Khamis, 12 Julai 2012

Gembira.Bahagia

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Salam penuh kerahmatan dan kesyahduan..

"Sesetangah orang berfikir blogger hanya menipu, sebab blogger hanya suka cerita benda yang baik-baik. Lepastu, mereka menganggap bahawa tak perlu kot nak share benda yang kau alami dalam blog. Tapi, bagi Lyeen selagi benda tu tak mengaibkan siapa-siapa dan memalukan diri sendiri. Cukup! Setiap individu ada motif tersendiri nak blogging. Menaip di ruang blog untuk berkongsi. Yang baik kita amalkan.. Yang buruk kita ambil pedoman dan berusaha untuk tidak melakukan keburukan lagi."


Motif entry:

Dalam sesebuah perhubungan, kita mengharapkan ia kekal untuk selamanya. Kita berusaha mencuba pelbagai cara untuk menjadikan sesuatu perhubungan itu nampak bahagia. Namun, sejauh mana apa yang kita harapkan akan mampu kita capai? Pelangi yang muncul tidak akan bertahan selama-lamanya. Tiba suatu masa ia hilang tanpa kita sedari. Pastinya akan ada sahaja suara-suara sumbang yang bijak mengarang cerita supaya  api yang membara lagi menyala. Kalian tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan dia. Lantas berdiamlah.
Kerana berdiam itu lebih baik daripada kamu berbicara sesuatu yang sia-sia.

Cukup untuk semuanya. Andai benar kebahagiaan itu ada, ia pasti akan muncul. Cuma ia cepat atau lambat sahaja.. Sesuatu yang kita harapkan itu tidak semestinya akan kita peroleh dengan mudah. Mungkin kita akan merasainya sedikit sahaja. Namun, itu sudah cukup kerana kita berpeluang untuk merasai sesuatu yang kita harapkan. Walaupun seketika cuma.
Kegembiraan.Kebahagiaan. Cukup hanya itu! Tapi, jangan pernah bersedih andai kegembiraan dan kebahagiaan itu hilang dari kamu. Kerana, suatu masa kamu pasti akan memperoleh sesuatu yang lebih dari itu. Berterima kasih kepada manusia yang memperkenalkan kamu dengan kegembiraan dan kebahagiaan itu. Sungguhpun, kamu merasa kesakitannya bila kamu kehilangan kedua-duanya dalam satu masa.
Yakin bahawa ketentuan tetap akan menjadi ketentuan!

p/s: Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Kamu mungkin kehilangan emas. Siapa menyangka suatu masa nanti kamu bertemu dengan intan permata.

11 000 Makan Cupcakes!:

Ety berkata...

hee. agree dear. sakit dan bahagia itu sentiasa ada untuk mewarnai hidup kita. lambat laun kita akan berterima kasih untuk itu.

blogger juga manusia. jangan mengharapkan yg baik2 sahaja, setiap org tak sempurna. jika seandainya berkongsi tentang personal life di blog tak salah rasanya kerana itu his/her personal literature :)

Unknown berkata...

perpisahan mengajar kita utk lebih matang dlm perhubungan~ kebahagiaan ada di mana2 ~

Unknown berkata...

@Ety setuju dgn kamu..:) mmg kita inginkan kebahagiaan namun ia bukan mudah..:)

yah..blogger punya cara masing2 utk menaip kan..:)

Unknown berkata...

@Michelle Hopell yg penting kita yakin bahawa kebahagiaan utk kita ada..

Flavnesz berkata...

yeah.. kak lyeen mmg betul..^^
akak.. komen sikit my story boleh??^^
http://pabilahatibersatu.blogspot.com/2012/07/cerita-cinta-aku-dia.html

Unknown berkata...

@zanairin betul sajeee..hahahhaa:)

Masmira Masri berkata...

iskk kalau ade suara sumbang tuh yg geram tuh..biasa lah xpnah tgk org senang kn


visit n follow
http://myaleo.blogspot.com/

eyjalukman berkata...

kalau takde rasa sakit dlm kehidupan , slama tu kita akan hidup terleka .

J.P.J.K.I.P.G.K.B.M berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
J.P.J.K.I.P.G.K.B.M berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

aaaaaaaaa......
uhuk...betul3..kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...