Rabu, 16 Oktober 2013

Syukur, Alhamdullilah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Sama-sama kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga dengannya kita memperoleh hidayah dan rahmat. InsyaAllah. Alhamdullilah, hari ni Lyeen dah sampai KL walaupun sebenarnya hari ni Lyeen ponteng kuliah. First time dalam hidup! Semua ni salah abang Lyeen sebab takmau hantar Lyeen balik awal-awal. Harap-harap esok tak kena tengking dengan lecturer. Hahaha. Semalam juga call mak abah yang duduk jauh di Sabah, semalam air mata dah bertakung tapi buat-buat gembira sebab taknak nangis banyak sangat, nasib baik juga mak tak emosi sangat. Hahaha. InsyaAllah, nanti balik hujung tahun ya mak..! 
Semalam tema beraya adalah BIRU. Dari kepala sampai ke kaki semua biru. Rasa macam doremon pulak! Alhamdullilah juga semalam selamat beraya empat buah rumah dan kenyang sangat-sangat makan lemang, rendang, mee sup, nasi himpit, kuah kacang. Tu tak masuk lagi kuih-kuih raya. Rajinnya dorang nak buat. Kami beraya sakan sehari tu sampai anak buah Lyeen yang nama Aishah tu demam. Hahaha. Apapun, alhamdullilah selamat juga sampai KL dan baru je selesai kemas barang-barang, ni yang terus update blog sebelum tidur sebab esok dah mula kuliah. Roommate Lyeen pula belum balik lagi sebab dia dapat MC dari Sabah. Doakan roommate saya cepat sembuh taw! Lyeen dah rindu sangat-sangat kat dia.
Tengah SMS buah hati nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha. Nak minta maaf sebab selalu sangat buat perangai dan selalu buat hal dan buat dia stress. Tapi, ayat terakhir tu nak minta 'claim' kek birthday Lyeen yang tertangguh. Haahhahaha. Saya tipu!
Nota pink:  "Kekuatan, ketenangan, kasih dan sayang. Semuanya bermula dari hati. Maka, kalau nak kekuatan, ketenangan, kasih dan sayang yang tulus. Haruslah tuluskan hati dulu."  Macamana nak tuluskan hati? Lakukan semua niat kerana Allah SWT..


2 000 Makan Cupcakes!:

Syahidah Fadilah berkata...

salam aidiladha, singgah fllow cni:)

Nadia Johari berkata...

okla pergi beraya..akak duk rumah je..makan daging lebu..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...