Selasa, 16 April 2013

Bertuahnya Wanita..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cherry.

Hari ni Lyeen menaip lagi setelah berpeluh-peluh Lyeen join segmen dan GA dari rakan blogger. Walhal tiga jer pun aku join, over pulak! HAHA. Okay, Hari ni dengan penuh rasa sedihnya Lyeen nak bagitahu yang Lyeen tak pergi kelas tanpa mengemukakan surat MC pun. Beraninya aku! Actually, Lyeen dah siap iron baju bagai. Tup-tup bangun pagi tu terasa macam nak pitam. Start dari tu terus takleh bangun. Maka, aku ambil keputusan tak pergi kuliah. Sebab bila aku pergi kuliah pun confirm aku akan susahkan classmates aku...T_T.

Bangsa membaca bangsa berjaya! Aku lew teww! Baca novel "Bila Blogger Jadi Maid" time orang bagi ceramah! Piraaaah!

Ok, berbalik pada motif Lyeen taip entry. Sebenarnya Sabtu tadi untuk julung-julung kalinya sekali lagi IPG Kampus Bahasa Melayu  iaitu tempat Lyeen study jadi tuan rumah untuk Karnival Sukan Wanita Kali Ke-6. Seperti biasa, pagi-pagi akan ada ceramah berkaitan wanita, dan anugerah-anugerah untuk wanita yang telah memberi sumbangan dalam bidang sukan khususnya. Bila part pengacara majlis umum OLAHRAGAWATI tu aku ternanti-nanti juga nama aku. Tapi, bila fikir balik 100 meter pun Lyeen tak lepas. So, tak payah nak OLAHARAGAWATI sangatlah kau Lyeen!


Bila dengar ceramah u olls tahu jer la kan tahap macamana kewarasan. Lentok sana salah. Lentok sini susah. Last-last dak Suri tu jadi mangsa untuk ambik gambar aku. Bagus juga dia tu, Lyeen suruh ambil lima kali. Dia ambil 50 kali. Last-last kamera dia dah penuh dengan gambar aku! Tu sebab untungnya jadi wanita. Lelaki tak akan suka ambik gambar macam yang Lyee buat ni..:p


Okay. Ceramah-ceramah tu sesi pagi. Ada dua sesi ceramah. Secara jujurnya ceramah pertama Lyeen fokus. Tapi, bila yang kedua fokus Lyeen lebih kepada novel. HAHA. Okay, bila petang pula kami ada Senam Seni. Best tapi aku selalu tertinggal step. Alasan yang Lyeen bagi panas. Tapi bila tengok yang lain ok jer buat time panas-panas. Terbukti aku memang lambat nak ingat step! Bhahahaha...


Untuk petang tu juga ada acara Fancy Dress Football. Bermacam-macam jenis baju u olls boleh tengok time tu. Ada yang pakai Sari. Pakai baju tidur. Pakai Peplum. Pakai Dress pun ada. Tapi, team kami dengan merendah dirinya guna baju kurung dengan seluar slack. Pakai kain sarung yang mak Lyeen kirim dari Tawau, Sabah! Lepastu gunting sikit kain dan jahit jadi reben letak atas kepala ala-ala Mickey Mouse (yang ni kerja Aida sebab dia yang kreatif melebih-lebih. Dia kan Kapten. Dialah kena buat.) Whatever sungguh kenyataan aku. Maaf Aida!


Bila dah penat lari sana-sini. Kejar bola. Terasa macam aku ni Safee Sali kejap saat bola datang walhal takdak pun aku tendang bola. Kadang-kadang perasan juga jadi Safiq Rahim bila part aku jerit-jerit surah kawan jaga bola. Bhahahaha. Tapi, paling tak boleh lupa bila diri ini menjadi Farizal Marlias....HAHA. Ok bai.

Lyeen yang dahulu tak tahu apa-apa pun pasal bola tiba-tiba jadi tahu. U olls tahu tak kami adalah JUARA dalam pertandingan tu . Sangat-sangat tak sangka. Bila pengacara umum "3D"....Eh..eh? Betul ke? Sampai orang sebelah sepak lutut Lyeen kejap. "Betullah kamu!"...Terus jer berdiri ambil pingat berwarna Emas itu...Eh...Eh...:) 


Yess! Dia Kapten saya. Aida. Tahniah awak-awak semua. Tak sangka kita hebat...:p 
Thanks to kapten sebab bersengkang mata untuk jahit reben yang super duper comel tu. Thanks! Lepas ni kita apply jadi pemain simpanan Harimau Malaya. Aummmm!

NOTA PINK: Kejayaan hanya akan datang bila adanya usaha. Tanpa usaha tidak akan ada kejayaan yang mendatang.  Yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang. Yang bulat kita golekkan. Yang pipih kita layangkan. Barulah ada usaha. Kita hidup untuk berbakti bukannya menanti sahaja didepan mata. Okay. Chill la...:) 

Ok bai. Assalamualaikum.

11 000 Makan Cupcakes!:

✿INA AINAA✿ berkata...

amboi, maksudnya pakai cenggitu main bola?? best gile... wahhhhh

Unknown berkata...

wah tahniah juara...so sweet hihi

Luqman Zakaria berkata...

wah,.hebat2..hehe! :) tapi jap..pakai cmtuh ke time main?

cik lisa berkata...

amboih baca novel masa tengah ceramah, haha piiiiiiii~

Masmira Masri berkata...

hahaha dressup gitu ke main bola mmg terbaik!

Aina Areen berkata...

alahai, comelnya akak kita :D

Unknown berkata...

hahahaha takpe, janji menang.. tak terasa macam Wan Zack ke?? Hehe apa pun Lyeen memanh comel.. hehe ;D

a berkata...

wahhh...sgt2 fancy dear..ahakszz!! pink gitu.. ;)

ibnuismaini berkata...

Ada yg lawan pakai baju tido? Lambat bangun ke apa tu. ha3.

Syazana Zainn berkata...

aik pakai gitu ye main bola?

tak tersadung ke? hihi

btw tahniah jd juara :D

AM berkata...

Tahniah, Lyeen! Hebat jugak ye cikgu2 main bola. Macam best jek life kat IPG. :)

Ha'ah! Arol tak suka amek gambar cmtue. Segan amek gambar sorang2. Kalau ramai baru okay. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...