Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Hazelnut bertopingkan Cokelet Cream.
Aku memang suka meng'cupcakes'kan entry aku dengan pelbagai perisa. Hingga tahap aku nak pergi Times Square sekarang juga untuk beli Cupcakes dekat Cupcakes Shop tu! Okay, perasan tak sekarang betapa Lyeen rajin men'tap-tap-tap' kan jari dekat keyboard Lyeen? Betapa juga Lyeen dah mula rajin nak update Tanah Kedaung yang dah lama disisihkan. Alhamdullilah, sekarang Lyeen tetap beri masa untuk menaip. Selalunya, Lyeen akan taip entry tengah malam ataupun awal pagi sebab kan time tu otak fresh lagi nak fikir apa nak taip. Idea mencurah-curah :)
Okay, hari ni Lyeen keluar dengan Suri dan adik Lyeen, Liza. Tujuan utama nak teman Suri bayar bil internet dan nak makan. Tu je. So, sampai dekat UTC, Puduraya terus jer pergi pejabat pos. Lyeen lebih suka berurusan dekat UTC sebab semua ada. Toleh kiri nampak JPJ, toleh kanan nampak balai polis, toleh depan nampak pejabat pendaftaran. Apa yang penting, sebut je nak apa? Semua ada! Takyah pergi jauh-jauh sebab semua ada dalam UTC! Jalan-jalan dekat dalam pun cukup siap ada aircond okay. So, tadi selepas je habis semua urusan, we olls makan dekat Marrybrown. Bila Suri tanya, "Kita makan di mana Lyeen?". Dengan yakin dan penuh perasaan teruja aku jawab, "Marrybrown pleaseeeee.". Suri buat muka bengang..."Marrybrown lagi?"...Hahahha. Aku tahu dia bosan nak makan situ sebab tiap kali kami pergi UTC, Pudu tu aku mesti heret dia makan siap promote macam-macam. Hahaha.
Dan akhirnya, Lyeen berjaya heret dua orang manusia itu untuk makan dekat Marrybrown. Heavennya dunia aku. Hahaha. Lyeen sendiri tak sure apa yang buat Lyeen suka sangat makan dekat Marrybrown berbanding fast food yang lain. Lyeen paling suka fries dan bubur ayam dekat Marrybrown ni. Sedap sampai tak terkira! Original recipe sebab rasa dia tradisional sangat. Cubalah kalau tak percaya! Paling penting, boleh guna Kad Siswa dan diskaun banyak oooo..:)
Alhamdulilah, Allah tarik sesuatu yang dia pinjamkan buat saya baru-baru ini dan dalam Lyeen tak sedar, Allah sebenarnya sudah lama berikan sahabat dan adik yang sangat memahami dan menyayangi Lyeen setulusnya. Cuma, selama ini Lyeen buta dengan sesuatu yang bukan hak yang akhirnya pergi tanpa khabar dan pergi meninggalkan Lyeen begitu sahaja. Sedih tak? Memang sedih tapi kita kena sedar bahawa apa yang kita ada tak selamanya menjadi milik kita. Tak semestinya yang kita sayang akan terus jadi milik kita. Sebab apa? Sebab Allah nak tunjuk dengan kita bahawa tak semua benda yang kita sayang akan jadi milik kita sampai bila-bila. Trust me! Lyeen buka cakap kosong. Lyeen bersandarkan pada pengalaman. Perghh! Menangis? Yes, menangislah semahunya. Menangis adalah ubat untuk kesedihan. Lepaskan. Bila sudah penat nangis dan dah lepas semua. Sure, semua yang terbuku akan terlerai dan mulalah hidup kita akan cool dan rileks...:)
Okay, lepas makan-makan tadi we olls pergi menyanyi dekat Aladdin yang sebelah Marrybrown tu. Ehem! Habis lagu Ziana Zain kami sumbangkan. Lyeen sendiri tak sure, Lyeen manyanyi, bercerita, membaca, bersyair atau bersajak tadi. Hahaha. Tak kisah yang penting lagu tu habis kan? Hahaha. Lepas menyumbangkan kemerduan suara, kami pun balik. Lyeen dengan Suri balik IPG. Adik Lyeen terus balik ke UIA, Gombak. Kalau dulu dia duduk Petaling Jaya senang sikit. Gombak ni jauh, kesian dia kena tunggu lama. Tabahlah dikau wahai adikku! Time aku sedih-sedih dulu, adik aku rajin wasap aku bagi motivasi dan buat aku gelak. Tu sebab aku dengan adik aku dah sebati. Macam tu juga Suri yang selalu buat Lyeen rasa sengal 24 jam. Pagi, petang, siang dan malam ada je mesej dia masuk dalam wasap. Macam-macam! Kadang-kadang aku menyesal juga add dia dalam wasap aku. Rasa macam nak remove takut kecik hati pulak! Hahahahaha.
Muka annoying gila kan? Hahaha. Muka macam ni sesuai tunjuk kat stalker. Lyeen tak suka sangat dengan stalker yang poyo ni. Bukan apa, mereka ni tak tahu apa-apa cerita tapi sesuka hatinya mereka nak mengata. Eh...sakit pulak hati kita ni! Tapi, bila fikir balik.. takpa. Kata je la. Peduli amat aku. Apa yang penting, Lyeen tak redha dengan orang yang cakap belakang Lyeen ni selagi kau tak minta maaf dengan aku face to face. Sehhh, berlagak gila statement. Tapi, gua serius dehhh! Baiklah, buat stalker, silakan stalk semua sebab stalker ni memang akan usaha lebih. Alhamdullilah, lepas ni naiklah PV Tanah Kedaung saya. Saya akan jadi lebih positif lepas ni. Aamin.
Apapun, sehari ni rasa seronok sangat. Memang betul setiap tempat yang Lyeen pergi ada je kenangan. Ada benda yang teringat. Nampak bangunan tu, teringat alkisah yang jadi. Nampak bangunan ni, teringat macam-macam. Tapi, adik aku dan Suri dengan pantas sangkal. "Lupakan!"..Okay, aku terus remove memory dan cipta memory baru dalam kepala otak aku. Dalam LRT tadi Lyeen cakap dengan Suri macam ni, "Geng kalau aku lupa tolong ingatkan aku."..Lepastu Suri sambung..."Hilangkan, Lumpuhkan. Matikan!"..Dan dengan tenangnya Lyeen sambung..."Aku akan kuburkan juga geng! Kubur..." Macam seramkan? Hahaha. Tapi, ingatlah apa juga yang buat kita sedih, buat kita kecewa. Remove! Okay...Tak payah simpan dehhh! Buat sesakkkkk!
Nota pink: Hidup cuma sekali, so...Ayuh sama-sama cari keredhaan Allah dan sama-sama kita enjoyyyyy! Jangan sedih-sedih sebab bila kita sedih, orang yang buat kita tu pastinya akan tertawa dan merasakan dia hebat sebab berjaya buat kita menderita. Kecewa dan sedih tu boleh, tapi jangan lama-lama. Tak baik! Hilang nikmat hidup. Hahaha. Masih ramai orang yang boleh bahagiakan awak, awak, awak dan awak! So, senyum sebab senyuman kita adalah penyeri hidup kita. Takda senyum tak heaven sehhhh....:')
Ok bai. Assalamualaikum.
1 000 Makan Cupcakes!:
utc memang macam2 ade..hhaa..senang depan mata je semua
Catat Ulasan