Isnin, 9 Julai 2012

Sunway Lagoon : Kau ada?

Assalamualaikum Warhamtullah Hiwabarakatuh..
Salam semanis kurma..:)

 Aku tahu aku lama tak update blog..T_T..Lyeen sibuk sebab Lyeen dah jadi senior ditambah pula elaun semester ni dah masuk.Lagilah aku sibuk! <-- Pendahuluan untuk entry ini.

Sabtu tadi, Lyeen dengan classmates berjaya membawa diri ke kota air itu. Sunway Lagoon yang terletak indah menawan di belakang Sunway Pyramid. Aku suka sebab first time aku sampai sana. Teruja macam rusa baru masuk kampung siap lompat-lompat bagai. Aku tipu!


Kami PISMP 2D. Seramai 19 manusia comel didalamnya..itu hakikat yang perlu setiap pembaca memahaminya. Silalah lempang aku kalau statement aku keterlaluan.T_T
Kami bertolak dari IB dalam pukul 8.00 macam tu naik LRT dari Stesen U terus pegi Stesen LRT Kelana Jaya then sambung pulak naik bas pergi Sunway. Sumpah aku teruja bila aku rasa kami adalah manusia paling  excited time tu. Dan aku rasa, sangat teruja sebab kedai tak buka lagi time kami sampai. Betapa terujanya kami.


Tapi, hakikatnya dah beribu-riban orang kat depan SL time tu. Bayangkanlah, time beli tiket, kakak kat kaunter tu boleh cakap macam ni..."Kat dalam ada 1600 orang, nak masuk jugak ke?" ..Cool jer soalan dia kan...Hahaha...Bengang! Dahlah kebulur, lambat pulak nak tunggu que beli tiket. Okey, tiket RM 70.00 untuk 3 park. Extream Park, Wild Life Park dan yang paling syok  plus-plus Water Park. Kami tak ambik 5 Park sebab takut tak cukup masa. Sedangkan ambik 3 park dah terkejar-kejar.


Lyeen bahagia sebab jumpa artis! Artislah sangat! Budak-budak ni classmates yang sangat cool..Izzat, Aida dan BFF Lyeen, Floe Yohanesgukin! Aku tak tahu kenapa kau suka tulis nama kau panjang berjela Floe! Sebenarnya, Lyeen masih confius..sebenarnya binatang apa biru-biru ni? Apakah? Sumpah tak tahu..Naga?Burung? Itik? Penjelasan please.....T_T


Thanx to both of you, Hafiz dan Suri selaku ketua dan penolong kuliah untuk semester ni, sumpah sangat best dapat buat aktiviti ni. Dan Lyeen selaku JK Aktiviti dan program, rasa macam tak memberi sumbangan apapun untuk kalian. Hanya menyumbangkan penat! Sekian.Hahaha..Semoga ukhwah persahabatan kita akan kekal sampai ke akhir hayat. Insyallaah. 

Bila kat extream park!
Aku cakap aku tak nak naik! Sebab aku ada masalah penglihatan..*membela diri sendiri yang sebenarnya takut..T_T*..First , aku okey je kot! Bila part perahu tu dah terbalik, aku rasa macam nak "fuhhhh", automatik jer kan kaki aku undur 50 langkah. Hahahaha...Dan Lyeen rasa aku memang rugi sebab extream park aku main satu benda jer tu pun dah berjaya buat aku pengsan 2 saat. Hahaha..sumpah memang extream untuk manusia berjiwa kecil macam aku!


Time ni, Lyeen dah habis sesi main-main air. Tukar baju balik. Sumpah ada muka teruja dan kelesuan terpamer disitu..T_T....Sumpah memang best super duper! Aku rasa macam kembali jadi manusia yang berumur 10 tahun time air jatuh mencurah-curah kat atas kepala. Gambar time kami buat aktiviti main air bagai takdak ambik pun. Sebab, semua taknak ambik gambar, semua nak main air. Lastly, kamera yang ada semua simpan dalam locker! Sweet jer macam tu! Hahahaha...
Apapun, bagi yang belum datang ke Sunway Lagoon ni, silalah datang. RM 70 untuk kepuasan berganda. Ada gaya promoter dak aku? 

P/S : Sampai jer bilik, aku terus menidurkan diri sepanjang malam tanpa sedikitpun diganggu oleh mimpi-mimpi buruk. Lena jer aku tidur..:)

9 000 Makan Cupcakes!:

Tanpa Nama berkata...

best nyer!
teringin nak pergi sana!
hehehehe

Flavnesz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

wa tak pernah masuk pon..slalu tengok dari mekdi sunway pyramid je..kah kah kah!

Unknown berkata...

@Sheila Eiman jum..jum..rm 70 je..10 tu dpt balik..:)

Unknown berkata...

@zanairin hahhaha..yer ke?hahhaa....yer kot..:p

Unknown berkata...

@Mk Syahir nnt masuklah...konpom kau taknka keluar2..hahahaha

Tanpa Nama berkata...

dulu last pegi time kecik-kecik dulu then dalam tahun lepas plan dengan kawan-kawan pegi jugak. syokkk :)

Unknown berkata...

@Rara Nasiha teruja sgt2 kan..hehhee...nk pegi lagi..

Unknown berkata...

bestnyaaa..jeles! hehe..
hari tu tgk dari kepsi jak, xda can lagik mo masuk.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...