Isnin, 21 Oktober 2013

Review: Tudung Aidijuma

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Allahuakhbar! Astagfrullahalazim! Alhamdullilah!

Lama tak review pasal fashion kan? Kalau dulu selalu review baju dari butik-butik online sampai ada satu tahap bila pageviews Lyeen mendadak naik minggu tu sampai lima ribu views sebab Lyeen update pasal fesyen baju pengantin. So, jelaslah bahawa orang sekarang memang suka kahwin. Eh? Hahahha. So, hari ni Lyeen nak review tudung dari butik Aidijiuma- Cetusan Idea Datin Norjuma.
Sebenarnya Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal berbanding syria atau shawl. Sebab muka Lyeen lebih sesuai guna tudung bawal dna disebabkan itu juga Lyeen memilih untuk jadikan Aidijuma pilihan pertama kalau nak beli tudung bawal. Ada orang kata, "Apa ada pada jenama? Sama jer dengan tudung yang jual tepi-tepi jalan tu.." Yes, tak dinafikan ada sesetengah kualiti tak setanding brand dia. Tapi, bagi Lyeen yang dah memang jatuh cinta dengan Tudung Bawal Aidijuma ni memang bagi 10 bintang dekat kualiti kain.
Sebab kenapa Lyeen memilih Bawal Aidijuma
1.  Memang bawal dia bidang 45' tapi lebar kain dia besar sedikit berbanding tudung bawal lain. 
2. Kain dia memang tebal menyebabkan kita tak perlu nak pakai inner neck bila nak pakai. 
3. Mudah nak bentuk dan tak perlu nak starch aihhh!
4. Nak gayakan berapau puluh fesyen pun boleh sebab ada sesetengah tudung akan bahgikan mengikut panel- panel. So, satu tudung tu boleh buat banyak fesyen.
5. Harga mampu milik. Terutamanya, time SALE. Lyeen selalu beli time sale je sebab memang murah sangat-sangat. Hahahah.
6. Pelbagai corak. 
7. Up to date! Sentiasa mengikut trend semasa.
8. Sebab dia TUDUNG BAWAL!
Setakat ni Lyeen hanya ada beberapa jer koleksi Aidijuma. Antaranya,
Bawal Aidijuma Butterfly. Tapi, Lyeen punya color Torqoise macam warna tema blog ni. Haha
Bawal Aidijuma Geometri. Lyeen paling suka bawal geometri sebabnya tak tahu kenapa. Tapi, memang dalam seminggu tu rasa macam nak pakai 12 kali.
Bawal Aidijuma Kerawang yang Lyeen jarang pakai sebab baju tak banyak color ni. Masalahnya tudung bercorak sebab nak match dengan baju plain kan? Baju kurung plain warna coklat kurang. So, tudung ni memang jarang pakai. Hahaha. Pakai hari tu time birthday :D
Bawal Aidijuma Circle yang sangat menyala. Hari tu sebenarnya nak beli Circle yang penuh, tapi ntah apa-apa bila sampai kat Central Market, Pasar Seni rasa macam yang circle ni lebih cun! Terus grab satu. Hahaha.
Bawal Aidijuma Garden yang first Lyeen beli. Tudung ni yang buat Lyeen rasa Tudung Bawal Aidijuma super duper best! Time dating semalam pun pakai tudung ni. Hahaha. Kalau dulu selalu keluar dengan Tudung Bawal Roses, sekarang Tudung Bawal Roses tengah simpan dulu nak bagi mekar setaman. Hahaha.  Kalau dulu time awal kemunculan, Lyeen lebih suka Bawal Aidijuma Polkadot dan Bawal Aidijuma 205 tapi tak mampu lagi nak beli sebab time tu masih suka dengan Bawal Roses. Sekarang dah grab juga Bawal Aidijuma 205 walaupun dah lama. Hahaha.
Kalau Tudung Bawal Aidijuma Plain, Lyeen jarang beli kat Aidijuma sebab Lyeen lebih suka guna Bawal Plain Kanggaro. Hahaha. RM 5.00 jer kat Masjid Jamek. Kalau kat Aidijuma, Bawal Aidijuma Plain RM 7.00, Lyeen hari tu grab warna hitam, biru ocean, purple, hijau, pink dan coklat. Lyeen memang suka kumpul Tudung Bawal, kalau balik Karak, abang selalu bising sebab Lyeen selalu tukar-tukar tudung nak bawa balik asrama. Hahaha.
Lyeen guna Bawal Butterfly dan adik Lyeen guna Bawal Geometri.
 
..dan yang ni sekali lagi memang guna Bawal Aidijuma Duo, dulu Lyeen beli RM 15.00 sehelai sekarang tak sure harga berapa lagi dah.. Serius cakap, even bidang 45' tapi rasa macam bidang lebih besar sebabnya pun tak tahu. Kot kilang sengaja bagi kain lebih kot untuk setiap tudung. Hahaha. Apapun, Bawal Aidijuma memang the best sebab dia memang keluarkan semua TUDUNG BAWAL. Lyeen memang lebih suka guna tudung bawal sebab dari kecik sampai dah 21 tahun ni, Tudung Bawla yang selalu aku nampak depan mata. Hahaha. Sebenarnya, Lyeen tak suka part melilit-lilit shawl tu. Sebenarnya!
Untuk yang berminat boleh ke website Aidijuma di www.aidijuma.com atau ke pages Facebook dan hanya taipkan Tudung Aidijuma-Cetusan Idea Datin Norjuma. Silalah yer. Lyeen dah review ni, confirm memuaskan!  
Ok, sekian. Assalamualaikum.

6 000 Makan Cupcakes!:

MisEyz BLurz berkata...

nak jugak tudung Cik Lyeen...hehehe..comel!

Nadia Johari berkata...

memang cantik tudung-tudung adijuma..semuanyer trend dahulu kala..

siti.teem berkata...

Mmg cantik. .kalau2 awak rasa nak letgo cik kerawang coklat tu leh X bgtau ke saya. .leh email ke ciksiti81@gmail.com or wassap 0193237431...nakkkk! ! He he he. .

siti.teem berkata...

Mmg cantik. .kalau2 awak rasa nak letgo cik kerawang coklat tu leh X bgtau ke saya. .leh email ke ciksiti81@gmail.com or wassap 0193237431...nakkkk! ! He he he. .

@e_da berkata...

Sis ada nak jual tak aidijuma? Kalau ada pm akak 0192653322. Ida. Tq ye

•♥• Mrs RR •♥• berkata...

salam cik adik manis..

Klu adik nak jual tdg aidijuma garden white & red circle tu pleaseee inform akk.. tq

wassap : 012-3750116 or email rita.razif@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...