Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....
Salam semanis cupcakes vanilla coklat...
Suatu ketika dahulu, aku adalah manusia yang aktif berbicara mengenai cinta dan jodoh. Ada ketika aku rasa bahawa segalanya indah tanpa sedikitpun cela. Ada ketika aku rasa begitu disayangi. Sangat indah. Patutlah manusia selalu bahagia dengan cinta. Bagi mereka kebahagiaan ada pada cinta. Tanpanya, suramlah hati yang inginkan perhatian. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tapi hari ini, bila berbicara soal cinta, aku adalah manusia paling pasif dan pastinya aku cuba untuk mengorak langkah dari terus berbicara soal itu secara lisan.
Salahkah bercinta? Bercinta memang tidak salah kerana ia merupakan fitrah semula jadi manusia yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Fitrah manusia memang ingin dicintai dan mencintai. So, tak salah untuk setiap manusia merasainya. Tapi, perlu diingat bahawa Allah menciptakan cinta itu dengan ada peraturannya. Jangan sampai fitrah menjadi fitnah.
Lyeen tertarik dengan tiga kategori cinta.
1) Jodoh dari syaitan iaitu lelaki dan wanita yang berjalan berpegangan tangan dan menuju kearah kemaksiatan.
2) Jodoh dari jin iaitu lelaki/wanita yang menyukai wanita/lelaki yang tidak menyukai dirinya, allu dibomohkan dan disihirkan pasangannya agar suka padanya.
3) Jodoh dari Allah iaitu pandangan dua pasang mata lelaki dan wanita sehingga menusuk kedalam jiwa. Lalu, lelaki itu masuk meminang dna wnaita itu bersetuju. Lalu mereka bernikah dan bercinta selepas nikah. Kerana cinta selepas nikah adalah satu-satunya cinta yang diredhai Allah. bercinta sampai ke syurga kerana itulah syurga cinta iaitu cinta yang jauh dari kemaksiatan.
Betapa, mudahnya memilih. Tapi, manusia seringkali tersalah pilihan. Aku masih berpegang prinsip cinta selepas nikah bila aku terus menemui kegagalan dalam setiap percubaan untuk memberi ruang untuk hati aku rasa disayangi. Cukup untuk itu. Alhamdullilah, Allah memberi peluang untuk aku sedar dari kekhilafan sendiri. Lyeen bersyukur sebab angka 20 tahun ini membawa nilai kematangan dalam diri aku sehingga aku mula berfikir baik dan buruk tindakan yang aku ambil. Pengalaman jadikan pengajaran. Lyeen selalu pesan dengan adik Lyeen. Bercinta itu memang manis. Tapi, bila kau temui kegagalan ia adalah suatu yang sangat pahit. Maka, berhati-hati. Allah sebenarnya telah menjanjikan yang terbaik untuk kita. Ingat saja bahawa kalau menginginkan jodoh yang baik. kita perlu untuk menjadi baik terlebih dahulu.
Bagi yang kecewa. Kejutkan hati kamu. Wake up, please! Kekecewaan itu memang akan kita rasa tapi ingat sahaja bahawa Allah adalah segala-galanya tempat kita berpaut. Senyumlah, semoga hari kita seceria dan semanis senyuman yang kita ada. So sweet. Jadilah wanita yang didambakan oleh setia sang arjuna cinta. Bukan kerana wajah dan pakaianmu. Tetapi kerana pekertimu. Wanita solehah adalah wanita yang sentiasa mengangkat diri sendiri untuk sentiasa tawaduk kerana Allah.
P/S: Ok. Sekadar perkongsian. Tips lebih boleh baca Majalah Dara.Com edisi 118 April. Lyeen tak baik sangat tapi kita sama-sama berusaha untuk jadi baik ok. tak salah pun. Perubahan yang baik pahala ganjarannya.
Assalamualaikum
25 000 Makan Cupcakes!:
Harap2 dapat jodoh macam yang ke-3 tu..=)
@MarliaMarble aamiin..:) smoga smuanya mcm tu kan.kan..klu niat kita baik...insyaallah..:)
good entry lyeen.. betul tu, semoga kita dpt jodoh yang 3 tu.. dapat keredhaan dari Allah, nescaya hubungan perkahwinan kita akan kekal hingga ke syurga
@✿Lady Ainaa✿ yeah...alhamdullilah..aaiminn ena..smoga kita dpt jodoh yg baik super2..:)
betul2
penah rasa macam mana ditinggalkan :'(
its okey..
maybe ada hikmah disebalik tu..
terbaik entry ni..
Betul tu cik lyeen..cinta tu boleh datang dan pergi..cinta yang diredai Allah adalah cinta yang terbaik untuk bersama hingga ke akhir hayat..
@nurul ain yer..betul kan..T_T
@Daus sedih plus sakit kan..tp xpa..allah dah tntukan yg terbaik utk kita..:)
@Ikhmal Malique thanx kamu..:) smoga mmbri mnfaat buat pmbca..:)
@Hanif Redland yaehh...100 mrkh utk kamu..btul2..:) kita tawakal jer..:)
huhu.suke entry nie !mudah2an cik lyeen dipertemukan dengan jodoh secepatnye.amin ;D
nice entry...
@Crafty Nieya aamiin..aamiin..smoga seru jodoh sy cpt smpi..:)
@Crafty Nieya aamiin..aamiin..smoga seru jodoh sy cpt smpi..:)
@Busyra Bt Takiyudin thanx kamu..:)
jodoh tu rahsia Allah kan. usah bimbang. ;)
sedih ke,hepi ke,bertahan ke,asyik putus ke...
jodoh 2 tetap ada..dah tertulis kat loh mahfuz...:)
bestt
smua nak syurga cinta..kan??kan?? =)
@9n0L4 rhsia allah yg sgt mendebarkan..hikhik
@UniMeOw so takleh cari2 la..kan..kan...akn dtg juga...
@zila manaf alhamdullilah..:d
@Qaseh Farra yeah..syurga cinta yg abadi..:D
Catat Ulasan