Rabu, 28 November 2012

Selamanya Harimau Malaya!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Harimau Malaya..
Salam Cupcakes...

4-1

Sumpah Lyeen teruja bila buat entry pasal bola kan. Okay, kali ni Lyeen lebih yakin bila dah tahu bezakan pemain penyerang dan pemain pertahanan. Lyeen dah tahu bezakan tendangan sudut,tendangan penalti dan tendangan percuma. Lyeen dah tahu sebab apa pengadil bagi kad kuning, merah dan warna pink. Erk? Pink. HAHA.

Apapun, tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya menebus kekalahan saat pertarungan bersama Singapura yang lalu. Malam ni, Malaysia bangkit dengan perlawanan yang super duper hebat bila menentang Loas. Teruja plus-plus okay. Lagi-lagi bila tengok Aidil u ollssss..! Sweet jer bila tengok Safee jaringkan gol kedua tadi kan. Yeah!... Lyeen dah teruja dengan bola. Yang penting...Selamanya Harimau Malaya!

Tahniah sekali lagi! Kamu hebat. Kamu gagah. Kamu mantap. Kamu berani. Selamanya Kamu, Harimau Malaya. Hoyeh! Alhamdullilah, semoga terus mencipta kemenangan. 

P/S: Sangat tak suka dengan sesetangah manusia yang hanya sokong Harimau Malaya saat menang jer. Bila Harimau Malaya tewas sikit mulalah nak kutuk-kutuk bagai. Bagi dia main tengok! Mencik! Mencik!Mencik! Ingat main bola sepak ni senang ke? Lari-lari tu penat ok! Kalau nak jadi penyokong tu biar jadi penyokong setia. Bila tengok Harimau Malaya kalah sikit pun, mulalah nak janji nak kerat-kerat bagai! Sepak kat lutut sikit. Dush! 

Assalamualaikum. Bola Sepak untuk semua..:) 

2 000 Makan Cupcakes!:

mujagirl92 berkata...

muja tak tengok sebab takut serangan sakit jantung menyerang,,, hehe

Unknown berkata...

@Nurmujahidah Ismail hahaa...matilah kalau macam tu..xpa.tgok sambil gigit bantal..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...