Selasa, 26 Mac 2013

Cupcakes Red Velvet with Cream Cheese ♥

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cream Cheese 

Hye awak-awak semua. Hari ni Lyeen nak share dengan u olls resepi nak buat cupcakes yang super duper sedap dan mengasyikkan serta menyelerakan. Eh? HAHA. Actually, ni adalah first trial Lyeen buat Cupcakes. Sebleum ni tak pernah buat pun. Hanya beli kat kedai orang. Tapi, beli pun tak makan sebab tak sanggup nak makan sebab comel sangat..T_T.

So, hari ni bagi siapa-siapa nak cuba. Bolehlah study resepi ni okay. Mudah aje! Lyeen beli barang-barang ni kat Mentakab sebab kebetulan Lyeen menghabiskan baucer buku kat sana hari tu. Best sangat! First time juga pergi Mentakab Star Mall tu memang besar dan penat u olls nak jalan-jalan. Lagi-lagi bawa budak-budak ni. Penat Lyeen nak kejar dorang. Dengan belon Upin & Ipin bagai. Terasa diri ini pengasuh sepenuh masa saat itu.



Ok, takmau cerita banyak-banyak. Jom tengok bahan-bahan. So, u olls bahan-bahan nak buat Cupcakes Red Velvet.

BAHAN-BAHAN (KEK)



♥  2 1/2 cawan Tepung berserbuk penaik sendiri. (Tepung kek). Kalau takda u olls boleh guna tepung gandum biasa dan ayakkan bersama serbuk penaik.
♥ 1 1/2 cawan gula kastor.
♥ 2 biji telur gred A
♥ 1/2 cawan mentega tanpa garam. (Lyeen guna Buttercup)
♥ 2 sudu besar serbuk koko.
♥ 1 sudu pewarna merah. (Pewarna ceri akan hasilkan warna yang lebih cantik)
♥  1 sudu kecil perasa vanilla.
♥ 1 cawan buttermilk.
♥  1 sudu kecil serbuk bikarbonat.
♥ 1 sudu kecil cuka.
* Cara nak buat Buttermilk : 1 cawan susu kotak full cream (Lyeen guna susu Dutch Lady Full Cream) dikacau rata bersama 1 sudu cuka. Adunan ini disediakan sebelum anda mulakan adunan kek. Sebab dia nak biar lama sikit. Dalam 15 ke 20 minit. 

*Cara nak buat Pes Velvet:  2 sudu besar serbuk koko dikacau rata bersama 1 sudu kecil pewarna merah. Campur sedikit  Susu Full Cream untuk memudahkan adunan. Kacau sehingga kesemua campuran menjadi pes. Kalau nak kek lebih lembap lebihkan susu.

CARA MEMBUATNYA





♥  Adun Butter bersama gula kastor hingga adunan menjadi warna putih krim. (Gambar 6)
♥ Setelah itu masukkan telur sebiji demi sebiji.
♥ Kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan Pes Velvet. (Gambar 8)
♥  Masukkan tepung dan buttermilk. Letakkan tepung dan buttermilik bergilir-gilir yang  dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. (Tepung - Buttermilk - Tepung - Buttermilk - Tepung - Buttermilk - Tepung)
♥ Setelah adunan rata. Ambil 1 sudu serbuk bikarbonat dan campurkan serbuk bikarbonat dengan 1 sudu cuka. Pastikan serbuk penaik  berbuih terlebih dahulu sebelum dicampur kedalam adunan kek.
♥ Gaul lagi hingga rata.
CARA MELETAK ADUNAN KEDALAM CUP



♥ Susun cawan jarak-jarak agar kek tidak melekat apabila dimasak. Kerana kek akan mengembang.
♥ Isi adunan 1/2 daripada isipadu cup.
♥ Masukkan kedalam ketuhar dengan suhu 130 - 180 selama 15 - 20 minit. (Bergantung kepada saiz cawan yang digunakan.)
♥ Apabila sudah masak biarkan seketika sebelum diletakkan Cream Cheese.

CARA MEMBUAT CREAM CHEESE



Bahan-bahan dan cara membuatnya.
♥ 2 buku Cream Cheese
♥ 2 cawan gula aising
♥ 1/2 cawan Buttercup
♥ 1 sudu kecil perasa vanilla.
♥ Sediakan 2 buku Cream Cheese. (Lyeen guna jenama Philadephia dari Kraft) sebab rasanya smooth san memang sedap!
♥  Gaul 2 buah buku cream dengan 1/2 cawan Buttercup.
♥ Setelah adunan menjadi rata dan berwarna puth krim campurkan dengan 2 cawan gula aising.
♥ Adun lagi dan campurkan dengan 1 sudu perasa vanilla.
♥Adun sehingga adunan menjadi lembut dan ringan.
♥ Letakkan cream diatas cupcakes yang telah sejuk. Pastikan kek telah sejuk sebelum diletakkan cream. Jika tidak cream akan mencair.

 

Taraaaaaaaa!
Cupcakes Lyeen dah siap..♥
Even, kek yang pertama masuk oven tu terbakar sikit. HAHA. 
Lepastu Lyeen belajar dari kegagalan. HAHA.

NOTA PINK : Lepas ni nak study macamana nak tulis-tulis and ukir-ukir atas cupcakes walaupun hakikatnya aku tahu aku takda seni dalam bidang itu. HAHA. Lyeen dapat buat cupcakes semalam dalam 53 biji. Sedap u olls. HAHHA. Puji diri sendiri.;p..Kejap lagi Lyeen hantar satu-satu cupcakes kat u olls ok.
Awak! Awak..Boleh tak tolong LIKE gambar header Lyeen kat SINI. Plisssss...:D
Terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak. Nah, cupcakes 5 biji..:P

Ok bai. Assalamualaikum.


18 000 Makan Cupcakes!:

Unknown berkata...

nampak sedap lah..

tiqa berkata...

waa! nampak sedap! pandainye buat. :D

kindergartenlibrary berkata...

wah . . sedappp . . .

zaxx berkata...

owh org pahang ker..hehehe bru je td shopping kt mentakab star mall..:)

abgDude a.k.a kai berkata...

woa.... kecur lidah tgk gambar kek tu....

http://abgdude.com

Farah Waheda Wahid berkata...

lepas ni lyeen boleh lah buat business amik order... ^_^

Vee berkata...

Waaaaaaa, lapar sudahh ni :O Nak try lah lain kali!! :D

Unknown berkata...

adoiyai..sangat menarik da boomm

Unknown berkata...

nampak sedaappp,,

✿INA AINAA✿ berkata...

rajinnyaaa lyeen buat.. ena suka juga bab baking2 ni tapi hurmmmm kalau ada lyeen, mesti semangat nak buat.. kalau sorang2 rasa malas.. hahaha

ibnuismaini berkata...

Saya tunggu org bagi/belanja jelah camni. ha3.

Unknown berkata...

alahai sedapnya..nak satu !! xD

Tengku Iji berkata...

eh,cikgu lyeen dah jadi chef. huhuhuhu, dah lama teringin nak rasa red velvet. nak sikit boleh? :P

Unknown berkata...

nanti masa outing boleh rasa :)

Unknown berkata...

bila nak post kat akak cupcakes red velvet cheese ni dik maniss?heheee

Unknown berkata...

sedapnye kek tu lyeen
rajin
klo kek bakar xpe
sy lak rebus ikan sampai kering..sampai hangus..sampai berasap2 1 umah
pasal sibuk melayan lappy..hadoi

AM berkata...

Red Velvet! Sedapnyaaa! Salah satu kek kegemaran Arol. Rajinnya Lyeen baking! :) Arol selalu order kat kakak jek, nanti dia buatkan sebijik. Budak2 memang suka kalau dapat tabur hiasan atas kek. Arol selalu dipaksa buat cmtue walaupun dah besar. Hahaha! :D

Dah LIKE pagi tadi! Jangan lupa hantar cupcakes tue kat blog Arol yeah! Hehehe! :DD

Nadia Johari berkata...

bolehla sponsor nad nant bila kawin..hehe..x pun bagi hadiah cupcke je..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...