Jumaat, 19 April 2013

Upload video macam tu dah jadi trend!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Yam.

Dah jadi trend ker sekarang budak-budak sekolah buat benda ntah apa-apa. Lepastu rakam then upload kat laman sesawang? Tiap hari ada jer masalah ni. Rasanya kalau you tube tu orang dia pun dah naik loya asyik terima bahan yang sama jer! Apa yang memalukan apa budak-budak sekolah ni tak takut ke akibat dari apa yang mereka buat? Bila orang label mereka 'bodoh', 'sampah' dan macam-macam perkataan yang kurang sedap nak dengar. Tahu pulak nak melenting! Hakikatnya, diri sendiri yang meletakkan diri tu dalam golongan orang yang kurang cerdik. Astagfirullahalazim..


Sangat menjijikkan bila pelajar mempamerkan watak antagonis macam ni. Secara tak langsung guru pun terbabit sama. Lihat saja komen-komen masyarakat tentang video-video ni. Mak Ayah terlibat sama. Dunia semakin dikelilingi budaya hedonisme yang menuntut manusia sentiasa nak berlumba-lumba buat sesuatu diluar kawalan emosi! Menyiksakan!





Nak kata mereka nak tunjuk hebat. Rasanya tak hebat sangatlah kalau kes-kes nak buli-buli bagai. Kalau manusia yang ada akal masalah diselesaikan dengan cara orang yang berakal. Bukannya nak tunjuk gagah tak bertempat. Alhamdullilah time Lyeen sekolah-sekolah dulu takdak  kes macam ni. Tapi tu 3 tahun lalu. Sekarang dunia dah semakin tenggelam dengan pelbagai faktor yang buat pelajar jadi sekejam ini.

Lyeen sebenarnya semakin takut nak berdepan dengan dunia hari ini. Kita takut dengan kekejaman manusia lebih teruk dari kita takut Hantu, Pocong dan Nenek Lampir macam dulu-dulu. Sebab manusia lebih dah nak macam hantu bila buat benda yang tak elok. Semoga Allah tidak menurunkan bala untuk kita sebelum sempat kita bertaubat. MasyaAllah.

NOTA PINK: 2 tahun setengah lagi Lyeen akan posting. InsyaAllah. Masa tu tak tahulah macamana keadaan student. Melihat keadaan hari ini semakin kuat arus cabaran yang perlu seorang guru itu hadapi. Semoga kekuatan sentiasa ada untuk guru-guru masa kini untuk lebih berani melakukan pelbagai langkah dan cara untuk membentuk pelajar menjadi seorang manusia yang secara fizikal, mental dan rohaninya juga adalah seorang manusia. Bukannya manusia yang dari fizikalnya sahaja tetapi mental dan rohaniahnya adalah syaitan semata. Astagfirullahalazim.

Ok bai. Assalamualaikum.

Pesan Jumaat: Sempena Jumaat yang penuh barakah ni, sama-sama kita panjatkan doa semoga anak-anak muda yang ada pada hari ini muncul sebagai khalifah yang menerima ilmu dna memberi ilmu yang bermanfaat dan sentiasa mencari jalan yang hanya diredhai oleh Allah. Aamin.


10 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

Kes buli semakin menjadi jadi..

Unknown berkata...

skrg ni macam2 masalah yg timbul. zaman semakin moden dan maju tapi pemikiran budak2 zaman sekarang semakin mundur.

✿INA AINAA✿ berkata...

ada org kata, semakin hebat teknologi sekarang kat dunia ni, semakin manusia tiada tamadun... xnak tengok, gerun...

Unknown berkata...

sangat memalukan budak2 sekarang ni.
mcm2 je mereka buat.

#hope lyeen jd cikgu yg berjiwa kental nanti, yeahh xD

Busyra Takiyudin berkata...

mcm2 yg dh jadi skrng ni..

Fatimah Nabila berkata...

pasni jadi ckgu mkin sush sbb studnt 'over' pandai..huk3..da x mcm dulu da..

Jess Rose berkata...

huhu..sedih tgok video2 mcam ni..ntah ape jdi ngan budak2 skrg.yg video atas skali tu bdak2 indon punya..
http://www.hidayatullah.com/read/28195/18/04/2013/kepala-sman-2-tolitoli:-saya-pingsan-dua-kali.html

Unknown berkata...

memang dah melampau.. terkadag ape yang di lakukan ini di luar pemikiran dan sifat manusia.. Tak tahu nak di kategorikan sebagai apa..

Unknown berkata...

dugaan itu sentiasa ada, ketabahan itu pasti :)

cik lisa berkata...

lan todak lah sangat, heheheh kang dah kena , hilang belang dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...