Rabu, 29 Ogos 2012

Cikgu mari belajar main DOTA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Salam Seindah Kilauan Manik Diatas Cupcakes..

Hari ni PBS yang ketiga, super duper best sebab masa Lyeen full dari pukul 7.00 pagi sampai 12.20 tengah hari. Jadual Lyeen penuh sebab terpaksa ganti guru yang tengah bercuti. Lyeen masuk kelas Tahun 5 dengan kawan guru pelatih dari IPG Perlis. Dia sangat cantik. Lyeen suka tengok gigi dia. Dia ada gigi berlapis macam aku! Kami ada jodoh ok!


Lyeen guna tudung Bawal Balqis Roses by Butik Qaireen Qaisara pergi kelas tadi. Sebab aku nak sedekah sektuk-seketul dengan student aku. Hahaha..=_=... Sure, hari ni tak bosan sangat sebab masa semua terisi dengan aktiviti super duper meriah. Lyeen masuk kelas 5C,5D dan 5B hari ni..Banyak ragam yang Lyeen jumpa hari ni dan paling terharu bila ada student ajak aku fight main dota! Tidak! Dota pun aku tak tahu apa ke benda!

Mirza. Yah! Nama student aku tadi Mirza, handsome. Tapi, nakal plus-plus. Nakalnya berilmiah sikit tak ke tahap kurang ajar jugak. Lyeen suka. Okey, antara soalan yang Lyeen bagi budak-budak tu tadi...

"Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita?"
- Dato Zeti Aziz , Cikgu!
"Tu gabenor bank! Tahulah kamu dapat duit raya!Tunku Abdul Rahman lah"
-OOoo

"Apakah tema hari Kemeredekaan kita tahun ni?"
- Lupa bah cikgu!Belum ada bah!
"Janji....??"
-Ditepati.....ooo..ada tu cikgu kami dengar...

"Senaraikan negeri-negeri yang terdapat dalam negara kita"
- Cikgu, kalau jawab Singapura dapat markahkah?
"Singapura tu negara sayang..."
-Oo...

> Lebih banyak sebut OoOO <

Okey, dorang bagi aku jawapan yang sumpah mengecewakan! Last-last untuk sesi motivasi yang aku paling suka. Sebab time ni aku boleh buat dorang insaf sikit!
"Balik rumah jangan online facebook je, sesekali bukan laman yang berilmiah untuk tambah pengetahuan"
"Cikgu berilmiah tu apa?"
"Ilmiah tu berfaedah. Okey? Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang tahu sejarah negara kita. Siapa lagi mahu ambil tahu?"
Time ni semua buat muka bersalah. Padan muka kamu! Hahha...Tiba-tiba....
"Cikgu, saya bukan online facebook. Saya main DOTA! Cikgu pandai main DOTA?Jomlah cikgu kita lawan. Kita pergi Bilik Akses Jomlah Cikgu.."
Okey! Fine..time ni turn aku buat muka bersalah. DOTA?hahaha..sumpah aku tak pernah tahu pasal game tu. Yang aku tahu itu sejenis game. Selebihnya aku tak tahu! Aku terus cop budak ni! Mirza...Jawapan paling mudah aku jawab.."Cikgu tak pernah main game." Sekian...

*Thanx google tolong aku cari gambar dota.T_T

Sampai habis kelas budak tu tanya pasal game DOTA. Okey, nanti aku belajar. Kesimpulannya, student sekarang suka benda alah macam tu berbanding benda yang sepatutnya mereka tahu. Kecewa juga bila tanya pasal sejarah. Hampir semua susah nak jawab. Tapi, bila buka cerita pasal game, tumbuh jer tanduk budak-budak tu. Guru kena banyak main dengan teknologi supaya boleh tarik minat murid yang berteknologi sekarang ni.

P/S: Nak jadi guru biasa semua pun boleh. Tapi, nak jadi guru yang boleh melahirkan insan yang benar-benar berjaya itu bukan mudah! Berhadapan dengan manusia yang perlu dididik jiwanya itu juga adalah sukar.

4 000 Makan Cupcakes!:

Cik Fie berkata...

NEWEST UPDATE (!) Bf Dia Lagi Penting Dari Allah ?! Argh !! Hope Dia Sedar !! JOM BACA/KOMEN ╥~╥

http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/wordless-wednesday-bf-dia-lagi-penting.html

Hanif Redland berkata...

Budak2 zaman skrng cik lyeen..mcm tu la..celik mata je dh kenal teknologi..

Aing berkata...

hah dota !

Lokman berkata...

jom lawan dota dengan saya di garena.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...