Rabu, 4 Disember 2013

Untuk apa jadi penulis BLOG?

Assalamualaikum Warahamatullah Hiwabarakatuh.
Salam Semanis Kasih Sayang Cupcakes.

Alhamdullilah, hari ni dah boleh update blog macam biasa bila broadband dah pulih sepenuhnya dari masalahnya. Tapi tetap rasa sengal bila terpaksa dua kali top up! Hilang RM 50.00 macam tu saja. Sedih! Rupanya bukan masalah pada prepaid card tapi masalah pada modem. Nak nangis sambil guling-guling jer bila setiap kali nak update terpaksa refresh balik-balik sampai rasa lebih baik aku berhenti je jadi blogger sambil telan modem! Eh? Hahahaha.
Tapi, saja juga tak nak online sebab Lyeen kena siapkan dan uruskan tempahan tudung-tudung dari customer yang memang meletihkan. Tapi, jujur yang Lyeen suka buat kerja-kerja tu semua. Jahit-jahit. Gunting-gunting. Seriously, i'am happy! Rasa macam semua Lyeen nak jahit-jahit. Tak sangka yang cuti ni Lyeen dapat isi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah disamping menambah simpanan sumber kewangan untuk masa depan. Eh? Yes, Lyeen nak kumpul duit sebab nak melancong ke Paris! Nak panjat Eiffel Tower sampai puncak lepastu pacak bendera Sabah sikit! Yooow! Bak pantun sikit,
Daun raya diatas bukit,
Tempat raja menanam pala,
Impian saya bukan sedikit,
Sebanyak rambut diatas kepala.
Ehem-ehem. Nak sangat-sangat melancong. Kata Mak, orang yang ada tahi lalat kat tapak kaki memang suka berjalan. Lepastu kan, nak bagi makan ikan-ikan dekat tasik sebelah Eiffel Tower tu. Sweetnya. Okay, entry hari ni sebenarnya nak tulis rasa bertuah, terharu, teruja dan rasa tak sangka penulisan entry saya akan membuka mata orang lain. Yes, maybe adakalanya orang yang buka blog Lyeen ni rasa sengal je sebab blog ni macam blog falsafah. Sedih! But, dari awal Lyeen dah bagitahu yang Lyeen tak tetapkan apa-apa niche dalam blog Lyeen. Apa yang Lyeen rasa nak tulis, Lyeen taip. Lyeen share. So, Lyeen hargai sangat-sangat andai apa yang Lyeen kongsikan mampu membantu pembaca blog ni. Sesungguhnya, kita hendaklah saling berpesan-pesan ke arah kebaikan kan? Yang penting nawaitu kita tak lari. Semuanya bermula dari niat yang baik, andai baik niat kita makan baiklah hasilnya!
Nota pink: Blogging bukan setakat suka-suka tapi biarlah apa yang kita tulis itu membawa seribu atu kebaikan kepada pembaca kita. Saidina Ali berpesan, "Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti. "
Ok bai. Assalamualaikum.

9 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

comel.
ye betul tu lyeen..
AA sokong hehe :D
tulis lagi banyak2 ok siyok ooo baca ni blog hahaha :P

Unknown berkata...

yup, setuju :)
nak ikut pi paris ! nak panjat eiffel tower jugak :p

Nick Nashram berkata...

penulisan ne lebih berbisa dari pedang..kalo penulisan baik dapat pahala..kalo yg buruk dapat bala la..hehe

www.duniafarisya.com berkata...

lyeen pandai buat shawl custom mades?nak tempah! :D

Maria Firdz berkata...

X kisah la.. Jnji apa yg kita coret tu utk kita dan mgkin utk kabaikan org lain... Jnji menulis dari hati...

adarain berkata...

kenapa tak tukar kepada wifi..lagi best..senang nak berblog..hehe

Asma' Sah berkata...

Hahaha..Asma' pun ada 2 taik lalat kt kaki..mmg kuat berjalan..kalau lenguh,baru berenti..

Unknown berkata...

sy baru tahun ni start blogging..lebih suka blogging dari berfb.. bg sy, penulisan adalah senjata paling berkesan berbanding mana2 perang terhebat sekalipun.. paling best bila penulisan kita terkesan dalam kehidupan orang lain dan menjadi titik tolak perubahan hidup dia ke arah yg lebih baik..seperti yg u buat..:)

Nadia Johari berkata...

Sama la macam akk..tak tetapkan niche pun dalam blog..bila nak tulis..tulis je..tapi akk tulis blog berdasarkan apa yang nampak, lalui..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...