Isnin, 26 November 2012

Mimpi sampai ke bintang?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam Cupcakes Filling Coklat...:)

Bila Lyeen dah terlalu teruja buat GA untuk kesekian kalinya. Maka, nak update entry pun dah lupa. HAHA. Betapa lupa daratannya aku. Untuk makluman u olls yang belum pernah buat GA, Lyeen sarankan takyah buatlah kalau u olls tergolong dalam kalangan manusia yang cepat teruja macam aku! Erk? Jum join GA Lyeen!..

Tadi, baru je habis tengok bola sepak..walhal aku tengok Aidil je..HAHA. Tapi, frust juga sebab bola tu tetap tak masuk-masuk. Tapi, serius ni kali kedua Lyeen tengok bola secara LIVE. Live okay! Kau ada?HAHA. Sekurang-kurangnya kali ni Lyeen dah tahu apa tu tendangan sudut. Apakah?HAHA. Dan, lebih membanggakan bila Lyeen dah tahu bezakan pemain pertahanan dan penyerang. Aidil pemain pertahanan tadi. Jersi nombor 8 aka the sweet number untuk minggu ni. Lyeen mention nama Aidil lebih-lebih takdak motif. Ok bai.


Sedar tak sedar, cuti tinggal sebulan je lagi. Tak lama lagi , Lyeen balik KL pulak dooohhh. Pejam celik. Pejam celik. Kejap jer kan? Takpalah. Lyeen ingatkan cuti ni dapat lupa semua benda-benda alah. Tapikan u olls, sebenarnya bila cutilah u olls mudah nak ingat benda-benda alah tu. Sebab kena dengan manusia macam aku. Cuti takdak banyak benda nak buat so semua datang serbu kepala. Lagi-lagi bila time sendiri. Uwaaa...Nak nangis jer. Macam tak percaya. Akan adakah kebahagiaan untuk aku? Hati aku jawab..."Ada!" dan aku senyum sampai telinga.

Tu sebab orang selalu cakap, kalau kita pasang mimpi jangan tinggi sangat sampai ke bintang. Bila mimpi tak sampai. Alamatnya, diri sendiri kecewa. Jujurnya, akulah manusia yang perasan hebat bila tak sedar diri pasang mimpi lebih tinggi dari bintang. Lastly, bila tak sempat lagi landing kat bintang aku dah jatuh balik ke bumi. Berderai. Serpihan tak jumpa dah. Entah masuk celah mana sampai sekarang Lyeen tak jumpa. See! So, sekarang kena basuh kaki dulu sebelum tidur. Jangan nak mimpi sangat kau Lyeen!  Harap ada Putera datang dalam mimpi aku. Hoyeh! HAHA.


Ya. Andai Lyeen diberi peluang. Lyeen takmau mimpi-mimpi bagai. Lyeen nak pulihkan semua kesilapan even aku tahu benda tu mustahil akan berlaku. Kecuali kalau Lyeen ada poket doremon. "Mesin kembali ke masa silam" *baca ayat tu dengan tiru suara doremon* Ok. Apa yang ada sekarang hanya kesedaran. So, bila dah sedar diri tu silalah taubat  kau Lyeen. InsyaAllah. Untuk u olls, jangan putus asa kalau kita silap dan orang lain tak nak maafkan kita. It's ok, it's alright! Senyum jer. Sebab memang salah kita kot. Tu macam kira hukuman supaya kita sedar diri..T_T... Yang penting niat kita dah baik. Ok..:)

Yang penting. Senyum.Senyum. Dan senyum even hati tengah menjerit macam kena pijak lori balak yang tengah bawa kayu balak 3000 kg. Ommmaakk kau berat! Hiperbola nak tunjuk sakit sangat. Ok bai. Chill okay. Kalau kamu dalam kalangan orang yang tengah sedih-sedih sila senyum sekarang. Sebab senyum tu penawar duka. Senyum macam saya...^_____^..See, awak adalah insan paling indah di dunia bila tersenyum . Tahniah!

Assalamualaikum.

7 000 Makan Cupcakes!:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ berkata...

tak salah kalau mimpi sampai bintag jnji niat kita baik

mujagirl92 berkata...

muja nak mimpi lagi tinggi daripda bintang,, hehe,, sebuln lagi nak berjuang kat ipg balik,, aiyaa,, kenapa lyeen ingatkan pulak,, hehe

Meeda berkata...

Yup ! Betul, betul... Kalau sedih pun, senyum aje. Apa ada masalah.. Hehehe

Unknown berkata...

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ kan..kan..yup..lyeen nak pasang niat baik2 ni..:d

Unknown berkata...

@Nurmujahidah Ismail lyeen xleh lupa la muja..uwaa...nk nagis byk2..hehehhe:)..

Unknown berkata...

@Az Meeda senyum tak perlu kata apa2..:D senyum itu manis..:D

Unknown berkata...

nak mimpi sampai bintang jugak~!! hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...