Sabtu, 6 April 2013

Kemas Dalam Luar.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh,
Salam Cupcakes Cokelet.

Alhamdullilah, akhirnya berjumpa juga dengan hari Jumaat. Bila Jumaat hari yang paling bahagia sebab esoknya sah-sah cuti. Walaupun hakikatnya esok Lyeen ada aktiviti kokurikulum kat Dewan Hamzah Fansuri. Takpa, sekurang-kurangnya hidup aku bebas seketika dari masalah tugasan yang selalu bermain-main dibebola mata. Sedih!



Tapi, bila sampai Jumaat yakni hari-hari terakhir kuliah adalah saat-saat paling menyeronokkan. Sebab Lyeen dah set dalam kepala, balik bilik nak kemas bilik. Tukar cadar. Lap tingkap. Menyapu. Tukar arah meja. Sebab Lyeen jenis yang tak boleh nak study dengan keadaan yang sama. Lyeen kana ubah cara study tiap-tiap bulan sebab aku jenis student yang cepat bosan study dengan suasana yang sama. Padahal, sampai bilik Lyeen ambik Bear terus tidur. HAHA.



Semenjak adanya minggu assignment ni. Lyeen selalu nak buat benda ekspress. Tudung pun nak ekspress. So, Lyeen lebih selesa guna Inner Bawal by Rubiey Scarf sebab Lyeen sedar muka Lyeen lebih kondusif dengan tudung bawal berbanding tudung ber'awning'. Bila Lyeen guna tudung awning terasa macam dah berumur 35 tahun. Serius! Bila nak pakai Tudung Bawal memang okey. Tapi time nak lipat sana sini tu yang takdak masa. Tapi, bila guna Inner Bawal ni. Pakai. Sarung Syria. Cukup! Hanya tambah kerongsang yang super besar sebagai aksesori. Taklah suram jer bila pakai tudung plain. Ok? Tips ni...



Lyeen hanya guna kaca mata ini bila nak buat presentation. Bila tengok movie dan bila tengah jalan di tengah panas. Sebab masalah mata Lyeen bukan rabun sepenuhnya! Tapi, lebih pada silau. Serius! HAHA. Taknak ngaku yang diri rabun. Bak kata classmate Lyeen. "Bila kau guna spek sebenanrnya kau kurang merasai nikmat Allah". Sumpah sedih bila dia cakap macam. Yerlah,sapa suruh time kecik-kecik bila tengok tv Lyeen suka tengok dekat-dekat. Effectnya bila dah besar terpaksa guna empat mata! Lyeen tak suka pakai kaca mata sebab nampak tua sangat! Ishhh..! Eh?

Moral of the story: Jaga mata awak! Jangan suka tengok tv dekat-dekat. Ngadap laptop berjam-jam. Bahaya. Hilang nikmat awal-awal lagi. Tapi, percayalah bahawa orang yang pakai kaca mata itu matured actually! Ahaks!

NOTA PINK: Esok Lyeen ada aktiviti lagi sebab terlibat sebagai AJK untuk majlis Public Speaking. Mula pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang u ollls! Tak kau berdarah tumit kaki. Mohon Lyeen tabah luar dan dalam. InsyaAllah. Hujung minggu Lyeen akan terisi dengan aktiviti bermanfaat kali ini. Alhamdullilah..:)

Ok bai. Assalamualaikum.


24 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

samalah suka tudung bawal lagi sebab senang jadi ^_^

Unknown berkata...

Chomel laa lyeen dengan spek tu, btw kita geng! hehe, akak pong rabun jugak ha..tue laa berjam jam menghadap lappy kan, tu la akibatnya..

Selamat beraktiviti esok adik manis!^____^

Aina Areen berkata...

alahaiii , comelnye akak cupcake aina ni :D auwwww ,

Busyra Takiyudin berkata...

tudung bawal jd pilihan hati.. hehe

✿INA AINAA✿ berkata...

ena paling tak gemar shawl.. kdg2 je pakai... sbb ena pon specky org nya.. bila pkai shawl, rse payah nak bentuk.. huaaaaaaaa

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ berkata...

betul tu, kita rabun.. memg perlu spek sepanjang masa

AM berkata...

Lyeen! Kita boleh geng, pakai spec. Arol memang full time pakai spec. Kadang2 time tidur pun pakai jugak. Ini serius! :)

Sebelum tidur sempat lagi capai Bear eh? Hehehe! :D

Semoga Lyeen sentiasa tabah dan kuat semangat! Ini baru jadi student IPG, nanti dah jadi cikgu, lagi berdarah tumit kaki! :p

Unknown berkata...

sungguh ayu jika seorang wanita memakai tudung...sedap mata memandang, sedap lagi laki- laki melihatnya...hahahah

Unknown berkata...

Wan pakai spec dari wan tingkatan satu.. memang nampak matured sikit la, nampak macam educated pun ye juga.. Cik Lyeen memang cumel.. Ciptaan Maha Suci Allah..

Zam berkata...

rajin mngemas ek :))

Unknown berkata...

saia suka pakai spek kwn saia walaupun saia x rabun,ehehhe

Tanpa Nama berkata...

Rajinnya sis.. hehe eh ? sama laa.. lissa pun rabun silau jugak. hehe rabun jauh jugak. tapi x suka pakai spek. hee

Amaliena Ros berkata...

sama la kita cepat bosan..selalu kena ubah2 tempat study, beru bersemangat..:D

Unknown berkata...

wahh cun nyeaaaa akak ni . hihi ><

QasehnyaRania berkata...

ciksu pon kurang berminat dgn tudung yg berawning sbb tak sesuai dgn muka..hihi

sama la ciksu pon suka ubah2 perabot dalam rumah.tak suka tgk keadaan yg sama.cepat bosan :)

study rajin2 ye :)

Unknown berkata...

lyla pun rabun silau gak.. pakai spek bila perlu.. haha :p

Sha berkata...

chomeyl :))

nmpk cntk trltk je kalo pki inner bawal..

Lady ★ Hanna berkata...

cantik la inner bawal tu.. tak jual ke?

noraauliyya berkata...

ni pes taim tahu ada inner bawal.

cik lisa berkata...

series ! cik lyeen semakin tembam!! aaa, hahah

kyo_9 berkata...

kata orang, yg pakai spek ni semuanya boleh dipercayai :p

Unknown berkata...

nanti nak cuba jugak la inner bawal.. :)

Hana berkata...

jagalah mata..huhu hana dah terlambat. rabun dah pun. hehe

kemas dalam mimpi la ye,nanti nak study tido tau.. sbb study dalam mimpi.hehe

Unknown berkata...

Comelnya cik Lyeen kita ni. Hehehe Btw kita sama, fiza seorang gadis tudung bawal. Bila keluar tengok para gadis sana sini Allahu cantik sungguh dorang pakai shawl. Tapi entah sikit pun tak teringin nak cuba sebab fiza tahu muka memang tak sesuai kalau pakai shawl Hehe =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...