Assalamualaikum Warahmatuulahi Wabarakatuh.
Salam Cupcakes Strawberry Cokelet!
Lyeen tahu tanah kedaung ni dah lama tak ber'update'. Nisbah nak update tu boleh kira seminggu sekali. Bukan tak nak taip tapi tak tahu nak taip apa. Hahaha. Sekarang ni Lyeen sibuk dengan persedian Kejohanan Olahraga Tahunan IPG. Poyo! Macamlah tugas aku berat sangat! Tapi, serius... sibuk sampai tak boleh nak khabar sibuk yang macamana tu! Tu sebab minggu ni orang sakitkan hati aku pun aku tak rasa sedih langsung! Hahahaha... Eh? Semalam baru terasa sakit bila pandang Bear aku. Eh?
Dari gambar pun aku harap orang tahu aku adalah manusia paling bahagia dalam dunia. Walaupun dalam hati aku rasa macam nak menjerit sebab dah banyak kali terkena! Ish... Okay, taip entry hari ni pun sekadar nak share quotes dari classmates. Suka sangat dengan ayat-ayat tu. Rasa macam done je kena terus masuk dalam hati. Eh? Jujur, kenapalah orang sekarang ni suka mainkan perasaan dan hati orang lain? Kita tahu macamana sakitnya dikhianati. So, kenapa dengan mudahnya kita nak khianati orang lain? Lagi-lagi yang memberi kepercayaan dengan kau bagai nak rak! Eh, sentap pulak taip entry ni. Hahahha. Apapun, buat orang yang terkhianat macam aku ingatlah bahawa "Yang Indah Hanya Sementara". Erra Fazira yang cakap bukan aku. Aku hanya klik butang LIKE tanda sokong!
Aku belajar kasih daripada orang-orang yang membenciku,
Aku belajar tulus daripada orang-orang yang memperalatkanku,
Aku belajar setia daripada orang-orang mengkhianatiku,
Aku belajar pengorbanan daripada orang-orang yang aku kasihi,
Aku belajar jujur daripada orang-orang yang bergelar sahabat,
Aku belajar rindu daripada orang-orang yang aku cintai,
Aku belajar bertahan daripada orang-orang memberiku ketidakpastian.
dan sehingga kini aku terus belajar..
Aku belajar tulus daripada orang-orang yang memperalatkanku,
Aku belajar setia daripada orang-orang mengkhianatiku,
Aku belajar pengorbanan daripada orang-orang yang aku kasihi,
Aku belajar jujur daripada orang-orang yang bergelar sahabat,
Aku belajar rindu daripada orang-orang yang aku cintai,
Aku belajar bertahan daripada orang-orang memberiku ketidakpastian.
dan sehingga kini aku terus belajar..
Jangan salahkan atau marahkan orang yang khianati kita. Marah kejap-kejap dan sikit-sikit tu boleh. Kita berterima kasih kerana dari mereka kita belajar untuk KUAT, TABAH, CEKAL, AMANAH, DEDIKASI dan sebagainya. Walaupun sebenarnya kau rasa nak hayun kayu golf dekat diorang. Tapi, rilekslah...seorang khianati kau ada berjuta-juta orang yang akan hargai kau! Percayalah! Cuma cepat atau lambat je. Nak maafkan? Erm....yang ni susah sikit. Bila kita dah sakit hati kita akan cakap macam ni, "SAMPAI MATI AKU TAK NAK MAAFKAN KAU"... Kan? Kan? Lyeen pun pernah juga. Hahahha. Tapi, bila aku dah rileks. Alhamdullilah aku maafkan perlahan-lahan. Tapi...tapi....tapi untuk tengok muka orang yang khianati kita? Sorrylah! Ibarat luka lama yang berdekad-dekad tu bernanah kembali lepastu kena siram dengan air panas yang baru mendidih tu. Sakit oooo! So, lebih baik Lyeen memilih untuk taknak ambik tahu dan taknak tahu apa-apa. Dendam? No...Tapi, biarlah niat Lyeen hanya Allah yang tahu. Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati hamba-Nya.
Nota pink: Hari-hari kita belajar sesuatu yang kita tak terfikir kita akan pelajari ilmu itu. Hari-hari kita bertemu dengan manusia tapi kita tak terfikir hati manusia itu. Hari-hari yang kita lalui ibarat suatu penjelajahan, banyak yang akan kita lalui dan banyak yang kita akan belajar. Ada kalanya tersungkur jatuh ke gaung dan kita bangkit untuk ke puncak semula. Lambat. Letih. Tapi, hakikatnya kita tetap berusaha sampai ke puncak. Kerana kejayaan itu pengorbanan. Untuk berjaya, untuk bahagia, untuk gembira semuanya perlukan pengorbanan. Kekecewaan akan dibayar dengan kebahagiaan dan kepahitan akan dibalas dengan kemanisan. Lyeen masih berpegang pada ayat ini, "What you give, you get back!"
Ok bai. Assalamualaikum.
6 000 Makan Cupcakes!:
yeay! likie soo muchooo this entry. yeah. what u give u get back ! :)buat baik dblas baik buat jahat dbalas jahat .
Sabar ye. Be strong. What goes around comes around. Mula mula je sakit, masa merawat :)
Much love ❤
Aimi Middleton.
http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com
Sibuk sangat tu kalau sampai tak boleh khabar sibuk macam mana.. hehe :D
tabahkan hati..jalani aktiviti lyeen dengan kita enjoy..hehe
Betul tu! Biarlah apa orang nak buat kita. Marah tu memang sebab kita ni berperasaan tapi pastikan kita lebih baik dari dia. Ena pun dah byk kali kena, dah banyak kali jatuh
Kesakitan itu lah yang memberi pengalaman.. kemanisan itu mungkin racun, kepahitan itu mungkin ubat..
Catat Ulasan