Isnin, 7 Mei 2012

Ini bukan LOVEBITES!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Selamat Sejahtera dan Salam senyum manis-manis..

Hari ni semua orang tengok muka Lyeen semacam, memerhati dari atas batang hidung hingga ke bawah batang hidung! Lubang hidung aku tak pasti! Sebab kan..kan..kan...Mesti u ollss akan fikir bukan-bukan bila nampak tanda merah kat batang hidung aku! Lovebites? Yah! Lyeen buat sendiri! Hahhahha...Astagfirullahalazim..:)

Sebenarnya, disebabkan semalam Lyeen jadi jururawat sementara menunggu Floe selesai buat rawatan, pukul 3.30 pagi barulah kami sampai kat asrama balik..Sangat letih, dan satu penyakit aku yang dah lama tak berkunjung, akhirnya berkunjung juga hari ini..:)
Dan, sekali lagi aku tersiksa!

"M.I.G.R.A.I.N"

Yup, pagi-pagi tu aku ok jer, last-last bila sampai dah tengah hari..kepala otak aku tiba-tiba rasa macam panas sangat, mulalah berdenyut-denyut disebelah kiri. So, aku dah agak mungkin migrain aku akan sampai kejap lagi, sekarang dia tengah on the way ni! So, aku tidur kat atas riba kawan aku yang empuk lagi nyaman itu,! Thanx Suriani!


*Sumpah best kalau tidur time migrain!*

Tiba-tiba Suri tu bangunkan aku sebab kaki dia dah kebas..Hahaha, menampung kepala aku yang berat ini!...Dan, time dia kejutkan aku tu aku memang tak tahan dah, rasa macam nak pitam..Sah! Migrain aku dah tiba ke destinasi, maka aku terus ajak Floe balik asrama sebab sumpah aku dah tak tahan! Bila sampai asrama, aku telan panadol 2 biji then terus tidur!

Okey, Lyeen tahu migrain Lyeen akan tiba sebab Lyeen dah buat benda-benda yang merangsang berlakunya migrain itu! Yakni lambat TIDUR!
Dan, antara punca-punca lain berlakunya migrain

1. Alahan kepada sesuatu 
2. Cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau yang terlalu kuat 
3. Tekanan fizikal dan emosi..
4. Perubahan waktu tidur..
5. Merokok atau terhidu asap rokok
6. Tidak makan
7. Alkohol
8. Haid
9. Makanan ada MSG
10. Coklat!
11. Cuaca yang terlalu panas

Dalam kes Lyeen, Lyeen lewat tidur semalam, biasanya migrain aku datang bila aku tak sedar diri makan coklat, walaupun coklat ni baik..tapi aku tak tahu memang kalau aku makan banyak-banyak, sah migrain aku sepantas kilat menyerang!


*Aku rasa macam ni la!*

CARA PENYELESAIAN 
Bila migrain dah datang, kerja aku..aku akan telan panadol tu dan aku terus tidur dalam suasana yang takda bunyi langsung dan aku akan tutup mata aku guna selimut, Sebab bila ada cahaya je, aku rasa kepala semakin berdenyut-denyut dan tiba-tiba je aku akan sakit hati!

Fakta : Bila aku migrain aku tak kisah dah orang sekeliling aku, dan bila aku migrain aku akan cepat mengamuk walaupun dalam benda-benda kecik sebab aku dah stress!

Bila Migrain ni datang aku akan buat batang hidung aku merah, sebab dari Form 5 dulu, mak cik aku ajar and sure akan kurang sikit sakit kepala tu walaupun akan bagi effect yang mencurigakan kat batang hidung aku! HAAHHAHA...Tapi, itu je kaedah yang aku ada untuk mengurangkan sakit dan peritnya kena migrain!

Kadang-kadang, Lyeen akan ketuk-ketuk kepala, ketuk kat dinding sampai macam tu sekali dan aku rasa macam orang gila buat macam tu, tu sebab aku suka duduk dalam bilik dan tidur sebab ubat kepada penyakit ini ialah TIDUR!

Kecuali, aku dah tak tahan sangat, jawapannya kau akan tiba-tiba pengsan dan bila sedar, depan aku seorang doktor yang sangat handsome macam Aaron Aziz! HAHHAHAH

Pengajaran untuk aku : Aku tak suka stress sebab Migrain aku akan datang dan inilah benda paling aku tak suka! Sebab sakitnya hanya Allah yang tahu betapa perit dan siksanya!
Sumpah, terlalu sakit!

NOTA KAKI: Jangan pandang aku semacam lagi, tanda ini bukan LOVEBITES! 

9 000 Makan Cupcakes!:

Si Matatajam berkata...

Memang tido ubat yg plg mujarab time migraine ..

Unknown berkata...

@Si Matatajam maka, mmg tido..hehhe:)

ary_lee berkata...

lovebites kat batang hidung??
Wakakaka!
Memang org tu gila if dia kata tu lovebites^^

Noor Maizan berkata...

kesian awak ade migrain..jge kesihatan selalu yea...

::CIK LYNN:: berkata...

waa...cm trok je mgrain cik lyeen ni...

Unknown berkata...

@ary_lee kan.kan..kan..HAHHAHA....

Unknown berkata...

@CikMai T_T yer cik mai....hehehe:) mkn ubt lagi..

Unknown berkata...

@::CIK LYNN:: terok bila ia dtg mnyerang cik lynn..:(

kekasih kertas berkata...

rse mcm kite pon ada mgrain la :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...