Pada suatu hari seorang anak yang menginjak remaja bertanya pada ibunya yang sedang menyusun pasu-pasu bunga di laman rumah. Tiba-tiba, si Anak bertanya..
"Ibu macamana kita nak pilih seorang wanita yang terbaik sebagai orang yang kita sayang dan macamana juga kasih sayang itu kita nak kekalkan sampai bila-bila?"
Si ibu tersenyum lantas memandang tepat ke anak mata anak lelakinya.
"Sekarang kamu pergi ke taman bunga yang ibu buat tu dan berjalanlah dari sini hingga ke hujung sana sambil memandang pelbagai bunga dihadapanmu. Kemudian kamu pilihlah bunga yang paling cantik dan berkenan di hati kamu. Dan, jangan menoleh ke belakang lagi. Apabila kamu sudah memetiknya bawa bunga yang kamu pilih berjumpa Ibu. Tapi ingat! Pastikan, bunga yang kamu pilih itu adalah yang terbaik. Tiada kumbang didaunnya. Tiada lebah yang hinggap di kelopaknya. Dan, pastikan segar dan berbau wangi."
Si anak terpinga-pinga. Namun masih akur dengan suruhan si Ibu.
Setelah beberapa minit menanti. Akhirnya, Si Anak kembali dengan wajah yang sedih dan tiada pulak sekuntum pun bunga di tangannya. Dan Si Ibu bertanya.."Mana bunga yang kamu pilih?"
Si Anak menjawab..
"Semasa saya berjalan di taman, terlalu banyak bunga dan semuanya cantik-cantik bermula dari sini. Tapi, saya nak bunga yang paling cantik maka saya berjalan hingga di hujung sana. Tapi, tiada yang paling cantik. Sebenarnya Ibu, saya tertarik dengan bunga mawar putih di hadapan tadi. Tapi ibu kata petik yang paling cantik tanpa berpatah balik ke belakang. Jadi, saya baliklah. Bunga yang cantik tadi dah ada di belakang saya. Sangat jauh. Kalau saya tahu. Saya petik jer awal-awal tadi. Buat penat jer nak jalan jauh-jauh!"
Si Ibu tersenyum melihat anaknya yang keletihan..
"Ya? Sebenarnya itulah jawapan untuk soalan kamu tadi. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dan kita patut hargai apa yang kita ada dengan sebaiknya. Jangan berpatah balik lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Sebenarnya apa yang kamu jumpa di awal adalah yang terbaik. tapi kamu ragu dan masih mahu mencari yang lebih cantik di hadapan sana..Walhal, di hadapan itu hanya bunga-bunga biasa sahaja. Sudah rosak daunnya di makan ulat. Siapa yang rugi?"
Si Anak tersenyum sumbing.
"Saya nak masuk taman tu baliklah Ibu, boleh? Takpa, saya tak petik pun mawar tu..Tapi, mulai hari ini biar saya yang jaga mawar putih tu. Mawar putih tu, saya yang punya!"
*tangan dibahu mata keatas* <--- Ni aku tambah...hahhaha
Kemudian, si Ibu tersenyum gembira. Semoga anakku tahu menghargai wanita disekelilingnya. Kerana, nilai kasih sayang insan yang benar-benar berkasih itu sangat tinggi harganya.
P/S : Bakal Cikgu BM kena banyak buat karya macam ni untuk submit dengan lecturer..:)
Last-last aku bagi karya jiwang bagai dengan lecturer..Ambik kau! Aku saja bagi Font ARIAL 12 kan. Sebab kalau nak buat assigment, macam ni la formatnya.;)
22 000 Makan Cupcakes!:
Wahh hhebakk cikgu BM kita ni! Nice endingg. Datang nak curikk cupcakes banyak2! :D
@Ardini Izzati hikhik...ending tak ble blah..hahahha..:p..ha..curik je la..ada sorok kat bwah meja..:p
woahh ! cikguu cikguu best lah cerita cikguu . hee ^^
zaman skrang payah nak cari mawar putih sebab semua dah ditebuk tupai
err..macam tak kena je komen gua..
@hahafyza ok lpas ni kamu kena buat krangan mcm ni..2 pages..ok..hahahha
@Ik Hanif hahaha...boleh ke tupai tebuk mawar?rasanya mawar tu dah patah sebelum tupai lompat..HAHHA
Baguslah entri ni .... :) boleh jadi seorang penulis yang baik ni .. :) huhuhuhuhu....
Besh2..citer yg menarik dan ada makna tersirat..hehe ^_^
Best citer ni ^_^ hehe
@hasrul hassan tq kamu..insyaallah..sedang menuju kearah tiu..aminnn
@iEdA semoga dpt memberi faedah..:) thanx kamu
@Sally Yatiey hehehe....thanx kamu..:)
heheheee,
best lahh..
insyallah.. amin...
lyeen, sheila datang nak minta cupcakes 1..
heheeee
bes2!! mndalam oo mksud cter ni..=)
so SWEET sangat ceritanya dan romantik sungguh walaupun hanya ada unsur ibu dan anak tetapi ia sangat romantik :)
cerita yg menarik lyeen..mohon ajar sm masa melayu yg betul..ekekeke :P
sweet sgt jalan citer ni.
@Sheila Eiman hahaha..thanx kamu..wah.okey..ble.lyeen hntr 10 guni cupcakes..nah..ambik..ambik..:P
@::CIK LYNN:: sedalam aid d lautan..:P
@yayahnasake romantik dgn ahli keluarga sgt kurang..jadi..lyeen cuba untuk lebih mudah bila kaitkan dgn keluarga..:)
@Zul De Alexis hahahhaa..boleh saja..:P sedia kamus dewan byk2...
Catat Ulasan