Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
Salam semanis kurma diatas cupcakes...:)
Update entry sekitar pukul 2.12 pagi dengan berbekalkan kerepek dan teh panas secawan. Betapa tabahnya aku. Betapa bahagianya andai saat ini aku menelaah buku Murid dan Alam Belajar! Tapi, semua itu hanya andaian semata. Alah..apa nak risau, tadi dah study. Sekarang rest kan otak kau Lyeen. Nanti jammed! So, Lyeen rest dulu sambil buat entry untuk pembaca tegar. Adakah?InsyaAllah ada. Percayalah bahawa manusia yang rajin baca blog Lyeen ni adalah manusia paling sweet seantero dunia. Mohon lepas ni pageviews aku melambung!HAHA. Cukup intro!
Sebelum berakhirnya semester ni, Lyeen dan classmates buat satu majlis gilang-gemilang. BBQ time! Sukacita aku maklumkan, ayam ni aku dengan Floe yang bersihkan, buang lemak bagai! HAHA. Lepas tu yang part perap ayam ni, Lyeen telah menuntut ilmu dari mak cik yang kerja kat kafe. Sampai dia buat muka bengang bila aku tuntut lebih-lebih. Aku buat dunno jer, janji ayam aku sedap!
Kalau mak mertua aku tengok gambar ni. mesti dia tak sabar-sabar nak buat aku jadi menantu. Boleh niaga kan. Buat pertama kalinya aku nampak sendiri macamana nak sedia arang bagai. Bestnya. So, dengan confident aku rasa macam aku sorang jer nak bakar ayam tu. Sampai tahap tudung aku pun dah bau asap. Dahlah, aku sorang jer yang guna skirt bagai. Huh! Bajet nak jadi puteri-puteri. HAHA. Lelaki berbaju hijau itu, Akmal. Dia memang sibuk dengan calling 24 hour non-stop. Orang-orang besar. Orang besar, i mean orang berkerjaya ok. Chill la Mal. HAHA. Diva sebelah Lyeen tu Eva. Eva yang sangat cun. Tapi kadang-kadang aku bengang jugak dengan dia sebab takmau kena asap. Rasa macam nak panggang dia. HAHA. Love u geng! Siapa nak kenalan dengan dia boleh contact aku.
Besar tak family Lyeen?Kan..Kan. Happy sangat bila dengan classmates yang sangat cool ni. Yerlah, kami dah sama-sama 2 tahun setengah. Masing-masing dah otai!HAHA. Sem depan sambung dengan semester 3 yang lebih extream!
Whatever sungguh gaya aku edit gambar. Sedih! Takpa, aku bukan champion pun. Nanti aku tuntut ilmu lagi banyak ok. Classmates aku memang macam-macam bentuk. Sebagai seorang manusia yang tamak, aku nak letak jugak kotak dialog untuk aku. HAHA. Sebalah Lyeen, Aida yang selalu bagi motivasi kat aku. Ceramah agama kat aku. Sebab aku ni selalu takbur dan lupa diri. Failed! HAHA. Dia kawan yang baik. Mak aku suka kat dia. Nasib jer aku takdak abang yang single lagi.
Sebelah Aida, Moriss yang sweet macam Aida juga. Gambar ni aku curik dari kamera dia lah. Moriss pun sangat baik. Even kami lain-lain agama. Moriss still hormat agama lain. Plus, dia sangat lucu bila cakap "Takda duit saya!". Tu sebab kami sayang dia. Mohon kau terharu sangat-sangat sampai nak nangis guling-guling Mau! Princess kat belakang tu Suri. Penolong ketua kuliah sem ni. Dialah yang aku cerita dalam entry SUPER INI.
Niat asal, langsung taknak upload gambar ni. Tapi, aku terpaksa upload bila aku dah print gambar ni dan tempek kat dinding bilik aku. Apa kaitan? Ntah. Lyeen pun tak sure ada kaitan tak motif dan reason aku? Apa-apa jer la. Sebenarnya kan, aku rasa gambar ni comel sikit. Sebab aku tengah buat muka cool bila ayam yang aku pangggang, Floe pegi makan. Fokus pada tangan dia. Mencik..Mencik..Mencik!HAHA.
Okay, Tudung Bawal Paddle Pop Lyeen ni beli kat Eijamiens Collection dengan harga RM14.00 sahaja. Sorry tak dapat bagi link sebab Lyeen tengah deactive account FB sekarang. Search jer kat FB, pages tu confirm ada. Tapi, untuk buttons kat atas kepala tu Lyeen beli kat Mid Valley then jahit sendiri ok. So, kalau nak boleh tempah dengan aku. HAHA. Bajet bisnes awesome kau Lyeen!
Ok lah. Takdak modal dah nak cerita ni. Lyeen nak tidur dulu ok. Esok nak sambung revision! HAHA. Orang yang malas study adalah orang yang akan stress bila nak exam. Macam aku. Menyempat lagi update blog kan. Whatever sungguh gaya kau Lyeen!
Aku tahu aku macam princess 'sarangeo' bila duduk atas meja disaat orang lain berpeluh-peluh bakar ayam. HAHA. Aku tiba-tiba perasan aku kat Jepun tengah duduk bawah pokok sakura. Ok bai.
P/S: Doakan soalan exam nanti senang-senang belakaaaaaaaa.Thanks baca entry Lyeen. Maaf kalau entry kali ni buat u ollllss rasa macam nak muntah hijau. Maaf sangat-sangat. Selamat hari raya tau.
Assalamualaikum.
5 000 Makan Cupcakes!:
memang BBQ menjadi pilihan abis sem kan.hehe
mcm seronok je buat bbq cik lyeen..hehe..apa pun gud luck exam nanti.. :)
besnyer wat bbq =) lg2 kalau semua sepoting kan,,
nampak sedap jak tu ayam bbq tau.. bt aku rasa lapar ja.. huhu..
haha.memang best n meriah kalau buat bbq dengan 1 family besar macam nie.sweet memory :) kite suke entry cik lyeen :D
Catat Ulasan