Assalamualaikum…..
*Entry lama yang baru sempat nak publish...(sila ketawa dengan sangat jahat!)*
Semakin hari kau semakin lambat dan malas mengupdate blog Lyeen! Adakah kau semakin insaf atau sebaliknya?Hahahaa…sebenar lagi benarnya, ini bukan masalah malas nak mengupdate blog atau tidak tapi masalah teknikal yakni masalah ketiadaan broadband okey! Nak harap wifi percuma menjenguk muka pintu bilik Lyeen ni..Takdak kot!Hahahahhaa…silalahketawadenganjahatnya!!! Astagfirullahalazim…
Lupakan, pasal pendahuluan yang ntah apa-apa tu, hari ni Lyeen nak kongsi pasal aktiviti kat IB Lyeen ni…Banyaklah IB kau Lyeen!Okey…Pada hari Jumaat bersamaan 13 Januari 2012, berlakulah suatu malam yang sangat hening…..jeng100x!! Takdak hening sangatlah, hujan renyai-renyai kot masa tu sampai kasut aku lumat kena lumpur! Okey, malam tu berlangsunglah satu majlis yang dinamakan Forum Agama yang bertajuk Akhlak: Bukan sekadar rupa dan aurat…
Amacam? Best tak tajuk?Yer!Memang best sebab tajuk tu jugak Lyeen dengan semangat yang membara Ha…..Lyeen dengan roommate tersayang pergilah ke Dewan Za’ba yang sememangnya penuh dah, walhal kami dah awal kot sampai…
Moderator untuk forum ni Ketua Exco Akademik JPP, Abang Hairi yang sempoi dan santai jer sepanjang forum berlangsung, Ahli panel masa tu Dr.Rubiah (salah seorang juri ustazah pilihan), Ustaz Don Daniel (yang selalu keluar TV Hijrah tu) dan Imam Muda Nuri. Serius, memang seronok sangat-sangat…Pengisian yang sangat-sangat mendalam untuk Lyeen. Antara isi yang paling melekat kat kepala Lyeen ialah,
“Hati tak akan bersih jika luaran kita lakukan kotor”
“Akhlak yang buruk dari sifat dengki dan iri hati”
“Jangan hanya menjaga ibadah tetapi harus menjaga niat kerana ibadah tanpa niat hasilnya kosong!”
“Ilmu agama yang sedikit tetapi diamalkan lebih baik daripada ilmu agama yang banyak tetapi tidak diamalkan”
“Jasad tidak bekerja jika jiwa tidak diangkat!”
“Jangan hanya menyalahkan lelaki yang tidak menjaga pandangan mereka tetapi kamu wanita juga harus menjaga pandangan!”
“Aurat bukan hanya luaran tetapi juga di hati!”
Yah…semua ilmu yang Lyeen dapat semalam, alhamdullilah terkesan sangat-sangat. Kita berwuduk, tetapi berwuduk atas dasar nak solat tapi mungkin kita terlupa bahawa ketika berwuduk itulah kita menginsafi dan sedar dosa yang perlu kita sucikan…Ya, Lyeen juga alpa akan semua itu! Apapun, forum selama 2 jam setengah tu, sangat-sangat bermanfaat dan penuh pengisian buat jiwa kita, insyaallah..
2 000 Makan Cupcakes!:
awak... abg khairi/hairi la dear..
@tqa_tqi owh..ok2..tq akk comel..:) hehee:)
Catat Ulasan