Sabtu, 28 Julai 2012

Tudung Bawal Roses

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Ramadhan yang kelapan hari dan salam manis-manis.

Semakin lama, semakin malas. Hipotesis yang sesuai untuk aku. Tapi, itu beberapa hari yang lalu. Hari ni Lyeen rajin. Maka, hipotesis tadi kita tolak ke tepi. Aku tahu intro aku sweet.
Sekarang jam menunjukkan pukul 7.01 pagi. Mata aku masih segar. Perut masih kenyang. Alhamdullilah. Ikutkan hati aku nak jogging kat Tasik UM, tapi takpalah. Aku bagi peluang orang lain jogging dulu.

Aku tak update blog bukan sebab aku malas. Tapi, aku tengah teruja plus terharu plus-plus bila Lyeen berjaya menyiapkan Tudung Bawal Roses setelah berapa ratus ribu percubaan menggunakan roses yang sama. Betullah kata orang. "Sebelum nak berjaya, kita pasti akan bertemu dengan beribu jenis kegagalan."
Sampai satu tahap, bawal yang aku guna koyak rabak aku kerjakan. Tapi, sekarang aku dah champion! Alhamdullilah.


Sumpah. Lyeen teruja dengan hasil the baby hand Lyeen sendiri. Bila kita minat dengan sesuatu benda tu, kita akan pastikan kita dapat buat sampai kita puas hati. Kalau tak dapat, selagi tu juga kita akan meraung-raung nak buat. Sila angguk kalau betul!


Senang hati bila ada orang yang puji hasil kerja Lyeen. Terima kasih. Alhamdullilah. Disebabkan keterujaan Lyeen dengan Tudung Bawal Roses ni, Lyeen berusaha dengan tulang empat kerat ni menjahit dan terus menjahit. *bila guna ayat tulang empat kerat baru nampak extream kerja aku*. Patutlah, Tudung Bawal Roses ni harga semua RM 50++, rupanya nak jahit tu bukan senang. Sampai berdarah-darah kuku aku nak menjahit. *aku tahu kali ni nampak extream yang lebih-lebih*


Untuk kesekian kalinya, Lyeen harap suatu masa nanti aku dapat buka kedai tudung aku sendiri. Mesti best kan. Amin. Sekarang, aku memang teruja nak menjahit Tudung Bawal Roses ni. Tapi, untuk kegunaan aku sendiri dulu. Insyaallah, bila aku dah sedia aku nak try jahit untuk kegunaan orang lain pula. Sebab, sekarang pun, assignment untuk semester ni dah ada. Maka, aku kena sedar diri bahawasanya aku ialah pelajar IPTA bukannya tauke tudung. Urusan tudung tu, Lyeen buat bila hanya ada masa-masa terluang. Insyaallah.

P/S : Kalau Lyeen jadi tauke Tudung Bawal Roses ni. Siapa nak jadi tauke Cupcakes? 

14 000 Makan Cupcakes!:

Ni Sha berkata...

Biar Isha jadi assistant . HAHA

MAMA AINUL berkata...

cantik ^^y hehehe

Unknown berkata...

@LiL Princess boleh2..silalah...hahha..:) tukang gulung roses..

Unknown berkata...

@❤farahin izzati❤ thanx kamu..meh la order....hahahhaa:P

Unknown berkata...

jd tokey tudung ngan cupcakes la sekali.. hehehe..

Unknown berkata...

@Anne Nurain nnt sibuk sgt..ahhaa...kena ambik byk pekerja ni..

mujagirl92 berkata...

wah,,,, tahniah,, cantik,,, moga bertmbah berjaya di masa depan,, :D

fiQRa berkata...

cantiknya tudung tu lyeen :)
boleh la ambik order lepas ni hasil jari jemari dia. hehe

RahimAim1 berkata...

nak jadi tauke cokelat lar..(HAHA..wat permintaan yg xdtanya..)

Unknown berkata...

@Nurmujahidah Ismail insyaallah..tima kach...tima kacih...:) wah...hehehe

Unknown berkata...

@fiQRa boleh jer kak mas..hee...tp kena up ni byran dia..hahahah

Unknown berkata...

@Butter Creamer ahaha...bolelah..tauke cupcakes cokelet...:P

Green Apple berkata...

cantik & kreatif.. teruskan usaha..

eikynsilent berkata...

you such the sweety one :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...