Rabu, 22 Februari 2012

Sakura di gedung besar!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh....
Salam bloggers dan salam sejahtera  u all!!

Lyeen tahu minggu ni adalah minggu dimana blog aku mula menjinakkan kulat di setiap sidebar apatah lagi header aku yang comel itu! *Pannngggg!! 30 kali!
Minggu ni, serius dunia Lyeen memang sangat sibuk dan masa tu macam saja je nak main kejar-kejar dengan Lyeen siap pas baton lagi...Hahahhahahah
(Lyeen senaraikan untuk u all lebih mengerti kesibukan diriku..^_^) 

1) Persediaan nak balik Sabah!
2) Assigment yang semakin berlambak!
3) Latihan sukan yang semakin memenatkan!
4) Tuntutan PBS yang menerujakan! Hahahha
5) Mesyuarat BIG yang mendebarkan!
6) Tugasku sebagai bendahari yang menuntut aku untuk sabar nak jadi tukang minta duit tiap saat!

U all boleh nampak bukan? Hahahhaha...Padan muka kau Lyeen! Takpa, cikgu memang macam tu...tapi tugas kau sangat mulia Lyeen..Sabar okey..Yah!
Maka, Ahad minggu lepas Lyeen pergi menghabiskan duit yang sedia habis di Times Squre itu!
Kenapa kau suka sangat pegi TS ha Lyeen? Ntah! Hahahhaa...
(Sebenarnya aku nak pegi the Mines tapi saudara Khalim Razak itu sengaja melengah-lengahkan masa aku supaya aku membatalkan niat aku untuk menternak ikan-ikan di The Mines itu! Sabo je la!)


Muka 'sangat teruja' pegi TS..!
Dan u all sila fokuskan benda kuning-kuning kat belakang Lyeen tu!


" Saya nak ambik gambar dengan ikan tu je la, boleh?"
"Ikan?Awak kata ikan?"
"Errrr.....yer kot..."
Hahahahhaha! U all jangan salahkan Lyeen atas kecelaruan identiti benda kuning tu, bukan salah Lyeen! Sebab ada sisik, ada ekor...Tapi  ada kepala..Hahaha.., lagipun, Lyeen tak pernah jumpa naga jadi jangan salahkan Lyeen kalau Lyeen tak tahu benda tu okey..Sekian..
Kesimpulannya, itu naga okey bukan ikan..
(Sebenarnya Lyeen tak nampak kepala naga tu, tu sebab kata tu ikan!)


Aku dapat andaikan bahawasanya aku berada di Jepun saat ini dengan adanya bunga sakura diatas, bawah, kiri, kanan, belakang dan hadapanku! Dan, aku dapat bayangkan juga salji mula turun! Panggggggg!!!! Dan, aku tersedar dari khayalan itu! Haahhahaa, Lyeen rasa macam nak panjat je pokok tu kan? Bila agaknya aku boleh tengok the real pokok sakura ha?


Betapa gedabaknya pokok sakura itu, tak menang tangan aku nak peluk pokok tu kot! Haahhaa...Serius, walaupun dalam hati aku sangat menyampah sebab niat Lyeen nak pegi The Mines tidak terlaksana dengan jayanya, tapi misi kali ni mogok Lyeen tak lama sangat sebab teruja tengok pokok-pokok sakura dalam mall..!


Dan, keterujaan Lyeen dibayar dengan fries dan bubur ayam Marrybrown yang memang akan menjadi sasaran utama bila kedua kaki ku yang comel ini melangkah ke TS!
"Lapar..."
"Makan!"
"MB..."
"Huh!"

Hahahhaha....sabar je la kau kan jadi guard Lyeen ..nasiblah keluar dengan perut naga! Hahahhaha
KEJAM kau Lyeen! Baiklah, tu je? Yer, saja nak buat u all jealous dengan pokok sakura gedabak aku tu! Hahahhha, lepas je bungkus kat MB, maka kami kembali ke pangkal jalan semula sebab dah penat!
Thanks to you Khalim Razak a.k.a En.PC yang kembali pulang... *gedik kau nak bold bagai!

p/s : Tolong post untuk Lyeen bunga sakura boleh?  U all perasan tak entry kali ni guna font arial saiz 12? Hahahaha,...ini kesan drp pengaruh assignment!

5 000 Makan Cupcakes!:

adventure mama berkata...

wahh..tiap2 tahun dekat times square ade bunga sakura kan..heheh..

i folo u k..:P

Unknown berkata...

@iedchan yer ke?hehehe..lyeen tak tahu sbb baru tahun ni mnjejakkan kai ke TS yg nmpk sakura..hahahaha.:) wah..tq2x..:)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

wah.. bestnye... xpernah lg jmpe function ni.. maklumlah aku ne org kampung.. hehe :)

Unknown berkata...

hehhe,..samalah..sy pun first jugak ni..haahaha...dtg TS jom.

Mysara Ab Rahman berkata...

baru je g TS hari tu..
aah..ada naga yg besar kt tengah2..
n bunga2 like sakura cm kat jepun..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...