Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Semoga semuanya dalam lindungan Allah SWT.
Hai u olls...! Betapa lamanya Lyeen tak update blog dan langsung tak buka blog. Rasanya, cara nak tulis entry pun dah lupa. Lyeen menghilang bukan sebab dah lupa pada dunia blogging. Tak leh lupa aiihh pada blog sebab Lyeen ada ramai kawan-kawan yang super duper cool! Tapi, disebabkan bulan lepas Lyeen terlalu busy dan sangat-sangat padat dengan aktiviti dari IPG maka Lyeen berhentikan sekejap dunia blogging. Dan, hari ni Lyeen kembali semula sebab dah rindu sangat-sangat dengan rakan bloggers yang sweet itu. Rindu pada Aina, Abg Wan, Niera, Kak Senorita, Kak Nadia dan semua... Rindu nak menyemak kat ruang komen diorang. HAHA.
Ok, sebenarnya saya tak suka ada gigi berlapis-lapis. Sangat tak suka! Padan muka saya sebab kecik-kecik tak reti nak jaga gigi. Bulan lepas, aktiviti Lyen dekat IPG memang sangat full sampai tahap Lyeen tak boleh nak balik Karak dan langsung tak boleh keluar dating. Eh? HAHA. Bayangkan saja bulan lepas dengan assignment nak kena submit, Perkhemahan Unit Beruniform, program Bina Insan Guru (BIG), Mini Teater, Latihan tarian, Ujian Akhir Kursus yang baru je lepas dan macam-macam lagi aktiviti. Semuanya meletihkan awak-awak semua. Peluh menitis-nitis ni....
Si mata bulat ni yang rajin tolong saya. Saya pengsan, saya nangis, saya letih, saya lapar, saya dahaga dan semuanya. Dia ada dekat sebelah saya buat saya happy dan gelak sampai semput. HAHA. Sekarang, alhamdullilah saya juga dah okay dari perkara-perkara yang tak okay. Semoga benda-benda yang tak baik dijauhkan dari saya kan..kan..kan. Sekarang pun dah nak dekat raya dan Lyeen tak balik Sabah pun sebaliknya stay dekat Karak. Lagipun, cuti raya sehari jer pun, nak bali Sabah pun tak lepas rindu. HAHAHA. Hari ni stay sini sampai Selasa sebab Rabu dah start kuliah. Suka..suka sangat!
Yes, sebulan dah tak upload gambar kat blog. Kalau entry sebelum ni, taip time umur 20 tahun sekarang pula umur dah 21 tahun. Macam tak percaya sekarang dah boleh mengundi. Eh? Semoga lepas ni boleh bergiat aktif macam dulu. HAHA. Selamat bercuti dan selamat menyambut hari raya aidiladha u olls. Maaf zahir dan batin untuk semua yang mungkin terasa hati dengan Lyeen yer. :)
Assalamualaikum.
4 000 Makan Cupcakes!:
Patot la x nampak... kat FB pon jarang kan
Welcome back! hahaha :)
^_^ ... saya pon baru nak hidupkan balik blog yang ditinggal sepi .. same pulak kita .. heee
sibuknyer cikgu ni..hehehe...pe2 pun misz u too dear..harap leh jumpa..nanti kitaorg wat plan nak bermandi manda..join erk..kalau jadi
Catat Ulasan