Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabaraktuh....
Salam Ramadhan yang kesembilan belas...Belas tu aku tambah supaya rasa semangat sikit nak puasa.
Lyeen baru jer habis bersahur. Hari ni sahur aku maju sikit. Ayam panggang 2 ketul. Aku tahu itu adalah yang paling maju bila bergelar pelajar asrama.
Hari ni, hari Isnin. Hari paling sweet bila pukul 7.30 nanti ada perhimpunan pagi kat Dewan Za'ba.
Aku suka. Sangat-sangat suka. Sebab aku kena bersiap lebih awal dari biasa dan aku kena berdiri selama setengah jam untuk dengar segala macam pengumuman sepanjang minggu ini. Sumpah aku suka. Sebab aku akan jadi pelajar yang bermaklumat dan berinovatif serta berdaya saing!
Aku paling suka bila aku awal siap dari Floe. Sebab dia selalu jer kan ketuk pintu bilik aku macam nak tercabut. Tapi semenjak bulan Ramadhan ni aku selalu awal siap dari dia. Dan aku tahu dia suka. Aku memanfaatkan bulan Ramadhan ni untuk awal siap dengan penuh jayanya. Supaya kalau pergi bazar tiap petang dia belanja aku. Tapi aku kecewa sebab dia buat dunno!
Tiap hari, aku pergi kuliah, balik kuliah even pergi mana-mana sepanjang waktu kuliah dengan dia. Skandal berterusan aku sepanjang masuk IB!
Okey! Aku major Bahasa Melayu. Minor aku Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Jasmani. So, bukan salah aku kalau aku failed bila bab melukis. Tapi, aku tahu motif aku sampai. Hahaha....Sebenarnya, gambar ni aku nak lukis muka manusia time aku bosan tahap dewa-dewa. Tapi, ntah bila dah siap..aku rasa macam muka manusia juga. Tapi manusia yang dah mati. Aku kecewa juga.
Di samping itu, okey. Aku rasa, budak sekolah boleh copy paste entry aku untuk karangan jenis cereka. Sebab aku dah guna penanda wacana. Wanita-wanita ini juga selalu jadi mangsa buli aku. Aku adalah student yang tak boleh duduk diam bila dalam kelas. Aku akan sentiasa cari pasal sampai kawan aku rasa bengang dan rasa macam nak menangis aku kerjakan. Aku tipu! Kawan-kawan aku adalah manusia paling cool dan sempoi seantero dunia. Tu sebab aku bahagia ada kawan-kawan macam dorang. Aida, Floe, Suri & Adah yang super duper baik dan sweet. Macam doremon!
So, sila jangan percaya dengan muka baik aku. Sebab aku adalah manusia paling jahat bila dalam kelas. Tapi, aku fokus kalau pensyarah tengah bagi kuliah. Sumpah.Pensyarah selalu puji aku. Pensyarah selalu rasa nak belanja aku. Pensyarah selalu kata aku akan dapat A++ .Okey. Serius aku tipu supaya aku nampak sweet dimata pensyarah. Hakikatnya, pensyarah selalu rasa macam nak halau aku dari kelas...T_T.
P/S: Okey. Aku siap sesi update entry pagi ni. Aku nak bersiap. Bye. Selamat berpuasa.
16 000 Makan Cupcakes!:
muja baca dari awal sampai abis,,, tersengih je baca,, haha,,, ada jugak ye yang mcam ni,, afiq tu bf la kan,, kih3
anda mmg sweet ^_^
hahahahaha... moga sentiasa sweettt muwett... hehehehe selamat brpuasa.. terus rasa rindu nk g kuliah, gaduh2 manja dgn kwn lagi...hohoho...
@Nurmujahidah Ismail hahha..kehidupan bila berglar student mmg mcm ni..gila2 sikit..hahahha
@Dylla Abas hakhakhak..sumpah malu..sweet mcm gula2 kapas..:P
@Ahlam Miera Amirul Shafie alala..xpa..kita g kuliah sesama jum..meh la..:)
kim salam si apit tuh...bhaha
IB tu kat mane? ape2 pun study well keyh :)
@Encik Atan..hahha...dia kata waalaikumslam..
@Nurul Mazni Sawal IB tu Institut Bahasa kak..:)..haha..IPG...Tq kak..:) u too
Cik Lyeen comeeelll !!! *_____*
@\\ Izzah // izzah juga comel..yahh!!!!
Sooo sweettt ..wueeekkkzz :P
singgah sini..
singgah sini..
mmang sweetlah....:)
Catat Ulasan