"29 dec 11 operate buang mata kanan. Jd insan OKU tp syukur masi ad mata kiri. Kehendak allah, jika nikmat itu d tarik balik maka brsabarlah kerna semua itu hanya pinjaman dr NYA. Jika ini yg trtulis sejak daku lahir ke dunia maka daku terima dgn hati trbuka. Next operate hosp selayang utk pkai mata palsu pd 10hrbln ni. wish me luck. Pray 4me.. Later sume ini akn sy share after selesai dgn sume ni"
Seketika, Lyeen terpaku bila melihat status ini di wall beliau..Sangat-sangat terpaku...sudah hampir 3 tahun Lyeen langsung tak dak bertanya khabar langsung dengan dia, kami hilang dan putus hubungan begitu saja, sehingga Lyeen rasa masih punya dosa dengan dia...Wahai insan terpilih, ketahuilah, sungguh suatu masa dahulu kita pernah mesra dan masing-masing kenal mengenali dan tiba-tiba suatu masa itu, kita langsung tidak ada khabar berita..Sungguh, tidak tercalit sedikitpun, rasa benci dan dendam dalam hati kecil ini..Semoga apa yang terjadi, menjadi pengajaran buat kita berdua dan mengeratkan ukhwah kita selepas ini...
Doaku, semoga kamu terus tabah menghadapi ujianNya, sungguh Lyeen terkejut sangat-sangat tengok status tu di wall FB kamu...sangat terkejut...Semoha kamu terus tabah dan dilindungi Allah SWT...Lyeen doakan kamu cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu..Amin...
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu....Andai kamu terbaca post ini, Lyeen mohon maaf atas semua salah sebelum ini...Semoga kamu sembuh ..amin..:)
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, cuma cepat atau lambat penentunya.."
2 000 Makan Cupcakes!:
serahkan semuanya kepada Tuhan yang maha Esa...
@Leods tq kamu dan semoga semuanya berjalan lancar...
Catat Ulasan