Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Salam Cupcakes Cream Cheese ♥
Hye awak-awak semua. Hari ni Lyeen nak share dengan u olls resepi nak buat cupcakes yang super duper sedap dan mengasyikkan serta menyelerakan. Eh? HAHA. Actually, ni adalah first trial Lyeen buat Cupcakes. Sebleum ni tak pernah buat pun. Hanya beli kat kedai orang. Tapi, beli pun tak makan sebab tak sanggup nak makan sebab comel sangat..T_T.
So, hari ni bagi siapa-siapa nak cuba. Bolehlah study resepi ni okay. Mudah aje! Lyeen beli barang-barang ni kat Mentakab sebab kebetulan Lyeen menghabiskan baucer buku kat sana hari tu. Best sangat! First time juga pergi Mentakab Star Mall tu memang besar dan penat u olls nak jalan-jalan. Lagi-lagi bawa budak-budak ni. Penat Lyeen nak kejar dorang. Dengan belon Upin & Ipin bagai. Terasa diri ini pengasuh sepenuh masa saat itu.
Ok, takmau cerita banyak-banyak. Jom tengok bahan-bahan. So, u olls bahan-bahan nak buat Cupcakes Red Velvet.
BAHAN-BAHAN (KEK)
*Cara nak buat Pes Velvet: 2 sudu besar serbuk koko dikacau rata bersama 1 sudu kecil pewarna merah. Campur sedikit Susu Full Cream untuk memudahkan adunan. Kacau sehingga kesemua campuran menjadi pes. Kalau nak kek lebih lembap lebihkan susu.
CARA MEMBUATNYA
CARA MEMBUAT CREAM CHEESE
Taraaaaaaaa!
Cupcakes Lyeen dah siap..♥
Even, kek yang pertama masuk oven tu terbakar sikit. HAHA.
Lepastu Lyeen belajar dari kegagalan. HAHA.
Terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak. Nah, cupcakes 5 biji..:P
Ok bai. Assalamualaikum.
Ok, takmau cerita banyak-banyak. Jom tengok bahan-bahan. So, u olls bahan-bahan nak buat Cupcakes Red Velvet.
BAHAN-BAHAN (KEK)
* Cara nak buat Buttermilk : 1 cawan susu kotak full cream (Lyeen guna susu Dutch Lady Full Cream) dikacau rata bersama 1 sudu cuka. Adunan ini disediakan sebelum anda mulakan adunan kek. Sebab dia nak biar lama sikit. Dalam 15 ke 20 minit.♥ 2 1/2 cawan Tepung berserbuk penaik sendiri. (Tepung kek). Kalau takda u olls boleh guna tepung gandum biasa dan ayakkan bersama serbuk penaik.♥ 1 1/2 cawan gula kastor.♥ 2 biji telur gred A♥ 1/2 cawan mentega tanpa garam. (Lyeen guna Buttercup)♥ 2 sudu besar serbuk koko.♥ 1 sudu pewarna merah. (Pewarna ceri akan hasilkan warna yang lebih cantik)♥ 1 sudu kecil perasa vanilla.♥ 1 cawan buttermilk.♥ 1 sudu kecil serbuk bikarbonat.♥ 1 sudu kecil cuka.
*Cara nak buat Pes Velvet: 2 sudu besar serbuk koko dikacau rata bersama 1 sudu kecil pewarna merah. Campur sedikit Susu Full Cream untuk memudahkan adunan. Kacau sehingga kesemua campuran menjadi pes. Kalau nak kek lebih lembap lebihkan susu.
CARA MEMBUATNYA
CARA MELETAK ADUNAN KEDALAM CUP♥ Adun Butter bersama gula kastor hingga adunan menjadi warna putih krim. (Gambar 6)♥ Setelah itu masukkan telur sebiji demi sebiji.♥ Kacau lagi hingga sebati. Kemudian masukkan Pes Velvet. (Gambar 8)♥ Masukkan tepung dan buttermilk. Letakkan tepung dan buttermilik bergilir-gilir yang dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. (Tepung - Buttermilk - Tepung - Buttermilk - Tepung - Buttermilk - Tepung)♥ Setelah adunan rata. Ambil 1 sudu serbuk bikarbonat dan campurkan serbuk bikarbonat dengan 1 sudu cuka. Pastikan serbuk penaik berbuih terlebih dahulu sebelum dicampur kedalam adunan kek.♥ Gaul lagi hingga rata.
♥ Susun cawan jarak-jarak agar kek tidak melekat apabila dimasak. Kerana kek akan mengembang.♥ Isi adunan 1/2 daripada isipadu cup.♥ Masukkan kedalam ketuhar dengan suhu 130 - 180 selama 15 - 20 minit. (Bergantung kepada saiz cawan yang digunakan.)♥ Apabila sudah masak biarkan seketika sebelum diletakkan Cream Cheese.
CARA MEMBUAT CREAM CHEESE
Bahan-bahan dan cara membuatnya.♥ 2 buku Cream Cheese♥ 2 cawan gula aising♥ 1/2 cawan Buttercup♥ 1 sudu kecil perasa vanilla.♥ Sediakan 2 buku Cream Cheese. (Lyeen guna jenama Philadephia dari Kraft) sebab rasanya smooth san memang sedap!♥ Gaul 2 buah buku cream dengan 1/2 cawan Buttercup.♥ Setelah adunan menjadi rata dan berwarna puth krim campurkan dengan 2 cawan gula aising.♥ Adun lagi dan campurkan dengan 1 sudu perasa vanilla.♥Adun sehingga adunan menjadi lembut dan ringan.♥ Letakkan cream diatas cupcakes yang telah sejuk. Pastikan kek telah sejuk sebelum diletakkan cream. Jika tidak cream akan mencair.
Taraaaaaaaa!
Cupcakes Lyeen dah siap..♥
Even, kek yang pertama masuk oven tu terbakar sikit. HAHA.
Lepastu Lyeen belajar dari kegagalan. HAHA.
Awak! Awak..Boleh tak tolong LIKE gambar header Lyeen kat SINI. Plisssss...:D
NOTA PINK : Lepas ni nak study macamana nak tulis-tulis and ukir-ukir atas cupcakes walaupun hakikatnya aku tahu aku takda seni dalam bidang itu. HAHA. Lyeen dapat buat cupcakes semalam dalam 53 biji. Sedap u olls. HAHHA. Puji diri sendiri.;p..Kejap lagi Lyeen hantar satu-satu cupcakes kat u olls ok.
Terima kasih banyak-banyak-banyak-banyak. Nah, cupcakes 5 biji..:P
Ok bai. Assalamualaikum.
18 000 Makan Cupcakes!:
nampak sedap lah..
waa! nampak sedap! pandainye buat. :D
wah . . sedappp . . .
owh org pahang ker..hehehe bru je td shopping kt mentakab star mall..:)
woa.... kecur lidah tgk gambar kek tu....
http://abgdude.com
lepas ni lyeen boleh lah buat business amik order... ^_^
Waaaaaaa, lapar sudahh ni :O Nak try lah lain kali!! :D
adoiyai..sangat menarik da boomm
nampak sedaappp,,
rajinnyaaa lyeen buat.. ena suka juga bab baking2 ni tapi hurmmmm kalau ada lyeen, mesti semangat nak buat.. kalau sorang2 rasa malas.. hahaha
Saya tunggu org bagi/belanja jelah camni. ha3.
alahai sedapnya..nak satu !! xD
eh,cikgu lyeen dah jadi chef. huhuhuhu, dah lama teringin nak rasa red velvet. nak sikit boleh? :P
nanti masa outing boleh rasa :)
bila nak post kat akak cupcakes red velvet cheese ni dik maniss?heheee
sedapnye kek tu lyeen
rajin
klo kek bakar xpe
sy lak rebus ikan sampai kering..sampai hangus..sampai berasap2 1 umah
pasal sibuk melayan lappy..hadoi
Red Velvet! Sedapnyaaa! Salah satu kek kegemaran Arol. Rajinnya Lyeen baking! :) Arol selalu order kat kakak jek, nanti dia buatkan sebijik. Budak2 memang suka kalau dapat tabur hiasan atas kek. Arol selalu dipaksa buat cmtue walaupun dah besar. Hahaha! :D
Dah LIKE pagi tadi! Jangan lupa hantar cupcakes tue kat blog Arol yeah! Hehehe! :DD
bolehla sponsor nad nant bila kawin..hehe..x pun bagi hadiah cupcke je..hehe
Catat Ulasan