Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Ramadhan Pertama.
Alhamdullilah, dah menginjak ke bulan Ramadhan kita tahun 2014 ni. Pejam celik, pejam celik dah puasa kan? Rasa macam baru jer sambut tahun baharu. Okay, sementara tunggu waktu terbuka, Lyeen nak kongsikan mengenai tudung bawal pelbagai gaya yang semakin hangat diperkatakan sekarang. Kalau dulu oarang taknak pakai tudung bawal ni sebab payah aihh nak bentuk, nak iron lagi. Baik pakai tudung ekspress! Okay, Lyeen angkat tangan bahawasanya Lyeen bukan peminat tudung ekspress sebab muka Lyeen memang tak sesuai dengan tudung ekspress. Kena pakai tudung bawal juga. Sebab tu, kita bawal lovers. Hahahaha.
Ini adalah salah satu kedai yang menjadi pilihan Lyeen untuk beli tudung bawal. Apa yang menariknya AIDIJUMA ni ialah satu tudung boleh pakai banyak kali sebab tu AIDIJUMA terkenal dengan jolokan nama TUDUNG BAWAL TEKNIK PUSING PAKAI sebab satu tudung boleh buat macam-macam design. Semalam, 28 Jun 2014 AIDIJUMA buat sale ramadhanfitri sempena awal ramadhan. Harga tudung yang biasanya RM49.00 menjadi RM29.00 sahaja untuk Black Label. Istimewanya sale semalam ialah terdapat tiga belas design yang dikeluarkan sekaligus. Tak kau menipis dompet!
- Tone Ribbon
- Tribal Tone Turqoise
- Dustyred
- Tone Blue Polka
- Tone English Flower
- Fullprint Greenpink
- Blue Orange
- Blue Angle
- Fullprint Small Kerawang
- Purple Fruit
- Seashell
- Flower Button
- Lotus Tone
Bila buat list ni mesti akan pilih mana satu paling gojes? Bagi Lyeen semua gojes, tapi bila buat soal jawab dekat group Aidijuma semua pakat-pakat pilih AIDIJUMA Flower Button paling lawa seab bunga dia tu nampak timbul. Tak hairanlah Flower Button antara design yang pertama habis dekat semua consept store semalam. Bagi zoom sikit design Flower Button.
Cantik kan? Selain Flower Button ni, design English Flower, Lotus Tone dan Dusty Pink merupakan hot item untuk design yang release semalam. Siapa yang tak berkenalan lagi dengan AIDIJUMA, silalah berkenalan dan Lyeen yakin anda akan puas hati dengan design dan material tudung. Kain bawal walaupun tebal tapi tak panas dan mudah dibentuk. Ada yang kata material kain AIDIJUMA keras sikit, tapi insyaAllah kalau dah basuh, starch dia hilang dan material kain jadi macam bawal biasa. Cubalah! Boleh beli online dekat www.aidijuma.com ataupun boleh beli sendiri dekat consept store seluruh Malaysia.
Selain Flower Button, Blue Angle dan Dusty Pink ni juga antara design yang cepat sangat SOLD OUT semalam. Bila tengok real pun, Dusty Pink ni sangat cun sebab warna dia seakan sama dengan Pink Polka yang bidang 60' hari tu. So, sesiapa yang tak sempat grab Pink Polka boleh grab Dusty Pink yang ni pulak.
Dan, semestinya pilihan Lyeen ialah Tone English Flower yang super gojes ini! Ramai yang meletakkan Tone English Flower ini sama tarafnya dengan Garden Old Season tu. Yerlah, dah pun english theme kan. Sweet je. Untuk design kali ni, AIDIJUMA lebih memilih warna bertone untuk semua design dan membuat setiap design tu lebih exclusive. So, apa tunggu lagi? Jom grab! Tapi, sebelum tu pastikan yang original 100% dari Aidijuma. Say NO to clone!
Kiri sekali tu lah TONE LOTUS yang super gojes tu. Okay, next nanti Lyeen review lagi pasal tudung bawal AIDIJUMA ni okay. Eh...eh...bukan setakat Aidijuma, nanti yang lain-lain pun Lyeen review sebab Lyeen tahu Tudung Bawal tetap kekal sepanjang zaman. Acececeh....:) Lagi satu jangan risau tentang harga sebab AIDIJUMA sentiasa menawarkan harga mampu milik!
NOTA PINK: Orang selalu kata, tak payah beriya sangat nak beli sesuatu benda. Tapi, ini bukan hal beriya-iya! Tapi ini kes minat dan hobi. Macam orang lain juga, masing-masing ada hobi.
Ok bai. Assalamualaikum.
6 000 Makan Cupcakes!:
cantik nya :D tudung raya
Cantiklah bawal adi juma.. Awar tak pernah beli.. Nak pergi beli tulah yang jadi masalah... xD
HI!! 안녕하세요~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com
Kite ade jugak koleksi tudung Aidijuma..Corak2 dia sgt menarik dan mudah dipakai
Kite ade jugak koleksi Aidijuma. Tudung dia sgt cantik dan senang nk pakai. LOve tudung Aidijuma
cantiknya tudung aidijuma...suke3x
Catat Ulasan