Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Alhamdullilah, baru selesai jawab paper Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani yang super hotsss! First time Lyeen buat esei lapan muka surat full! Tu pun rasa nak tulis lagi tapi idea dah habis sebab Lyeen jealous tengok kawan-kawan lain minta kertas banyak-banyak. Hahaha. Takpa, Lyeen doa banyak-banyak supaya dapat markah banyak-banyak sekaligus dapat anugerah pengarah next year.
Perempuan Melayu yang tak berapa nak akhirnya. Semalam Lyeen macam Bawang merah Bawang Putih dalam Filem Allahyarham P Ramlee tu. Jalan pun kepit-kepit, tunduk-tunduk malu macam nak kena pinang tu. Bertuah mak aku! Hahaha.
Ok, berbalik pada motif entry Lyeen. Saya Jatuh Cinta. Ya. Jatuh Cinta. Lyeen jatuh cinta dengan hadis Biji Benih yang sangat-sangat buat Lyeen rasa indahnya Islam. Mulianya Islam. Lyeen rasa sangat-sangat teruja. Uniknya Islam. Terus search maksud hadis ni dan fahami apa maksud disebaliknya. Banyak persoalan yang timbul. Kalau dah tahu kiamat kenapa nak tanam? Sempat ke nak buat? Kenapa kita tak buat ibadat sahaja saat-saat akhir nak kiamat? Persoalan tu yang Lyeen jumpa dalam beberapa blog dan wordpress orang.
Tapi..
Apa yang penting, hadis ni membuktikan bahawa Islam menyuruh kita semua untuk berusaha walaupun harapan untuk kita dapat tu sangat tipis dan mungkin kita tak dapat. Namun, usaha itu adalah ikhtiar kita! Hadis ni memang benar-benar buat Lyeen jatuh cinta.
Islam itu mulia. Unik. Indah. Cantik. SubahanaAllah..!
4 000 Makan Cupcakes!:
Salam Kenal Im Blogger From Indonesia..
I Love Islam :) islam is the best religion
hadis ni elok diketengahkan terutamanya bagi yang tgh sibok fanatik menentukan tarikh hari kiamat. dari sibok tentukan bila kiamat, baik berusaha tingkatkan amalan..
suka dengan hadis tu jugak =)
Catat Ulasan