Rabu, 8 Ogos 2012

Tudung Bawal Full Roses by BQQ

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh..
Selamat pagi dan salam ramadhan buat kalian.
Aku tahu aku awal update blog.
Aku rasa pelik juga sebab aku rajin menaip entry dihening pagi.

Sebenarnya aku dah siap seawal pukul 7.20 pagi. Smart dah aku siap. Handsome bergayalah kata orang. Tiba-tiba,pintu aku diketuk bagai nak rak oleh si Floe. Dengan wajah yang berseri-seri bak bulan mengambang dia cakap..."Lyeen! Tiada kelas. Encik Selva call saya." Aku pun terpana seketika? What? Aku sudah siap la...Terima kaish En. Selva. Mohon tambah markah untuk ujian amali aku.

Maka, aku update blog kejap sebelum pergi kelas seterusnya.


Tudung Bawal Roses lagi kau Lyeen?

Yah...semalam tudung baharu sampai lagi. Aku rasakan abang posmen tu mesti dah hafal nama aku kan? Ok, Tudung Bawal Roses kali ni adalah Tudung Bawal Full Roses by Butik Qaireen Qaisara. Semestinya butik online pilihan Lyeen kalau nak beli tudung roses. Sebab, bawal roses Kak Zira ni sangat sweet. Jahitannya sangat kemas. Kain tudung bawal pulak tak jarang macam tudung-tudung lain yang mesti pakai inner. Kalau tak nampak je tengkuk sejinjang. Seksa!

Lyeen order Tudung Bawal Roses ni sebelum puasa lagi. Sebab Kak Zira buat pre order time tu dan Lyeen merupakan pelanggan terakhir hantar order. Sebab, first Lyeen order Tudung Bawal Roses Crown. Tapi, pre order untuk bawal tu dah habis. Maka, Lyeen pilih Bawal Full Roses biru plus pink ni sebab tema baju raya Lyeen tahun ni pink plus biru. Harga, RM 59.00 tidak termasuk kos pos. Memang mahal. Tapi, Lyeen jamin anda sangat berpuas hati dengan tudung dari BQQ. So, memang tak sabar nak pakai tudung ni. Tiap malam aku test depan cermin! Hahahahaa


Lyeen bahagia plus-plus sebab seminggu Lyeen tunggu tudung ni sampai. Akhirmya...
Bila dapat, terus je sms Kak Zira.."Thanx kak Zira, Lyeen dah dapat tudung ni. Catik sangat. Sesuai dengan tema baju raya. Thanx kak Zira"...Then kak Zira pun reply sms..."Welcome, nanti ambik gambar jangan lupa tag.."..Wah..sweet jer Kak Zira ni kan? And sekarang, dia tengah mengandung baby first. Sweet. Murah rezeki dia kan. Semoga sihat selalu untuk Kak Zira.

Kalau anda nak baca lebih tentang Tudung Bawal Roses boleh Baca Sini. Lyeen suka update pasal Tudung Bawal Roses sebab Lyeen memang peminat tegar roses yang comel itu. Nampak lebih sweet. So, jangan ingat wanita yang bertudung tak boleh bergerak seiring perubahan fesyen. Asalkan, masih mengikut syariat yag ditetapkan dalam Islam. Iaitu menutup aurat dan bukannya sekadar membalut aurat. Renung-renungkan.:)

9 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

wahh canteeekkk sgt..
mo beli jugak la roses2 ni.. kekeke..

Dylla Abas berkata...

wahh...mmg cantik!!

safurara berkata...

wow cantik sgt!

Baju Sayalah! berkata...

cumey kiut sgt2..hihi

Unknown berkata...

@Anne Nurain jum..jum kita beli....murah2 boleh borong..:)

Unknown berkata...

@Dylla Abas kan..jumlah beli sekali...:)

Unknown berkata...

@Cik Puan Rara lg2 bila cik puan rara pakai.:)

Unknown berkata...

@Baju Sayalah! jum kita beli....comey2 mcm cupcakes..

QasehnyaRania berkata...

cantik warnanya..pink n biru..
jom beli =)

salam kenal dan follow sini juga =)
nice blog
jom singgah sini http://lobaksusue.blogspot.com/2012/08/wow-udang-galah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...