Khamis, 5 September 2013

Belajar TMK 4 Jam.

Assalamualaiku Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Merah Jambu.

Maaf. Okay, Lyeen tahu lama tak update blog. Lama tak blogwalking. Lama dan lama sangat-sangat. Ternyata Lyeen sangatlah sibuknya minggu ni, bayangkan saja banyak aktiviti nak kena buat. Assignment alhamdullilah dah selesai hanya bahagian Penulisan Kreatif saja tak done sebab tak pandai buat syair. Nangis kejap. Esok dan Sabtu Lyeen ada kursus kawad. Selasa sampai Khamis ada Perkhemahan Unit Beruniform dekat Banting, Selangor. Minggu depan lagi ada Program Anak Angkat Bina Insan Guru dekat Bera, Pahang. Lepastu, ada Program Tutorial dan Lawatan ke Pulau Pinang. Banyaknya program..!
Tapi, Lyeen masih boleh gelak sambil tepuk tangan. Yeah, nasib baik tahun ni Lyeen kuat, gagah, kebal dan tak mudha pengsan. Bhahaha. Alhamdullilah kan? Baik sungguh budak ni. Sebab kan u olls bila fikir semula kalau nak jadi cikgu memang kena penat. Kena susah. Kena rajin. Kalau taknak buat semua tu baik jadi tukang tidur. Tahu macamana kerja tu? Kerja asyik tidur memanjang......;p
Dia ni budak yang sambut birthday semalam. Memang jelas dia dah tua setahun dari Lyeen. Lyeen lama lagi nak tua. Bulan depan. Bhahahha. Sekarang masih Sweet 20 lagi. Kelasss kau Jahhh! Oh ya, tadi kan kelas Lyeen buat kelas ganti 4 jam u olls. Perghhh! Serius rasa macam nak menari-nari atas tiang gol. Dan sepanjang 4 jam tu kami belajar pasal TMK sajalah. Suka snagat tapi bila dah 4 jam kau tahulah kan macamana rupanya? Ada yang tersengguk-sengguk. Ada yang terhentak-hentak. Lyeen pulak asyik pergi tandas basuh muka. Bhahaha. kena plak tadi hujan lebat. Duduk pulak bawa air cond. Pergh! Nikmatnya dunia..;p

Ehem. Ehem. Tadi lecturer suruh buat video apa-apa jer untuk amali. So, buatlah video selama sejam u olls i depan laptop. Kau tahulah orang amatur macam Lyeen sejam rasa macam 30 jam nak buat. tu pun terkial-kial lagi nak buat. Tapi, buat dan yakin jer nak present kat kelas. Bhahaha. U oll rasa berapa lecturer bagi markah untuk video yang tak seberapa nak siap ni? T_T
Tutup background music Lyeen kat tepi. Tekan button pause yer. Apapun, bangga kejap sebab dapat buat video sebab seumur hidup tak pernah buat video sepantas ini. Bhahaha. Itu yang dinamakan proses pembelajaran. Tiada pengajaran maka tak akan hasillah pembelajaran. Bukankah pembelajaran wajib perlaku sepanjang hayat? Cer jawab....Ok u oll, mohon Lyeen undur diri sebab malam ni ada meeting Bina Insan Guru (BIG), Perkhemahan Pandu Puteri, Kursus Kawad  dan perbincangan kumpulan. Nak hitung masa kejap part mana Lyeen nak memonteng untuk tidur. Hahahaha.

Ok bai. Assalamualaikum.

7 000 Makan Cupcakes!:

Amirah Raduan berkata...

Semoga berjaya sumandak! ;) hehehee sangat-sangat susah nak jadi cikgu.. penat fuhh! :) hihiii

Unknown berkata...

Boleh tahan jadual cikgu ni.
Padat abis..
Take care cikgu..
Gud luck :-)

Mimbar Kata berkata...

bagus videonya
teruskan deh
semoga jadi guru dedikasi
selamat berkarya...

Mimbar Kata berkata...

bagus videonya
teruskan deh
semoga jadi guru dedikasi
selamat berkarya...

Hafiz Hafizol berkata...

x nak tgk video. nak dgr lagu sastera kupu kupu... HAHAHAHA =p

Tanpa Nama berkata...

wahhh, selamat maju jaya :)

Nadia Johari berkata...

fuh..bukan senang rupanyer nak jadi cikgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...