja hahaa. Komen saja...:D

Tanpa Nama berkata...

wah., macam dalam drama pula., huhu

Syazana Zainn berkata...

huarghhh ganas siot makcik tu -_-

tp kite tak tau hal sebenarnya, so nak buat assumption takut jadi fitnah -_-'

QasehnyaRania berkata...

as-salam lynn.

ciksu pena gak tgk dpan mata.
laki binik gaduh sbb pempuan lain.

si isteri maki hamun laki dia.. si suami diam aja.. dpn anak sdara ciksu pulk tu..huhu

Al-Azrul Iqmim berkata...

hai lyeen,flw me bck ya :)
http://mimque.blogspot.com

mujagirl92 berkata...

harap muja takkan dimadu,, i won't be able to accept this. takut jugk jadi isteri derhaka nanti,,

Hans Hanis berkata...

bahayanya bila xdapat kawal perasaan
kan?

Tanpa Nama berkata...

makcik yang tampar tu macam budak kecik

Unknown berkata...

semoga kita semua dpt abil pengajarn dr sume ni kan..lyeen pun dpt bljr something dr bnda ni..:D

Unknown berkata...

auwww.. cantiknye tdung :D

INNANIE ARIFFIN berkata...

kalau kita pun kita pangggg orang yg amek laki kita. eh tapi before that kena check lah dulu kita ni elok tak jadi isteri??? ecewah!!!

Unknown berkata...

@~Apam Gemok~ HAHAthanks dear..boleh order dgn lyeen..Ahaks!

Unknown berkata...

ha???????
lynn nmpk situasi tu dpn mata?
pergh.. slalu nmpk dlm tv jerk kn...kira terpilih lah ni..cehwah..
tp, betul tu..better selesaikan cara baik...

wah... anak didik paizal sanek ker? mantap!!! taun dpn boleh join debat ipg...
fiq jumpa diowng pun kt debat IPG... tp, masa tu tak beramah mesra lg..start beramah mesra masa tgk debat alam sekitar dgn masa jd juri debat koperasi smk sri serdang.. nanti klu jumpa, kem salah yer.. :)

Nick Nashram berkata...

bagi pendapat saya la sume salah.

wanita A :tak elok la hentam wanita B tanpa usul periksa ngan kata wanita A tu perampas..camne lak ngan suami dia? pokok tak goyang kalo takde angin.

wanita B : sepatutnya kena check dulu laki tu dah kahwin ke belum..bukan pe, ramai skng wanita kena tipu..

lakI wanita A : dah de bini pun menggatal lagi..ni mesti kes nak pasang dua tapi kantoi..

ok, sekian je ulasan utk entri ni :)

Unknown berkata...

@Innanie | Ariffin kan akk..kena pangg jugak ni..siapa nka berkongsi aksih..ececeh..HAHAHAH

Unknown berkata...

@Cikgu Fikri Terpilih untuk tgok situasi tu then berkongsi pndpt dgn sume org ..kan..kan..:D hehe..wah..wah..

p/s: insyaallah nnt inform kat abg paizal ok..:D abg paizal mmg hebat..lyeen sndri pun kagum sgt2 dgn dia..:D smga dpt tuntut ilmu lebih dgn dia..:D insyaallah

Unknown berkata...

@Nick Nashram tu la psl..kesimpulannya..pokok tak akn bergoyang klu xda angin..kan..kan..:D

NURUL FILZAH berkata...

mak. mak. kenapa ?

kesian bila anak tgok mak gaduh.

drzirakudo berkata...

haha!! live action tuh!!

Unknown berkata...

haha gile gangster makcik tu. nasib baik lah makcik b tu cool je. nasib tak meroyan. haha

Cik Puan Bunga berkata...

Lyeen bak lesung pipit sikit! (Maaf terlari tajuk)

Pwincess berkata...

Dah macam cerita dalam tv. Ehe,

cik lisa berkata...

*geleng kepala* walaupun dipayungkan payung emas di syurga nanti ,ku tak sanggup bermadu . Ihikss! tak sanggup kongsi suami. Kehkeh . by the way sweet aje cik lyeen :P

Unknown berkata...

nurul filzah: kan..bila dah bab anak2 ni yg sedih..

dzirakudo: live..free pulak tu..hohoho

miss fazie: gangster tahap gila2 mcik tu..hahaha

cpb:haha...ah..tadah tangan..yah!sambut..hahaha

nurulee: tu la psl..sedih oo..

sa mic: thanks sa mic..haha..payung emas yg x sggup nk ambik..T_T

Hanif Redland berkata...

smoga dapat dijadikan pengajaran daripada cerita lyeen ni.. :)

Ena's Stories berkata...

mungkin ni kes...yg first baru tau laki dia kwen lain ni...kalu tak nape dia mengamok sakan camtu...

Unknown berkata...

hanif: insyaallah...hehe...semoga bermanfaat hendaknya..:d

ena: tu la psl...mybe la kan..tu sbb mck tu marah sgt2.:D

Unknown berkata...

pheeewwwwittt!!! hehehe singgah dan baca entry sini sambil tengok cik lyeen.. Ahaks! ;)

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Bila berkongsi kasih ni, byk masanya emosi mengatasi fikiran. Tapi sebagai wanita, cuba tenangkan hati. Cuba fikirkan maruah diri, ;)

FIZGRAPHIC berkata...

madu itu manis kalau hayati ertinya. hahaha.

Unknown berkata...

irwan: hahaa..tengok2..bawa makanan skali..huahua..

siti: btul tu..wanita takleh lemah..kena kuat...maruah diri kita lebih utama..:D

apit: manis bg elaki..tp pahit bg wnaita even madu asli..HAHAHAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...