Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam apam cawan berwarna pink plus hijau...
Saya happy. Saya teruja. Saya gembira. Saya tenang. Saya aman. Mesti uoolss yang baca entry aku kali ni lebih tenang kan. Intro aku pun dah tenang. Maknanya emo aku baik. HAHA. Time aku taip entry ni, Lyeen baru je selesai menjawab soalan bagi kertas BMM 3013 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Soalan memang ada jawapan kan? Tapi, aku tak sure jawapan yang aku bagi boleh dapat markah ker tidak. Tapi, aku yakin boleh. Yes! InsyaAllah. Berkat kecekalan jemariku menulis. Dari secantik-cantik tulisan hinggalah seburuk-buruk tulisan.
See. betapa indahnya tulisan aku. Whatever saja. Masuk bakul angkat sendiri. HAHA. Tapi, serius, aku teruja bila tulisan aku lebih kemas, rapi, tersusun. Comel jer bulat-bulat kan. Time ni aku dapat rasa aura cikgu yang dah nak habis semester. Tinggal tunggu posting jer! HAHA. Idea pun aku rasa mencurah-curah macam yakin jer. Tapi, yang ni first page. Memanglah berkobar-kobar. Nafas pun masih ok lagi Selaras dengan denyutan nadi aku.
Yeah. Yang ni adalah tulisan yang super duper hebat bila aku dah menulis sampai halaman ke-5. Time ni aku dah rasa motor-motor halus aku terlebih berkembang. Tulisan aku dah takdak arah tuju. Sekejap macam kena tiup angin. Sekejap macam kena sambar kilat. Whatever sungguh! Tapi, aku berdoa supaya pemeriksa kertas soalan faham keadaan aku waktu itu. Aku ada isi tapi aku tak dapat nak sampaikan dengan tulisan yang lebih kemas. Percayalah..HAHA. Apapun, aku bersyukur bila soalan Pentaksiran lebih mudah sedikit jika aku nak compare dengan paper MAB yang berjaya buat aku rasa macam nak menangis guling-guling dan meronta-ronta time nak jawab esei. Walhal aku study 3 hari 3 malam ok...T_T..Alhamdullilah juga aku masih boleh jawab. Tapi, macam biasa jawapan tu ada tapi tak tahu dapat markah ke tidak!
Lepas exam, aku akan singgah kejap kat kafe untuk beli apam cawan warna pink plus hijau ni. Lepastu aku akan makan sampai tahap aku lupa semua yang aku jawab tadi. Takmau ingat! Tapi, aku kena amalkan juga ilmu tu. Best study pentaksiran tapi aku stress bila tengok soalan yang aku susah nak jawab! Ok. Habis! Fokus dengan paper terakhir esok. HAHA. Lepastu, aku akan packing barang sepuas-puasnya untuk bawa balik Sabah!Yes. Yes. Tak sabar nak jumpa pilot macam Adam kat dalam flight! HAHA. Esok juga aku akan teman Si Asmad lago dan seangkatan dengannya untuk beli barang bawa balik Tawau. Sebabkan dia nak beli barang untuk 'orang rumah' dia. Ntah apa-apa. Whatever sungguh dia. Time susah cari aku. Time senang dia boleh cakap muka aku macam 'lembu korban'. Tapi, aku redha jer sebab saya adalah manusia yang penyabar. HAHA.
Aku tahu muka aku ada aura kapal terbang Malaysia Airlines. HAHA. Isnin nanti Lyeen akan tinggalkan semuanya di bumi KL ini dengan dua perasaan. Iaitu sedih dan gembira. Dan, insyaAllah, Lyeen akan kembali tahun depan dengan azam,semangat, pendirian, prinsip, kekuatan dan aura yang lebih kuat. InsyaAllah. Aamiin. Semoga, esok adalah pengakhiran sebuah duka.HAHA. Esok penentuan untuk semuanya. Sama ada dari aspek fizikal, mental, rohani, emosi dan jasmani. JERIS tak aku? Aku akan pastikan bahawa hidup aku kembali pada landasan yang tepat. Jalan yang lurus takdak shortcut bagai. One way only. Dan semestinya itu adalah jalan yang lurus dan ber'tar'. Alhamdullilah.
p/s: Orang tengah struggle study untuk paper last esok. Aku struggle taip entry untuk esok. Takpa. Percaya bahawa "study last minute lebih berkesan dari study awal minute." Jangan ikut teori aku kalau anda seorang yang berjiwa merdeka. Ok. Jum doa ramai-ramai.."Semoga semuanya baik-baik sahaja. Aamiin"
ASSALAMUALAIKUM
6 000 Makan Cupcakes!:
sy menggunakan teknik faham awal2...baru study balik last minit...
@Fendy kaedah yg sgt baik..akan sy praktikkan sem depan..heheheh:P
betul jugak teknik fendy tuu kan . mun pun macam gunakan cara tuu . hehe
good luck kak lyeen . sama lah kita tengah final . huhu XD
@CikMunBlogger HEHEH...gud luck utk mun jugak...kita ptt btrma kasih dgn fendy ni..bole bg tips..hehehe:P
makan pun ala ala cupcakes tu. hee. pjg betul menulis smpai 5 pages. huhu.
@9n0L4 HAHA..terpaksa untuk cari markah 20 tuuwaaaa..T_T
Catat Ulasan